MENGURUS ekonomi bermasalah adalah cabaran besar bagi mana-mana negara di dunia sama ada negara itu sudah maju, sedang membangun apatah lagi negara kurang maju.
Walaupun ia memberikan reaksi dan kesan yang berbeza bagi sesebuah negara, tetapi perasaan rakyat tetap sama kerana ia memberikan kesan negatif kepada kehidupan mereka. Dalam hal ini, misalnya, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa tidak terkecuali terkena tempias kegawatan ekonomi dunia sekitar tahun 1997.
Sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang mahasiswa pada masa itu, penulis ingin berkongsi pengalaman pahit manis mengalami sendiri suasana ketika negara ditimpa kegawatan ekonomi. Pendedahan pengalaman berharga ini bukan bermaksud untuk mengatakan kegawatan ekonomi itu tidak baik, tetapi lebih kepada untuk menyedarkan pembaca di luar sana bahawa di sebalik kegawatan ekonomi, ada rahsia dan hikmah yang terbaik untuk sesiapa sahaja.
Pengambilan pekerja dibeku
Diharap dengan pendedahan pengalaman ini akan menjadikan pembaca di luar sana lebih bersedia dan berlapang dada jika sekiranya negara ini sekali lagi menghadapi kegawatan ekonomi. Apa yang dapat saya lihat sebagai seorang mahasiswa yang baru tamat pengajian, kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan banyak sektor pekerjaan membekukan pengambilan pekerja.
Pelbagai kerja saya mohon tetapi semuanya tidak berjaya disebabkan kebanyakan majikan ingin mengurangkan kos dan mereka begitu memilih setiap orang yang memohon pekerjaan. Disebabkan itu, saya memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan agar saya dapat diserap menjadi guru. Memang saya meminati bidang perguruan sejak kecil dan saya mengakui sememangnya bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang guru.
Bagaimanapun, bidang pengkhususan yang saya minati sudah penuh dan permohonan saya ditolak. Akhirnya saya ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di sebuah universiti awam tempatan yang juga universiti tempat saya menghabiskan pengajian peringkat Sarjana Muda.
Saya akhirnya akur, walaupun saya lebih berminat untuk menggenggam diploma pendidikan, tetapi nampaknya itu bukan rezeki saya. Bermula dari sini, saya diberikan peluang untuk menjadi tutor/pengajar dan akhirnya apabila tamat pengajian peringkat Sarjana saya telah ditawarkan pula menjadi pensyarah di beberapa IPTS dan juga universiti awam tempatan.
Hikmah kegawatan ekonomi
Seterusnya saya menyambung lagi pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dan kini saya mempunyai kerjaya yang tidak pernah saya impikan iaitu sebagai pensyarah yang mempunyai status dan tanggungjawab yang tersendiri.
Apa yang berlaku menjadi iktibar kepada saya bahawa kegawatan ekonomi yang lalu meletakkan diri saya ke peringkat lebih tinggi daripada apa yang saya cita-citakan selama ini. Sejak dari itu, saya tidak lagi melihat kegawatan ekonomi sebagai musibah tetapi ia terkandung seribu hikmah yang boleh mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Apa yang pasti masa depan adalah terletak atas kebijaksanaan seseorang itu menguruskan kehidupannya. Dalam hal ini, semasa kegawatan ekonomi, rakyat Malaysia perlu bijak bukan saja dalam menguruskan kewangan keluarga malahan mereka juga harus bijak mencari peluang untuk menambahkan pendapatan.
Saya katakan begitu kerana masa kini tidak sama dengan zaman dulu. Dunia hari ini menuntut kita untuk bekerja keras dan perlu mencari pendapatan tambahan disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat dan ia telah memberi kesan kepada penduduk yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar.
Sebenarnya ada banyak pekerjaan di dunia ini yang tidak memerlukan modal atau modal yang banyak tetapi boleh memberikan hasil lumayan. Di sini saya gariskan beberapa pekerjaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan berminat serta boleh berkorban masa dan tenaga. Langkah pertama adalah tanyalah diri anda apa minat anda atau hobi anda? Adakah anda seorang yang suka menjahit, menulis, memasak, melukis dan sebagainya? Sebenarnya daripada hobi atau minat tersebut yang perlu kita pupuk dan jadikan ia sebagai hobi yang boleh mendatangkan pendapatan kepada anda. Rakyat Malaysia perlu bijak cari pendapatan tambahan.
Hobi boleh dikomersialkan
Saya ambil satu contoh hobi yang boleh dikomersilkan iaitu menulis. Jika seseorang itu bekerja atau bekerjaya serta mempunyai masa yang suntuk untuk mencari pendapatan sampingan, menulis adalah jalan terbaik. Ini kerana menulis tidak memerlukan masa spesifik cuma ia bergantung kepada kebolehan seseorang mengatur masa terluang untuk menulis.
Menulis membuatkan anda fleksibel, kerana anda boleh mencanai idea untuk menulis bila-bila masa di mana juga anda selesa. Mungkin ada di antara kita tidak tahu menulis boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Malah, pada hari ini, sudah terdapat dalam kalangan wanita terutamanya yang sanggup berhenti kerja makan gaji semata-mata ingin menumpukan perhatian kepada kerja menulis.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/74485

0 Komentar untuk " Kegawatan ekonomi bukan musibah jika berfikiran positif "