PADA minggu lalu, saya mengambil bahagian dalam tiga program khalayak yang mencabar minda kita sebagai rakyat Malaysia, iaitu dalam iklim politik, ekonomi dan governans semasa.
Pada 5 Ogos, saya berucap di forum “Malaysia: Ke mana kita dari sini?” anjuran Penyelidikan Untuk Kemajuan Sosial (REFSA). Pada 8 Ogos, saya salah seorang yang berucap di “Perhimpunan 808 Untuk Kebebasan Media” anjuran Gabungan Kebebasan Media. Pada 10 Ogos pula, saya mempengerusikan Perbincangan Meja Bulat “Politik Perkauman di Malaysia” anjuran Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Pada masa sama, terdapat beberapa program lain yang dianjurkan pelbagai pihak, yang semuanya, seperti saya hadiri itu, merakamkan perasaan rakyat yang sinis, sarkastik, marah dan benci. Jelas kelihatan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.
Perasaan ini telah dikesan sejak sebelum PRU13 lagi. Tetapi hari ini, ia semakin meninggi. Ia berkemungkinan akan berterusan sehingga “Perhimpunan Bersih 4” pada 29-30 Ogos ini, dan selanjutnya, iaitu selagi matlamat yang terkumpul dalam siri pertemuan itu tidak tercapai.
Perasaan itu semakin membuak akibat apa yang rakyat lihat dan nilai. Rakyat tidak bodoh. Mereka mampu memberikan pandangan yang terdidik. Dan mereka mengongsinya di pertemuan-pertemuan seperti yang dinyatakan di atas dan juga secara atas talian.
Contohnya, timbul isu besar, iaitu 1MDB. Bagi rakyat, ia satu skandal. Masalahnya ialah, sudahlah tidak ada jawapan yang munasabah, berlaku pula tindakan-tindakan yang tidak munasabah, yang menakut-nakutkan, yang menyalahgunakan kuasa dan yang melanggar lunas undang-undang.
Pada rakyat, tindakan-tindakan tersebut menunjukkan keadaan desperado untuk menyorok perkara yang sebenar dan untuk melindungi individu tertentu semata-mata.
Namun, di sebalik luahan perasaan itu, semua siri pertemuan tersebut sebenarnya mempunyai matlamat yang jelas. Benar, masing-masing pertemuan dan masing-masing penganjurnya mempunyai agenda masing-masing. Tetapi, secara keseluruhannya, matlamat mereka adalah sama. Saya menggelarnya matlamat “menyelamatkan naratif Malaysia”.
Kerja menyelamatkan naratif ini ia mesti bermula dengan menghalang sesiapa daripada merampasnya. Contoh rampasan naratif ialah seperti ilustrasi berikut.
A, B, C dan D adalah sahabat baik. A membeli sebuah bangunan daripada B dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Tujuannya ialah supaya B menggunakan keuntungan jualan itu dengan memberikan derma kepada C.
Apabila rakyat mengetahui tentang kes ini dan bersuara marah, maka, A menjual bangunan itu kepada D dan mendapat keuntungan. Selepas itu, A dengan bangganya menyatakan bahawa transaksi itu tidak melibatkan unsur rasuah, kerana ia hanya derma, dan lagipun akhirnya membuahkan keuntungan!
Ini bukan naratif Malaysia. Naratif Malaysia adalah berasaskan lunas undang-undang. Yang salah tetap salah. Yang salah mesti dihukum.
Naratif Malaysia adalah berdasarkan wawasan para pengasas negara merdeka ini, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, idea demokrasi yang progresif, pembangunan yang inklusif, selari dengan Realiti Baru hari ini, dan mendepani cabaran hari muka.
Bagaimana menyelamatkan naratif Malaysia? Jawapannya ialah dengan pemikiran yang matang dan melakarkan garis-garis besar haluan masa depan negara yang berasaskan nilai-nilai seperti kebahagiaan, budaya ilmu, keamanan, perpaduan, kemakmuran, keadilan sosial, demokrasi, peluang dan meritokrasi.
Ia mesti berdasarkan prinsip-prinsip, seperti (saya pinjam daripada Datuk Seri Nazir Razak): integriti, inklusif, (reformasi) institusi dan inovasi.
Bilakah ia perlu dilakukan? Jawapannya ialah dari sekarang sehingga PRU14. Semua rakyat perlu berpartisipasi. Sama ada secara individu atau berkumpulan. Orientasinya pelbagai, seperti menganjurkan aktiviti, menyediakan perkhidmatan dan advokasi.
# Datuk Saifuddin Abdullah ialah CEO Gerakan Kesederhanaan Global dan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau aktif di twitter: @saifuddinabd

0 Komentar untuk " Selamatkan naratif Malaysia "