Standard baharu bakal diperkenal - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Standard baharu bakal diperkenal



KERAJAAN dijangka mengumumkan standard baharu untuk import dan eksport semua kayu dan komoditi getah sebelum akhir tahun ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, standard itu bagi memastikan kualiti dan daya saing kedua-dua komoditi tersebut berdaya saing di pasaran.

Katanya, ketika ini negara tidak mempunyai standard tertentu yang mengawal kemasukan dan pengeluaran produk tersebut.

“Pada masa ini, kita tidak peduli apa yang masuk (ke negara ini) seperti papan lapis termasuk getah. Yang putih atau hitam, kita terima dan yang kotor juga kita terima.

“Begitu juga contohnya, kalau kita hendak import atau eksport produk kayu kita ke negara luar, sudah tentu mereka ada standard dan kualiti yang perlu dipenuhi bagi menjaga industri mereka. Jadi kita kena ada satu standard untuk industri ini,” katanya pada Majlis Kecemerlangan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Douglas Uggah berkata, pada tahun lalu, nilai eksport produk kayu-kayan berjumlah RM20.5 bilion berbanding RM19.5 bilion pada tahun sebelumnya.

“Di bawah Dasar Perindustrian Kayu Negara (Natip), matlamat kita hendak mencapai RM53 bilion dalam pendapatan eksport menjelang 2020,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MTIB, Dr Jalaluddin Harun berkata, pihaknya menyasarkan RM22 bilion bagi hasil eksport perkayuan dan produknya pada tahun ini.

Katanya, sejak Januari hingga Mei lalu, jumlah hasil ekport berkenaan meningkat 0.6 peratus kepada RM8 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Biasanya, angka itu akan meningkat bagi tempoh pertengahan tahun hingga September.

“Jadi, kita menganggap sasaran daripada RM20 bilion kepada RM22 bilion itu mampu dicapai dengan syarat promosi bagi produk eksport yang ada nilai tambah tinggi untuk perabot ini dapat diperhebat. Kami juga agresif menyertai pameran antarabangsa,” katanya.

0 Komentar untuk " Standard baharu bakal diperkenal "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ