Tekstil Malaysia di Minggu Fesyen London - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tekstil Malaysia di Minggu Fesyen London



PERBADANAN Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) dan Suruhanjaya Tinggi British hari ini mengumumkan projek kolaboratif dengan ikon fesyen terkenal British, Dame Zandra Lindsey Rhodes (Zandra Rhodes).
 
Pengarah Kanan Bahagian Rekaan dan Penyelidikan Kraftangan Malaysia, Datuk Mohd Zubair Mohd Zain berkata projek kerjasama itu diberi nama 'The Malaysian Textile Development Programme London' bertujuan mempromosi dan mencetuskan peluang perniagaan buat tekstil Malaysia di peringkat antarabangsa.
 
"Kemuncak program itu ialah penampilan koleksi Zandra Rhodes SS16 di Minggu Fesyen London yang akan berlangsung dari 18 hingga 22 September hadapan di United Kingdom (UK).
 
"Koleksi itu juga akan menampilkan batik dan songket eksklusif dan gemilang Malaysia yang ditransform dalam bentuk pakaian siang dan petang rekaan imaginatif dan kreatif Zandra," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.  
 
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Vicki Treadcell.

Mohd Zubair berkata buat pertama kali, tekstil Malaysia akan ditonjolkan di Minggu Fesyen London sebaris dengan label yang sedia mantap dan popular seperti Paul Smith, Vivien Westwood dan Versus.
 
Dalam program itu, Zandra akan mereka cipta kolekssi pakaian di bawah label- Zandra Rhodes, menggunakan tekstil Malaysia, katanya.  
 
Beliau berkata Zandra akan turut mengendali Program Mentor bagi pengeluar tekstil tempatan yang terpilih untuk mereka belajar dan mengkaji standarad dan pra-syarat pengeluaran tekstil dalam industri fesyen antarabangsa.
 
Koleksi Zandra Rhodes akan juga dipersembahkan pada Hujung Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2015, satu acara tahunan anjuran KL Alta Moda Sdn Bhd dari 8 hingga 15 November tahun ini di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, katanya. - Bernama

0 Komentar untuk " Tekstil Malaysia di Minggu Fesyen London "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ