Pengeluaran getah asli naik - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pengeluaran getah asli naik



PENGELUARAN getah asli (NR) Malaysia pada Jun meningkat 36.8 peratus atau 14,367 tan kepada 53,383 tan berbanding bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Bagaimanapun, asas tahun ke tahun menunjukkan penyusutan 3.9 peratus atau 2,191 tan.

Dalam satu kenyataan semalam, jabatan itu berkata sektor kebun kecil menyumbang 48,558 tan (91.0 peratus) kepada keseluruhan pengeluaran manakala baki di sumbang oleh sektor ladang.

Bagi asas bulan ke bulan, sektor kebun kecil dan ladang masing-masing mencatatkan peningkatan 36.4 peratus dan 41.7 peratus.

Eksport NR untuk Jun 2015 adalah sebanyak 66,394 tan, meningkat 25,882 tan atau 63.9 peratus daripada bulan sebelumnya dan 14,809 tan atau 28.7 peratus tahun ke tahun.

Daripada keseluruhan eksport, 96.3 peratus disumbang oleh Standard Getah Malaysia (SMR) yang merangkumi 64.6 peratus SMR 20.

Komoditi itu dieksport terutamanya ke China (55.5 peratus), Jerman (11.3 peratus), Iran (4.7 peratus), Amerika Syarikat (4.7 peratus), Finland (3.5 peratus), Brazil (2.0 peratus), Taiwan (1.9 peratus), Perancis (1.7 peratus) dan Portugal (1.5 peratus).

Sementara itu, import NR bagi Jun 2015 berjumlah 68,485 tan, naik 2,255 tan daripada bulan terdahulu, namun menyusut 4,212 tan (-5.8 peratus) tahun ke tahun.

Pembekal utama ialah Thailand sebanyak 58.2 peratus dan Vietnam (14.2 peratus)

Penggunaan domestik NR adalah sebanyak 40,201 tan bagi Jun 2015, peningkatan 1,008 tan (+2.6 peratus) berbanding Mei 2015 dan naik 1,318 tan (+3.4 peratus) tahun ke tahun.

Setakat akhir Jun 2015, paras stok NR berjumlah 131,136 tan, turun 543 tan (-0.4 peratus) berbanding Mei 2015.

Harga bulanan purata lateks pekat meningkat 10.9 peratus kepada 496.52 sen sekilogram pada Jun 2015 berbanding bulan terdahulu.

Bagi asas tahun ke tahun, ia meningkat 7.5 peratus atau 34.59 sen.

Jumlah keseluruhan mereka yang terlibat dalam sektor ladang getah setakat akhir Jun 2015 ialah 12,156 orang dengan gaji dan upah keseluruhan yang dibayar sebanyak RM15.0 juta.

Produktiviti bagi Jun 2015 meningkat 41.4 peratus kepada 124.6 kilogram sehektar berbanding Mei 2015, namun merosot 6.0 peratus atau 7.9 kilogram sehektar berbanding bulan sama tahun lalu. - Bernama

0 Komentar untuk " Pengeluaran getah asli naik "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ