DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menjangkakan program pendidikan keusahawanan khusus untuk kanak-kanak sekolah atau MyCEO sebagai usaha pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Setiausaha Kehormat DPMM Putrajaya, Datuk Jamal Mohamad Amin berkata, pelaksanaan program itu adalah sebagai menyokong agenda nasional untuk mentransformasikan ekonomi negara supaya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
“Program ini adalah inisiatif terbaik kerana ia akan membentuk dan melahirkan anak- anak yang berbudaya dan minat berniaga.
“Usahawan kecil dapat mengerakkan ekonomi negara dan DPMM mahu lebih ramai usahawan kecil dilahirkan. DPMM banyak menganjurkan program membangunkan usahawan kecil dan atas talian serta peruncitan supaya mereka dapat menggerakkan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program MyCEO 2015, di Kuala Lumpur, semalam.
Program MyCEO 2015 dilancarkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Mohamad Annuar Abdul Hamid.
Sementara itu, Pengarah MyCEO, Norni Osman berkata, program itu adalah langkah membudayakan keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia pada masa akan datang.
“Keusahawanan merupakan satu bidang lengkap menyeluruh kerana semua kemahiran menjadi usahawan diaplikasikan. Ia juga sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang menekankan kepentingan keusahawanan sebagai salah satu elemen dalam pendidikan seimbang,” katanya.
Norni berkata, program MyCEO disokong Kementerian Pendidikan Malaysia, SME Corp, Mentor Niaga, Universiti Putra Malaysia melibatkan tiga fasa pelaksanaan merangkumi teori, praktikal dan pengalaman berniaga sebenar.
“Fasa pertama adalah Boothcamp Keusahawanan yang diadakan pada Jun lalu melibatkan 300 pelajar dari lebih 60 sekolah di sekitar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor. Kami menyasarkan akan memperluaskan program ke seluruh Malaysia,” katanya.
Tambahnya, MyCEO juga akan menganjurkan Karnival Usahawan Cilik pada 19 dan 20 September depan di Putrajaya.
MyCEO merupakan sebuah program pendidikan keusahawanan khusus untuk kanak-kanak sekolah rendah yang berumur 10 hingga 12 tahun.
Objektif utamanya ialah melahirkan anak-anak Malaysia yang celik ekonomi, berwawasan dan berdikari agar generasi muda masa depan lebih cenderung cipta peluang pekerjaan sendiri.

0 Komentar untuk " MyCEO didik kanak-kanak jadi usahawan "