Selangor Dredging cari tanah baharu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Selangor Dredging cari tanah baharu

PEMAJU hartanah, Selangor Dredging Bhd (SDB), yang mempunyai asas aset RM1.5 bilion dan tunai RM200 juta sedang mencari tanah yang strategik untuk dilabur.

"Kami akan menjadi agak konservatif dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang kerana permintaan dan jualan tanah lembab.

"Tetapi kami tetap oportunis dalam keupayaan untuk membeli tanah dan sentiasa berusaha mencari kerana harga tanah kini lebih munasabah.

"Keputusan kami untuk membeli tanah di Seri Kembangan menunjukkan betapa oportunisnya kami," kata Pengerusi, Eddy Chieng Ing Huong pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-54 syarikat itu, hari ini.

SDB telah menjual tanahnya di Dengkil seluas 59 ekar (23.9 hektar) bernilai  RM32.5 juta dan kini hanya mempunyai 32 ekar (12.95 hektar) tanah di beberapa lokasi di Lembah Klang.

"Kami kitar semula. Kami menjual tanah industri kami di Dengkil untuk membeli tanah di lokasi lebih strategik yang kami berpendapat dapat dibangunkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

"Tanah di Seri Kembangan yang baru dibeli adalah dilokasi strategik berhampiran stesen Rapid Transit Massa (MRT) Bukit Jalil dan berhampiran lebuh raya utama seperti KESAS, NKVE dan LDP,” kata In Huong.

Pengarah Urusan Teh Lip Kim membayangkan tanah di Seri Kembangan itu akan dibangunkan dengan bangunan tinggi.

"Kami masih dalam peringkat perancangan. Kami perlu mengkaji data mengenai penduduk kawasan itu," katanya.

Untuk tahun kewangan semasa, Lip Kim berkata, syarikat akan memberi tumpuan untuk menjual baki inventori bernilai RM19 juta dan pelancaran blok pejabat, iaitu 'The Cube' dan apartmen perkhidmatan dekat stesen MRT Sungai Buloh bernilai RM250 juta.

"Bank tanah seterusnya yang kami cari mungkin di Lembah Klang dan Singapura," kata Lip Kim.

Lip Kim berkata, hartanah syarikat Wisma Selangor Dredging menghasilkan pendapatan berulang dan terus mengekalkan kadar penghunian yang tinggi iaitu 94 peratus dengan penyewa terdiri daripada nama terkemuka seperti Al-Rajhi dan British Council serta kedutaan asing. - Bernama

0 Komentar untuk " Selangor Dredging cari tanah baharu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ