TEKSTUR lembut, mudah dipotong dan sedap menjadi kriteria yang dicari peminat hidangan barat, tidak kiralah dagingnya dimasak separa masak atau masak sempurna.
Namun dengan adanya makanan barat sejuk beku di pasaran sejak akhir-akhir ini, ia memberikan kemudahan kepada penggemar makanan barat untuk menikmati makanan kegemaran mereka tanpa mengunjungi restoran biasa atau mewah. Antara makanan barat sejuk beku yang popular ialah stik kambing, stik daging, stik ayam, bebola daging dan ikan serta kentang goreng.
Mudah disediakan
Bagi juruteknik, Mohamad Amir Shazrin Mohd Safri, beliau memilih makanan barat sejuk beku sejak awal tahun lalu kerana kesemua hidangan mampu disediakan dalam masa singkat.
“Kebanyakan makanan barat sejuk beku menggunakan konsep pemakanan seimbang kerana setiap produk yang ditawarkan akan dilengkapkan dengan jejari kentang, sayur campuran dan sos lada hitam.
“Ia memudahkan golongan bekerja yang mahukan makanan berkualiti dan dapat disediakan dalam waktu yang singkat. Dengan adanya makanan barat sejuk beku ini, saya dapat menyediakan makanan dalam masa 15 minit sahaja,” katanya.
Mohamad Amir menggemari makanan barat sejuk beku seperti stik kambing kerana mudah disediakan kerana telah diperap.
“Makanan barat sejuk beku yang menjadi pilihan saya adalah Frozen Western Hatinie's Kitchen kerana merasai rempah ratus yang digunakan. Saya mengetahui mengenai makanan barat sejuk beku melalui rakan-rakan dan melakukan pencarian di media sosial,” katanya.
Sementara itu, pekerja swasta, Fahd Muzaid Zakaria berkata, makanan barat sejuk beku menjadi pilihan terutamanya untuk dimakan bersama keluarga pada hujung minggu.
“Ia sebagai makanan sampingan selain makanan Melayu. Ia mudah disediakan malah memberikan kebebasan kepada kita untuk menyediakan hidangan itu mengikut cita rasa dan selera.
“Ia boleh digunakan sama ada secara dipanggang, gril mahupun di dalam ketuhar selain digoreng. Saya selalunya memilih stik kambing dan stik ayam kerana anak menyukainya,” katanya.
Beliau berkata, makanan barat sejuk beku mudah didapati dan sebagai pengguna perlu bijak memilihnya untuk mendapatkan makanan yang kena dengan selera.
Pentingkan aspek halal
Pengasas Foodzyla Delivery, Norshazilawati Mohd Rodzi berkata, perkhidmatan makanan barat sejuk beku yang disediakannya menerima sambutan yang menggalakkan terutamanya set Swedish meatball dan kambing bakar, yang mana setiap set dilengkapi kentang salad dan kuah.
“Setiap makanannya mempunyai karbohidrat dan protein. Kebanyakan pelanggan adalah pekerja di sekitar Lembah Klang yang akan menempah makanan terutamanya pada waktu tengah hari.
“Setiap makanan yang disediakan boleh dihidangkan kepada dua atau tiga orang. Untuk spageti bolognese dan spageti carbonara boleh dimakan untuk dua orang,” katanya.
Menurutnya, pelanggan hanya perlu panaskan sahaja dan rasanya tetap sama serta dijamin keselamatan dan kebersihannya. Ramai yang memilih makanan barat kerana mementingkan aspek halal,” katanya.
Beliau berkata, Foodzyla menerima tempahan sehari sebelum penghantaran dilakukan. Penghantaran dilakukan di sekitar Serdang, Bangi, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
“Purata tempahan yang diterima adalah 200 pek pada setiap hari. Saya akan memasak bermula 7 pagi hingga 7 malam. Manakala, penghantaran bermula jam 9 hingga 6 petang,” katanya.
Tambah pendapatan
Bagi ejen Frozen Western Hatinie's Kitchen, Hezatulaisha Alias, menjadi ejen dan menjual makanan barat sejuk beku memberikan pendapatan tambahan.
Katanya, pada mulanya dia hanya menghidangkan kepada rakan-rakan yang berkunjung ke rumah.
"Saya tidak menyangka mendapat sambutan yang baik dan ramai yang bertanyakan dan mula menempahnya.
“Saya menjadi ejen makanan barat sejuk beku sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang, Puchong, Shah Alam, Kuala Lumpur dan Melaka. Sehingga kini, saya menerima lebih 30 tempahan dan akan bertambah pada setiap kali hujung bulan,” katanya.
Menurutnya, makanan barat sejuk beku yang menjadi pilihan ialah bebola daging, stik kambing dan sos lada hitam.
“Selain mengetengahkan konsep sedia dimasak dan pada zaman serba canggih, kita dapat menikmati hidangan stik dengan cita rasa sendiri,” katanya.

0 Komentar untuk " Fenomena makanan barat sejuk beku "