BERMULA esok, penduduk di enam negeri serta dua wilayah persekutuan akan memulakan langkah kecil yang memberi impak cukup besar apabila diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori. Kempen mengasingkan sisa pepejal di punca atau di rumah ini akan memberi kesan cukup besar kepada persekitaran, alam sekitar dan menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan yang menelan belanja hampir RM2 bilion setahun.
Wartawan BH, MOHD AZIS NGAH mendapatkan komen Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan, mengenai pelaksanaan usaha ini dan beliau secara jelas mengakui ia bukan kerja mudah untuk melakukan anjakan pemikiran rakyat tetapi kejayaan usaha ini juga akan menentukan perubahan peradaban rakyat Malaysia menuju negara maju.
Penjelasan ringkas mengenai langkah mengasingkan sisa pepejal di punca atau di rumah yang akan bermula esok
Ia adalah proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di rumah mengikut komposisi sisa pepejal seperti kertas, plastik dan lain-lain seperti kaca, seramik, aluminium, besi, logam, sisa elektronik dan bahan fabrik. Ia juga membabitkan bahan berasaskan getah, kulit, dan sisa berbahaya serta sisa kebun atau taman, sisa pukal, sisa makanan, lampin pakai buang dan sisa lain yang kotor dan tercemar. Secara mudahnya, sisa pepejal ini hendaklah diasingkan kepada sisa yang boleh dikitar semula dan sisa baki iaitu sisa yang akan dihantar ke tapak pelupusan sampah. Contohnya kategori kertas merujuk kepada bahan seperti akhbar lama, majalah, buku, komik, katalog, poskad. Bahan plastik seperti botol minuman, botol jus, botol mineral, bekas sabun dan sebagainya.
Adakah kaedah kutipan ini akan berdasarkan sistem 2+1?
Kutipan sisa pepejal yang sudah diasingkan seperti kertas dan plastik atau bahan kitar semula akan dijalankan seminggu sekali. Bagi sisa baki, kutipan akan dibuat dua kali seminggu. Semua kerja ini akan dilakukan syarikat konsesi yang dilantik kerajaan.
Bagaimana dengan penggunaan plastik untuk mengasingkan sisa ini? Adakah orang ramai akan dibekalkan plastik khas?
Orang ramai dikehendaki menyediakan sendiri apa-apa bekas yang bersesuaian atau plastik sampah untuk mengasingkan sisa pepejal. Namun, mereka digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna biru untuk sisa kertas dan plastik sampah putih untuk sisa plastik dan plastik hijau untuk lain-lain bahan kitar semula.
KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor (dua dari kanan) menyerahkan tong kitar semula kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Medan Berjaya, Langkawi. - Foto Hamzah Osman
Rakyat sudah biasa dengan amalan meletakkan semua sampah atau sisa pepejal ke dalam satu tong. Ini tentunya cabaran besar mengubah amalan yang sudah dianggap selesa. Apa komen Datuk?
Kita akui mempunyai cabaran besar dalam menguruskan sisa pepejal. Di negara membangun dan maju, kadar kitar semula sangat tinggi kerana rakyatnya berasakan itu tanggungjawab mereka menjaga sumber alam dan ini adalah cara menguruskan pembaziran. Dalam kehidupan moden, kadar pembaziran begitu mendadak tinggi, jadi kena ada kaedah baharu mengurangkan. Di negara maju, tahap kesedaran rakyat mereka agak tinggi berbanding di negara membangun kerana belum ada sesuatu yang boleh dibanggakan dalam perkara ini. Kadar kitar semula di Malaysia dianggarkan 10 hingga 11 peratus sahaja dan kita menyasarkan sekurang-kurangnya 22 peratus menjelang tahun 2020.
Ini cabaran besar kerana perlukan anjakan minda kerana apabila melaksanakan kitar semula, ia adalah peradaban baharu. Ia bukan senang kerana sudah biasa dengan amalan melonggokkan semua jenis sampah ke dalam satu tong. Kita telah memutuskan pada tahun lalu untuk membuat kutipan berasaskan konsep 2+1 iaitu dua kali kutipan sisa basah dan sekali sisa kitar semula, tetapi ia tidak wajib diasingkan. Apabila tidak diasingkan antara botol plastik, kaca, kertas atau sisa dapur, ia memerlukan satu proses khas di tempat pelupusan sampah dan ia akan meningkatkan kos kerana pengurusan di tapak pelupusan akan mengenakan caj tambahan. Jadi, lebih baik rakyat yang mengasingkan sampah di punca kerana jika dibuat di tapak pelupusan, kos akan ditanggung kerajaan. Jika buat di kawasan masing-masing, apabila sampai ke pusat pelupusan, ia lebih senang dilupuskan. Ia juga akan memberi kesedaran kepada peringkat isi rumah mengenai apa yang perlu dibuat. Apabila kita faham dan peka, kita akan tahu apa perlu dibuat.
Kenapa hanya negeri yang disenarai sahaja diwajibkan melaksanakan langkah pengasingan sisa pepejal ini?
Kenapa sistem itu tidak dilaksanakan di seluruh negara? Ia merujuk pada negeri Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Hanya mereka menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 atau Akta 672 walaupun ia sepatutnya dijalankan di seluruh Semenanjung. Kita hanya boleh laksanakan jika kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Akta 672 ini. Selangor dan Pulau Pinang adalah negeri besar, tetapi masih tidak bersetuju melaksanakan akta ini walaupun secara peribadi saya berasakan mereka sepatutnya bersetuju berdasarkan kemampuan mengurus sedangkan sistem pengurusan sampah di negeri terbabit tidak begitu memuaskan sehingga menimbulkan banyak rungutan.
Ada banyak sebab negeri-negeri lain tidak bersetuju, pertamanya mungkin disebabkan masalah kewangan, kekurangan peralatan atau sistem yang diguna pakai. Bagi negeri yang bersetuju, mereka wajib menggunakan trak khas mengikut standard yang ditetapkan dan harganya dianggarkan kira-kira RM300 juta. Kita tak boleh memaksa, tetapi ketika ini, kita sedang berbincang dengan beberapa negeri mengenai perkara ini supaya sistem pengurusan sisa pepejal seluruh negara mengikut standard ditetapkan.
Bagaimana dengan maklum balas yang diterima setakat ini dan adakah Kementerian yakin ia mampu mencapai sasaran ditetapkan?
Maklum balas setakat ini memang positif dan ini membuktikan pemikiran rakyat semakin matang dan peka terhadap penjagaan alam sekitar. Kita merancang mengadakan kajian terperinci mengenai status semasa pengurusan sisa pepejal negara pada tahun 2016 sehingga tahun 2021 bagi menilai kesan dan impak program yang dijalankan. Setakat ini, kita menetapkan sasaran kadar kitar semula meningkat ke tahap 22 peratus menjelang tahun 2020 iaitu bermula daripada peringkat awal sehingga ke tahap akhir pada peringkat kitar semula. Kita masih ada lima tahun lagi. Sebenarnya, sudah banyak perkara dilakukan bagi mencapai sasaran ini. Bermula dengan langkah penswastaan, diikuti tindakan menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) mengurangkan pembaziran dan pengurusan lebih baik. Ia diteruskan dengan konsep 2+1 dan langkah seterusnya ialah memastikan perkara ini (pengasingan) diwajibkan. Mungkin kita akan memikirkan sehingga ke tahap jika terlalu banyak membuang sampah, mereka akan didenda dengan cara terpaksa membeli lebih banyak plastik khas. Kita kena pastikan sampah dimasukkan ke dalam plastik khas. Ada juga cadangan supaya dikenakan bayaran tertentu untuk tempoh tertentu.
MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan. - Foto Abd Rahim Rahmat
Adakah sekarang pelaksanaannya percuma?
Bukan percuma, mereka sudah membayarnya, tetapi kos itu diserap melalui bayaran cukai pintu. Memang ada komponen untuk pengurusan sisa pepejal. Tetapi kos keseluruhan banyak ditanggung Kerajaan Pusat yang membelanjakan hampir RM2 bilion setahun.
Bagaimana dengan persiapan melaksanakan usaha ini terutama aspek logistik dan kempen penerangan supaya masyarakat lebih faham dan bersedia?
Semuanya sudah bersedia. Bagi negeri yang menerima pakai Akta 672, sudah banyak program penerangan dilaksanakan. Memang sudah ada program sistematik, contohnya mengedarkan risalah dan majalah kepada isi rumah. Banyak kempen melalui media, contohnya melalui akaun sosial twitter menggunakan tag #asingkan diguna pakai sebanyak 16.7 juta kali bermula 9 Ogos sehingga 26 Ogos. Itu adalah sebahagian daripada contoh kempen dan pendekatan ini akan berterusan di pelbagai saluran. Kita juga menggunakan tag #separate. Bagi negeri yang tidak terbabit dalam kempen ini, kita juga menggalakkan mereka memberi penerangan kepada rakyat masing-masing.
Ramai keliru dengan kenyataan berkaitan denda jika gagal mengasingkan sisa pepejal. Tidakkah itu keterlaluan?
Ya, ramai yang tidak faham. Pelaksanaan sisa pepejal di punca secara mandatori bermula September 2015, tetapi ia dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat awal, tiada sebarang denda akan dikenakan. Jika mengikut akta ini, memang ada peruntukan mengenakan denda sehingga kadar maksimum sebanyak RM1,000, tetapi apa yang kita lakukan ialah mengambil pendekatan memberikan isi rumah masa secukupnya untuk mereka lebih faham. Bermula 1 September, kita memberi mereka ruang kira-kira sembilan bulan sehinggalah akhir Mei 2016, kita tidak akan kenakan kompaun, sebaliknya terus memberi nasihat dan penerangan. Apabila tamat tempoh iaitu bermula 1 Jun 2016, kami harap mereka sudah faham dan kompaun akan dikenakan. Bagi rumah yang bertanah seperti teres, banglo, semi D, denda sebanyak RM50 bagi kesalahan pertama, RM100 (kesalahan kedua), RM200 (kesalahan ketiga) dan jika kompaun tidak diselesaikan, tindakan seterusnya diserahkan kepada mahkamah. Bagi rumah serata seperti flat dan kondominium, kadarnya berbeza bermula dengan RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 (kedua) dan RM500 (ketiga). Jika tidak diselesaikan, ia akan dirujuk kepada mahkamah. Bagi kategori rumah serata ini, kita akan berurusan dengan jawatankuasa pengurusan bersama perumahan itu yang bertanggungjawab menguruskan sesuatu perumahan. Terpulang kepada mereka bagaimana nak menguruskan dengan pemilik rumah.
Difahamkan, sebahagian besar sisa yang dikumpul setiap hari ialah sisa makanan yang jelas menunjukkan kadar pembaziran cukup tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Statistik menunjukkan lebih 30,000 tan sisa makanan dikutip setiap hari. Bayangkan betapa banyak sisa makanan. Sebab itulah kita mahu maklumkan pelupusan sisa pepejal itu adalah tindakan terakhir kerana masih banyak tindakan lain boleh kita buat, contohnya kurangkan penggunaan. Berbelanja dan makan mengikut keperluan, bukan kehendak. Boleh guna semula apa sahaja yang boleh dan tindakan kitar semula adalah tindakan terakhir. Gunakan konsep 3R iaitu Reduce (pengurangan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula). Langkah pengurangan dan penggunaan semula itu adalah langkah paling mudah. Apabila sudah sampai tahap negara maju, kita bimbang perkara itu dilupakan, berbelanja melebihi keperluan dan kos pengurusan semakin bertambah. Jika kos hampir RM2 bilion setahun yang dibelanjakan untuk menguruskan pembersihan dan pengutipan sampah tadi boleh dikurangkan ke tahap RM1 bilion atau RM500 juta, bayangkan berapa banyak sekolah boleh dibina. Bantulah kerajaan menguruskan sisa pepejal supaya duit itu boleh diuruskan untuk perkara lain. Melalui program ini, kita menjangkakan mampu mengurangkan sehingga 40 peratus jumlah sampah yang dihantar ke tapak pelupusan, sekali gus menambah usia tapak pelupusan sedia ada. Sebab itulah program pengurusan sisa pepejal di punca ini sangat penting untuk memastikan sampah dapat diuruskan dengan lebih berkesan.
Sebelum ini, pernah ada kempen mengurangkan penggunaan bahan plastik, tetapi ia dilihat tidak begitu berjaya. Apa komen Datuk?
Agak susah kerana rakyat Malaysia seolah-olah sudah jatuh cinta dengan penggunaan plastik. Paling membimbangkan ialah penggunaan botol plastik. Mungkin boleh kurangkan plastik ketika membeli-belah, tetapi penggunaan botol plastik semakin meningkat.
Melalui pelbagai kempen dan pendekatan yang sudah dijalankan, adakah Datuk rasa mereka cukup bersedia berganding bahu memastikan usaha ini tercapai?
Pada peringkat awal, ia agak sukar, mungkin kerana tidak faham. Mungkin mereka terlalu selesa dengan amalan mengumpulkan semua jenis sampah ke dalam satu plastik sampah. Mereka tidak faham, bayangkan jika 30,000 tan sampah yang dikumpul setiap hari ini sudah diasingkan awal, ia lebih mudah dan menjimatkan kos. Tapak pelupusan sampah juga semakin berkurangan dan kita terpaksa membuka tapak baharu yang jauh daripada penempatan. Tentunya orang ramai tidak mahu tapak baharu dibuka berhampiran penempatan baharu. Itu semua membabitkan kos logistik dan pengangkutan menghantar sampah. Semua kos itu ditanggung rakyat. Sebab itulah usaha mengurangkan kos itu sangat penting. Saya percaya, lama kelamaan rakyat akan faham dan boleh menerimanya dengan baik. Negara maju berjaya melaksanakan kerana mentaliti mereka sudah berubah dan sayangkan negara. Ini adalah satu isyarat rakyat kita sudah semakin menerima peradaban baharu. Jika sanggup melakukan usaha, maknanya peradaban kita semakin bertambah baik. Contoh paling mudah, kita boleh gunakan air tadahan hujan untuk bersihkan kenderaan atau menyiram pokok bunga. Tetapi disebabkan ia memerlukan sedikit kos, mereka tidak sanggup lakukan pada hal menggunakan bekalan air paip juga perlukan kos. Perkara mudah seperti inilah yang sepatutnya difikirkan, begitu juga dengan tindakan pengasingan sisa pepejal.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/78592

0 Komentar untuk " Asing sisa pepejal ikut kategori, jimat kos RM2b setahun "