7-ELEVEN Malaysia memperkenalkan program kesetiaan terbaharunya dengan pelancaran koleksi pesona kristalnya di Yayasan Pink Ribbon Deeds (Pride), Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, 7-Eleven berkata, koleksi pesona kristal itu menampilkan 14 reka bentuk berbeza dalam dua atau tiga dimensi antaranya patung beruang, kucing dan ikan lumba-lumba.
Pengarah Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Tan U-Ming berkata, beliau percaya program ganjaran menarik itu bakal memenuhi jangkaan pelanggan 7-Eleven.
“Koleksi pesona kristal kami adalah berkualiti tinggi dengan 100 peratus elemen kristal Swarovski tulen dan membuatkan pelanggan mahu menjadikannya sebagai salah satu koleksi eksklusif mereka.
“Mereka yang mengumpul kristal charm dapat menyumbang RM1 kepada Yayasan Pride yang mendidik dan meningkatkan kesedaran kanser payudara apabila imej pesona kristal itu dikongsi menerusi Facebook dan Instagram dengan hashtag #PrideMalaysia, #CrystalsCharm dan #7ElevenMY,” katanya.
Menurutnya, 7-Eleven Malaysia komited untuk memberikan sumbangan minimum RM30,000 kepada dana itu.
Kempen kesetiaan itu berlangsung selama lapan minggu bermula 8 September hingga 9 November depan.

0 Komentar untuk " 7-Eleven perkenal koleksi kristal "