MUTAKHIR ini, suatu peruntukan khusus dalam Kanun Keseksaan, yakni Seksyen 124B telah mendapat perhatian. Seksyen tersebut menjadikan ia suatu kesalahan bagi sesiapa yang melakukan ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen’. Kesalahan ini membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara.
Pihak berkuasa telah menggunakan peruntukan ini untuk menyiasat, menangkap dan menahan mereka yang sedikit sebanyak berkait dengan suatu syarikat milik kerajaan yang penuh kontroversi. Mereka termasuk pemilik dan editor media yang pernah melaporkan mengenai syarikat tersebut, pegawai awam yang menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan dengan syarikat tersebut dan juga para aktivis yang memprotes mengenai kontroversi berhubung dengan syarikat tersebut. Malahan, terdapat juga waran tangkap yang dikeluarkan terhadap seorang editor blog berita di bawah seksyen yang sama, dan menurut pihak berkuasa mereka akan membuat permohonan ekstradisi untuk membawanya ke negara ini.
Semua individu ini, yang melakukan perkara-perkara yang berbeza, disiasat kerana kononnya telah melakukan aktiviti-aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Seksyen 124B adalah suatu kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan. Kesalahan-kesalahan di bawah Bab VI adalah ‘Kesalahan-kesalahan Terhadap Negara’. Bagi kesalahan di bawah bab ini dan juga Bab VIA (‘Kesalahan-kesalahan Terrorisme’), pihak berkuasa boleh menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.
Jika SOSMA digunakan, pihak berkuasa boleh menahan orang yang disiasat sehingga 28 hari tanpa perintah reman. Sekiranya orang tersebut didakwa di bawah Seksyen 124B dan SOSMA digunakan, terdapat prosedur dan kaedah-kaedah keterangan yang berbeza jika dibandingkan dengan bicara jenayah yang biasa.
Semasa SOSMA dan Seksyen 124B dibentangkan di Parlimen pada tahun 2012, Bar Malaysia dan masyarakat madani membangkitkan kebimbangan berkenaan dengan rang undang-undang tersebut. Walaupun ia dipakej sebagai undang-undang menentang terrorisme, kesalahan-kesalahan seperti Seksyen 124B melangkaui kesalahan-kesalahan berkenaan dengan terrorisme. Bar Malaysia, pada ketika itu telah menyuarakan pendirian bahawa kesalahan ini mungkin digunakan untuk menyekat penentangan dan perbezaan pendapat. Sekiranya perlu digubal undang-undang, ia hanya terhad kepada kegiatan-kegiatan yang melibatkan keganasan sahaja.
Apa yang dimaksudkan dengan ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi’? Menurut Seksyen 130A Kanun Keseksaan, ia adalah suatu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang atau sekumpulan orang yang direka untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen melalui cara yang ganas atau tidak berperlembagaan.
Perkataan-perkataan yang digunakan adalah samar-samar dan tidak jelas. Apa maknanya ‘direka untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen’? Apa maknanya ‘tidak berperlembagaan’? Ini semua tidak ditakrifkan di dalam undang-undang.
Oleh sebab itu, pihak berkuasa menggunakan takrifan mereka sendiri tentang apa perkataan-perkataan ini. Maka, kita lihat penggunaan undang-undang ini secara arbitrari dan sewenangnya.
Maka mengikut pihak berkuasa, melaporkan tentang sesuatu isu atau kontroversi itu boleh menjurus kepada menggulingkan demokrasi berparlimen. Maka mengikut mereka juga, protes aman boleh menjadi ‘cara tidak berperlembagaan’. Dan juga mengikut pihak berkuasa, kakitangan awam yang menjalankan mandat dan tanggungjawab mereka mengikut undang-undang juga boleh terlibat dengan kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Walhal sebenarnya perkara-perkara yang dilakukan oleh mereka ini, melaporkan tentang sesuatu isu, menyiasat dakwaan rasuah dan memprotes semuanya sebenarnya mengukuhkan lagi demokrasi berparlimen. Kita harus ingat, amalan demokrasi itu bukan hanya membuang undi setiap 5 tahun.
Kebimbangan yang disuarakan oleh Bar Malaysia dan masyarakat madani pada tahun 2015 nampaknya menjadi kenyataan. Peruntukan Seksyen 124B kini digunakan dengan cara yang melangkaui niat dan hasrat Parlimen semasa undang-undang tersebut diluluskan dahulu.
* Penulis seorang peguam di sebuah firma di Kuala Lumpur

0 Komentar untuk " Aktiviti yang jejas demokrasi "