SYARIKAT tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terkesan dengan kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) pada ketika ini.
Pengarah Urusan HotPerfumes & Air-Fresheners Industries Sdn Bhd (HotPerfumes), Syeikh Ahmad Shazali Zahidi berkata, syarikat itu terpaksa menampung tambahan kos import sehingga 30 peratus akibat kemerosotan mata wang negara.
“Sekarang, kos import bahan mentah memang sudah naik sejak Januari lalu apabila dolar AS naik. Ia naik sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini sebanyak 30 peratus.
“Walaupun kos meningkat, namun sebagai pengeluar, kami tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga produk kerana pelanggan akan marah,” katanya.
Justeru, katanya, syarikat itu mengambil langkah berjimat cermat dengan mengurangkan kos pentadbiran bagi menampung kerugian yang ditanggung.
Sementara itu, bagi Pengerusi Eksekutif rangkaian perniagaan TKS (Terima Kasih Semua), Wan Azrin Omar berkata, syarikat itu turut berasa terhimpit dengan kejatuhan ringgit memandangkan Mini Mart TKS turut menjual produk makanan sejuk beku import.
“Harga barang seperti daging burger dan ‘scallop’ yang kami dapat daripada pembekal telah melambung sejak Ramadan lalu.
“Kami juga ada jual roti dan membekalkannya di restoran-restoran tertentu. Kami dapati, harga tepung juga telah meningkat,” katanya.
Menurutnya, setakat ini, TKS menyerap segala kenaikan kos yang ditanggungnya dengan membeli stok barang dalam kuantiti yang banyak.
“Apabila kami beli dalam jumlah yang banyak, maka pembekal akan memberikan tambahan barang itu secara percuma bagi mengekalkan harga sedia ada kerana TKS amat dikenali sebagai sebuah pasar raya milik Bumiputera yang menawarkan pada harga rendah,” katanya.
Bagi Pengurus Nuri NS Collection, Noriah Musa berkata, butik pakaian miliknya tidak begitu terkesan dengan kemerosotan nilai ringgit kerana kos yang ditanggung syarikat itu masih sama seperti sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Sebelum adanya GST, kami terpaksa menanggung duti import dan cukai antara 10 hingga 30 peratus untuk membawa masuk bahan mentah seperti kain gulung daripada China ke Malaysia.
“Namun, sejak nilai ringgit semakin menyusut dan ditambah pula GST, kos yang kami tanggung masih sama seperti sebelum ini,” jelasnya.
Katanya, harga pakaian termasuk tudung yang dijual masih kekal seperti sebelum ini iaitu bermula RM29 hingga RM120.

0 Komentar untuk " Peniaga terkesan akibat kejatuhan ringgit "