PENGARAH Eksekutif South Centre Martin Khor pernah menulis di dalam sebuah artikel bertajuk 'The TPPA: Some contentious issues for developing countries' bahawa negara maju tidak akan memasukkan (ke dalam perjanjian) perkara-perkara yang akan merugikan mereka.
Mereka 'pandai' dalam hal ini, katanya. Lantas, negara membangun yang akan rugi besar dari segi perdagangan.
Vietnam adalah salah satu negara membangun yang dikatakan akan mendapat keuntungan besar dari perjanjian TPP. Negara Asean ini merupakan pengeksport pakaian kedua terbesar ke pasaran Amerika Syarikat (AS) selepas China.
Pada 2013, eksport pakaian Vietnam ke AS berjumlah ASD8.2 bilion (RM32.95 bilion) meningkat dari hampir sifar pada 2000.
AS juga telah mengimport fabrik teknikal dari Vietnam sebanyak ASD186 juta (RM747.35 juta) pada tahun sama.
Namun, kekangan polisi Rules of Origin (ROO) bagi industri tekstil dan pakaian di dalam perjanjian TPP yang dianjurkan AS akan menyukarkannya.
Industri tekstil dan pakaian juga penting bagi Malaysia dengan sumbangan sebanyak RM10.3 bilion kepada keseluruhan eksport negara pada 2013.
AS juga merupakan pasaran terbesar bagi Malaysia di mana eksport berjumlah ASD2 bilion (RM8.04 bilion) direkodkan bagi 2013.
Oleh itu, ROO yang dikatakan terlampau mengekang dan kompleks ini juga sedikit sebanyak akan memberi impak kepada penghasilan eksport Malaysia.
ROO ialah satu kriteria yang diguna untuk menentukan dari mana datangnya sumber asal sesuatu produk bagi menentukan duti atau cukai yang perlu dikenakan ke atas produk itu serta polisi manakah yang boleh digunakan seperti status MFN (Most Favoured Nation atau Negara Pilihan Utama) dan sebagainya.
Ia juga digunakan bagi memastikan negara yang tidak menandatangani sesuatu perjanjian perdagangan bebas tidak akan mendapat manfaat dari keistimewaan yang diberikan kepada negara ahli.
Ketua Pengarang bagi majalah Textile World, James M Borneman memberi amaran kepada pengeluar tekstil AS agar mereka lebih prihatin terhadap perkembangan TPP.
Vietnam, menurutnya, mencadangkan ROO yang baharu harus diwujudkan untuk menggantikan polisi Yarn Forward Rule (YFR) yang dipelopori AS.
YFR mensyaratkan sumber bahan tekstil hanya boleh diperolehi dari negara-negara ahli sesebuah perjanjian perdagangan untuk mendapatkan keistimewaan 'zero tariff' dan lain-lain pengecualian.
Vietnam ada menyatakan ia mahu 'cut and sew rule' digunakan agar ia dan negara TPP lain dari rantau Asia dapat terus menggunakan bahan sumber dari China atau India kerana ia lebih murah. Jika cadangan Vietnam diluluskan, jumlah dagangan negara Asean itu di dalam industri tekstil dan pakaian akan meningkat dari tujuh peratus kepada 30 peratus setelah termeterainya TPP.
Tanya Bourneman: 'Siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan kalah?' Apakah yang akan berlaku kepada industri tekstil AS nanti?
Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mencadangkan penggunaan senarai kekurangan bekalan yang membolehkan negara-negara TPP mendapatkan sumber bekalan dari negara lain jika ia tidak dapat diperolehi dari 12 negara ahli.
Namun begitu, AMTAC atau American Manufacturing Trade Action Coalition, sebuah gabungan wakil sektor pembuatan AS berpendapat negara-negara TPP boleh membekalkan segala bahan yang diperlukan di dalam rantaian bekalan (supply chain) industri tekstil dan pakaian.
Tanpa YFR, AMTAC khuatir China akan dapat menikmati pengurangan tarif melalui Vietnam, khususnya, kerana negara Asean itu memperolehi sebahagian besar sumber bahan tekstilnya dari China.
Buat masa sekarang, produk tekstil, pakaian dan juga benang AS yang memasuki pasaran negara perunding masih dikenakan tarif sehingga 20 peratus dan ia mensasarkan situasi lebih menguntungkan melalui TPP.
Sudah pasti harga bahan sumber dari AS lebih mahal dan tidak menguntungkan bagi kebanyakan PKS dari negara membangun yang terlibat di dalam industri ini.
Dr Amalina Ahmad Tajudin dari Fakulti Undang-undang Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia menyatakan ramai ahli ekonomi berpendapat 'zero tariff' tidak mungkin dapat dicapai pengeluar tekstil dan pakaian dari negara-negara TPP.
Mengaplikasikan YFR akan mengakibatkan kenaikan kos pentadbiran kerana syarikat-syarikat terbabit perlu mendokumentasikan setiap bahan yang diguna bagi mengesahkan sumber asal hanya untuk mendapatkan pengecualian duti dan ini akan membebankan mereka.
Akhirnya, syarikat-syarikat ini akan memilih untuk tidak menggunakan kemudahan dari perjanjian TPP dan lebih rela membayar cukai.
Dr Rashmi Banga yang menjalankan kajian mengenai impak TPP ke atas Malaysia bagi UNCTAD (United Nations Conference on Trade and Delevopment) menyatakan imbangan dagangan atau Balance of Trade (BOT) bagi Malaysia di dalam sektor tekstil dan pakaian hanya akan mencatat kenaikan apabila tarif bagi semua negara TPP dalam sektor ini dihapuskan (zero tariff) serta tiada polisi YFR seperti yang dianjurkan AS.
Jika Malaysia menandatangani TPP, syarikat-syarikat tekstil dan pakaian tempatan tidak boleh mendapatkan sumber lebih murah dari negara China ataupun Indonesia kerana mereka tidak termasuk dalam pakatan perdagangan tersebut.
Kemungkinan untuk Malaysia mendapatkan pelaburan langsung asing (FDI) bagi industri tekstil dan pakaiannya juga adalah kecil berbanding dengan negara kos rendah seperti Vietnam, Kemboja dan Bangladesh.
Walaupun industri tekstil dan pakaian Malaysia dianggap sesetengah pihak sebagai 'sunset industry', kita perlu mempertahankannya.
Tanpa TPP, Malaysia masih boleh bekerjasama dengan negara serantau terutamanya di dalam Asean bagi mengembangkan industri ini tanpa polisi yang mengekang pembangunan negara-negara membangun.
Penulis adakah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar

0 Komentar untuk " ‘Yarn Forward Rule’ mengekang negara membangun "