Nando's dibangun sejak 1987 - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Nando's dibangun sejak 1987


SEBUT sahaja restoran Nando’s, ramai terbayang keenakan ayam panggangnya. Ia merupakan rangkaian restoran berasal dari Afrika Selatan dengan tema Portugis.

Cerita Nando’s itu bermula sejak berabad-abad lalu apabila peneroka Portugis belayar ke Timur mengembara mencari laluan rempah.

Angin Afrika memanggil mereka untuk mendarat di sana. Di bawah terik matahari di tanah yang terbentang luas, mereka menemui ‘African Bird’s Eye Chili’ atau peri-peri, iaitu sejenis rempah untuk menghasilkan sos yang unik.

Beberapa ratus tahun kemudian, pada 1987, Nando’s mula diasaskan Fernando Duarte, seorang pengurus teknikal kelahiran Portugis bersama rakannya, Robert Brozin, seorang pengurus pemasaran.

Segala-galanya bermula apabila Fernando Duarte dan Robert Brozin makan di restoran Chickenland.

Selepas menikmati ayam dimasak di dalam peri-peri dan dipadankan dengan sos cili berasal dari Mozambique, mereka akhirnya membeli restoran tersebut.

Mereka kemudian menamakan restoran itu sebagai Nando’s, bersempena dengan nama anak lelaki Fernando Duarte iaitu Nandie.

Pada awalnya, restoran ini beroperasi di Johannesburg, pinggir bandar kawasan perlombongan Rosettenville.

Selepas dua tahun beroperasi, Nando's sudah mempunyai empat cawangan iaitu tiga di Johannesburg dan satu lagi di Portugal.

Pada 2010, Advertising Age menamakan Nando’ sebagai salah satu jenama pemasaran paling hangat di dunia.

Sehinggalah Julai 2014, kumpulan restoran Nando’s  dimiliki ahli perniagaan dari Afrika Selatan, Dick Enthoven dan keluarganya. Anak lelaki Enthoven, Robby dipertanggungjawabkan meluaskan rangkaian Nando’s di United Kingdom (UK).

Kini, kira-kira 1,000 cawangan Nando's di lebih 30 buah negara antaranya Australia, Bahrain, Bangladesh, Botswana, Kanada, Fiji, India, Ireland, Mauritius, UK dan Malaysia.

Nando’s amat terkenal dengan ayam panggang peri-peri dihidangkan dalam bentuk quater, halve, whole dan butterfly breast (di UK, Ireland dan Afrika Selatan sahaja).

Related Post

  • Sasar sejuta baju sekolah BALQIS Textiles Manufacturing Sdn Bhd (Balqis Textiles), pengeluar pakaian tempahan khas terkemuka menyasarkan pengel…
  • Tertarik khasiat 'buah ajaib' SIAPA sangka kerjayanya sebagai hos rancangan Agrotek di TV1 membawa tuah kepada Fadzlaini Ibrahim,32, yang kini berg…
  • Perniagaan trak makanan bawa tuah MENGAMBIL keputusan untuk menceburi perniagaan trak makanan (food truck) pada tahun 2013 merupakan detik paling beris…
  • Slurp, lancarkan operasi restoran MENUNGGU lama untuk memesan makanan adalah masalah besar kepada pelanggan restoran dan gerai biasa. Ada kalanya, pela…
  • Mi segera yang seimbang KESIBUKAN bukannya alasan untuk kita terlepas pandang perkara-perkara dalam kehidupan seharian. Ini termasuk juga dar…
0 Komentar untuk " Nando's dibangun sejak 1987 "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ