GOODMORNING Global Sdn Bhd, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama tiga syarikat lain bagi mempromosikan kesedaran kesihatan dalam negara.
Syarikat terbabit adalah CARiNG Pharmacy Retails Management Sdn Bhd, 99 Speed Mart Sdn Bhd dan Pinang Medical Supplies Sdn Bhd (Homecare Shop).
Menurut kenyataan media Goodmorning Global, keempat-empat syarikat itu akan menggunakan sumber dan kekuatan mereka untuk membina gabungan kukuh bagi mempraktikkan profesionalisme dan populariti mereka mempromosikan kesedaran mengenai kesihatan.
Pengasas dan ketua Pegawai Eksekutif GoodMorning Global, Datuk Dr Lim Sin Boon berkata, pihaknya cukup berbangga dapat bekerjasama dengan tiga syarikat yang cukup terkenal di kalangan pengguna.
“Profesionalisme CARiNG Pharmacy akan menyediakan kesedaran terbaik mengenai pemakanan kesihatan kepada orang ramai, 99 Speedmart pula akan memudahkan mereka membeli produk GoodMorning Vplus 18 Grains dengan mudah.
0 Komentar untuk " GoodMorning Global promosi kesihatan "