SEJAK empat dekad lalu, pisau menjadi teman setia kepada Mustaffa Othman,61, untuk memotong daging bagi mendapatkan saiz dan berat yang pelanggan mahukan.
Pencinta daging ini berkata, kecintaannya terhadap daging tidak pernah luput kerana daging mengeratkan kasih sayang mereka sekeluarga.
“Jika dikenangkan kembali, kesusahan keluarga saya antaranya tidak mampu membeli daging kecuali mengharap sumbangan pada hari raya korban sahaja. Saya menyukai daging dan setiap hari saya makan daging,” katanya yang berasal dari Kelantan.
Siapa sangka, Mustaffa yang merupakan pemilik Restoran Me’nate Steak Hub juga pernah menjadi penjual daging di Pasar Subang Jaya ketika berusia 19 tahun.
“Saya belajar sehingga tingkatan satu sahaja kerana tidak minat belajar. Saya akui saya nakal dan bercita-cita mahu menjadi orang kaya sahaja.
“Apabila keluarga berpindah ke Kuala Lumpur, saya fikir perlu melakukan sesuatu untuk mencari duit poket sendiri. Pekerjaan pertama saya ialah menjadi penjual daging,” katanya berseloroh.
Tambahnya, ketika menjual daging di pasar itu, dia tidak malu mengetuk pintu restoran dan hotel untuk menjual daging.
“Perniagaan berjalan dengan baik kerana saya menjadi pembekal kepada peniaga lain. Namun saya leka dengan kejayaan tersebut. Pernah dalam poket saya hanya ada 15 sen sahaja,” katanya.
Berhijrah demi kehidupan lebih baik
Minatnya yang mendalam terhadap daging membuatkan Mustaffa nekad merantau ke Australia untuk menambah pengetahuan mengenai daging dan bekerja di pusat penyembelihan daging.
“Dengan sumber kewangan terhad dan berbekal pengetahuan yang biasa-biasa sahaja mengenai daging, saya tinggalkan keluarga demi mencari pengalaman di negara orang.
“Saya ke Australia selama tiga bulan sahaja dan mendapati London, England adalah tempat terbaik untuk mendalami ilmu berkaitan pengurusan daging. Pada 1994, saya mengambil keputusan berhijrah ke London pula,” kata ayah kepada empat cahaya mata ini.
Di London, bermulalah kehidupannya yang baharu dan belajar mengenai etika kehidupan.
“Pekerjaan pertama saya adalah di sebuah kedai daging yang diusahakan seorang lelaki Muslim warga Pakistan. Saya belajar mengenai daging setiap hari.
“Bermula dengan kaedah memotong daging hinggalah pengurusan daging yang diuruskan di Eropah. Saya berikan gaji kepada isteri, Mastura Lehman yang tinggal di tanah air bagi menampung kehidupan mereka sepanjang ketiadaan saya,” katanya.
Bergelar Master Butcher
Mustaffa juga belajar mengenai pengurusan daging dengan serius.
“Selepas beberapa tahun bekerja bersama warga Pakistan, saya berkhidmat dengan sebuah syarikat daging terkemuka. Saya ditugaskan di bahagian pembungkusan daging.
“Selepas itu, pihak pengurusan menempatkan saya di bahagian penyembelihan secara halal kerana saya Muslim. Alhamdulillah, saya diiktiraf dan bergelar sebagai Master Butcher (Pakar Daging),” katanya.
Mustaffa berkata, pengiktirafan sebagai pakar daging hanya boleh diperoleh daripada rumah penyembelihan sahaja.
“Mereka yang bekerja di rumah sembelih dan mengetahui bagaimana untuk mengurus daging baru diberi pengiktirafan sebagai pakar daging," katanya.
Menurutnya, lembu yang sesuai disembelih untuk dijadikan makanan mestilah berumur dua tahun ke bawah kerana rasa daging itu lebih lembut.
Peluang bekerja bersama kenamaan England
Peluang bekerja bersama kenamaan di England tidak mungkin dilupakan kerana ia merupakan pengalaman yang berharga.
“Saya berjumpa dengan kenamaan tersebut pada setiap hari. Saya belajar pelbagai perkara antaranya ialah etika kehidupan iaitu jika mahu berjaya, kita perlu melakukan yang terbaik.
“Sebagai seorang pakar daging, saya perlu berdisiplin dan menjaga status tersebut. Ia boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja jika saya melanggar syarat yang ditetapkan,” katanya.
Tambahnya, daging adalah makanan utama bakteria dan ia tidak boleh terdedah, jika terdedah ia menjadi satu kesalahan di London.
Balik Malaysia
Dengan gaji lumayan, Mustaffa nekad enggan pulang ke Malaysia dan mahu terus bekerja di sana.
Bagaimanapun, dia terpaksa balik ke Malaysia pada 2000 kerana penyakit lembu gila melanda Eropah dan menyebabkan semua rumah penyembelihan ditutup.
“Saya diberikan cuti selama setahun dan menerima gaji sebanyak 10 peratus sahaja. Saya mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia.
“Saya seronok pulang ke Malaysia pada waktu itu kerana saya ada banyak duit. Saya tidak tahu mahu buat apa duit yang ada. Lebih mengejutkan, isteri menyimpan duit pemberian saya setiap bulan sepanjang 11 tahun saya berada di London,” katanya.
Katanya, tanpa membuang masa, dia menerima tawaran sebagai penasihat pemotong daging di sebuah pasar raya dan beberapa syarikat dengan gaji RM30,000 sebulan.
“Saya juga bekerja dengan pelbagai syarikat daging tempatan dan mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus perniagaan sendiri,” katanya.
Berniaga daging semula
Pada 2004, Mustaffa nekad menjual daging semula di sebuah premis di Ampang Jaya.
Pada mulanya, dia hanya berniaga daging bermodalkan RM30,000 sahaja tanpa membuat pinjaman dari mana-mana bank.
“Selain menjual daging, saya memberikan nasihat kepada pelanggan mengenai menu sesuai dengan jenis daging yang dibeli. Mulanya, saya hanya menyediakan satu meja sahaja untuk menghidangkan menu yang pelanggan mahukan.
“Alhamdulillah, dari satu meja, lama-kelamaan ia menjadi sebuah restoran. Dari situlah, saya mengambil keputusan membuka restoran yang dikenali Me’nate,” katanya.
Isu halal jadi cabaran
Mustaffa berkata, dengan dekorasi restorannya, ramai Melayu Muslim meragui status halal restorannya.
“Saya menjalankan perniagaan secara halal dan di restoran saya tidak menjual arak malah disediakan tempat bersolat. Malah daging yang diimport juga menjadi isu,” katanya.
“Halal adalah daripada kita sendiri dari suasana restoran, penyediaan menu dan sebagainya. Stigma masyarakat kita mahu ada sijil halal sahaja sedangkan banyak restoran yang mempunyai sijil halal tetapi pemiliknya bukan Melayu Muslim,” katanya.
Ramai yang membantu perniagaannya kerana banyak pelanggan yang datang disebabkan dipromosikan rakan- rakan mereka.
“Ada segelintir pelanggan yang akan menelefon dan memberikan maklum balas mengenai menu yang diminta. Ada yang memberikan komen positif dan ada yang memberi idea untuk penambahbaikan.
“Alhamdulillah, maklum balas mereka banyak membantu saya untuk meningkatkan perniagaan saya,” katanya.
Buka cawangan baharu
Setakat ini, dia mempunyai enam cawangan iaitu antaranya di Wangsa Maju, Ampang Jaya dan Setapak.
“Saya akan membuka dua lagi cawangan baharu iaitu di Bangi dan Shah Alam pada tahun hadapan dan merancang untuk membuka cawangan Me’nate di seluruh negara.
“Perniagaan ini dibantu keempat anak-anak saya. Mereka ialah Mohd Ezman sebagai Pengurus, Amirul Aiman dan Khisofi sebagai Ketua Tukang Masak serta Fareza sebagai Akauntan,” katanya.
Istimewanya Me’nate beroperasi pada 12 tengahari hingga 10.45 malam dan pada setiap Jumaat ia akan beroperasi pada jam 3 petang.
“Saya bersyukur dan tidak menyangka, perniagaan adalah sumber pendapatan saya sekeluarga. Malah, berlakunya kes viral baru- baru ini, ia memberikan manfaat kepada saya,” katanya.
Cabaran yang dilalui sebelum ini memberikan motivasi kepadanya untuk terus membangunkan perniagaannya.
“Saya tidak mahu menoleh lagi. Saya mahu meneruskan perniagaan ini,” katanya sudah sembilan tahun berniaga.
Setiap makanan yang dimakan pelanggannya adalah tanggungjawabnya untuk memastikan ia halal.

0 Komentar untuk " Pisau teman setia Mustaffa "