Masalah peminjam bank - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Masalah peminjam bank

DALAM menangani masalah-masalah yang dihadapi peminjam-peminjam bank kini  berhadapan kes-kes yang berbau penipuan secara licik. Ini  adalah kes-kes  yang melibatkan skim time-sharing.

Time-sharing

Time-sharing adalah satu cara pemilik-pemilik hartanah di 'resort-resort' dijanjikan  pulangan lumayan daripada persetujuan mengizinkan rumah mereka kepada satu  syarikat pengurusan hartanah yang mana dalam tempoh tertentu pemilik juga boleh mendiami rumah mereka. Ringkasnya, beberapa pemakaian harta secara  bergantian.

Pemilik-pemilik tersebut dapat memiliki hartanah melalui pinjaman yang  diluluskan bank-bank yang bekerjasama dengan pihak  pemaju perumahan. Ini adalah hartanah yang dikategorikan sebagai  hartanah peranginan (resort) seperti  yang didapati di Rawang, Serendah, Semenyih, Kamunting, Bukit Merah dan lokasi-lokasi lain.

Kebanyakan skim-skim sedemikian akan menjanjikan pulangan lumayan tetapi  apabila perjanjian sudah ditandatangani, apa yang dijanjikan tidak dikotakan. Majoriti pemilik-pemilik ini adalah orang Melayu. Hati-hatilah dengan pembelian  sedemikian.

Dalam masa sama, pemilik-pemilik ini dilanda musibah. Di sinilah masalah timbul dengan bank-bank, apabila mereka tidak dapat membuat bayaran bulanan. Ada yang didapati tidak mempunyai servis bayaran bulanan mereka (enam, sembilan 12 bulan ke atas).

Bank mungkin tidak mengambil tindakan masa kini, tetapi ini bukan bermakna pemilik boleh  berdiam diri.

Bank akan menunggu hutang tertunggak mencecah RM30,000 ke atas. Di sinilah bank akan mengambil tindakan membankrapkan peminjam sekaligus memudahkan  untuk melelong hartanah tersebut.

Tindakan bank masa kini didapati sungguh kejam. Beberapa kes yang diadu berkisar kepada bank-bank yang mengambil tindakan terhadap peminjam-peminjam tertunggak lebih tiga bulan dan terus melelong harta tersebut.  Begitu ramai peminjam-peminjam yang mengadu mereka tidak diberi notis atas tindakan tersebut sedangkan alamat masih sama.

Apabila mereka pergi ke bank untuk berunding bagi mendapatkan pengurangan berpatutan, mereka menerima kejutan kerana bank meletakkan amaun yang tinggi.  Di mana letaknya kerjasama antara peminjam dan institusi pemberi pinjaman?  Mengapa tidak boleh menerima amaun ikut kemampuan peminjam?

Dalam  perkara tersebut, kami boleh menjadi orang tengah bagi pihak peminjam-peminjam bank untuk mendapat penangguhan kepada lelongan  awam  dan tindakan-tindakan guaman lain supaya masalah dapat diatasi secepat mungkin.

Kami  akan  menggesa bank supaya memberi diskaun tinggi  untuk  meringankan  bayaran balik yang rendah.

Aduan yang sungguh meluat kami terima setakat ini adalah mengenai sikap kakitangan bank yang bertindak tanpa perikemanusiaan.

Bank lantik pemungut  hutang

Satu lagi  permasalahan kerap  berlaku adalah pemungut-pemungut hutang  yang dilantik oleh bank-bank.

Cara mereka menagih hutang sungguh menakutkan. Mereka  mengancam  peminjam-peminjam jika hutang tidak dilangsaikan, rumah akan disita pada sekian hari.
Mereka juga menyamar sebagai staf dari pejabat peguam. Masa yang diberi untuk membayar balik sungguh singkat.

Tindakan mereka pergi ke kampung-kampung untuk menyita barangan dalam rumah ibu bapa peminjam sungguh kejam.

Kami ingin mengingatkan peminjam-peminjam supaya jangan takut dengan  ancaman sedemikian kerana proses menyita  harta harus melalui prosedur-prosedur  yang diperuntukkan.

Tiada siapa boleh menyita rumah anda tanpa kebenaran dari mahkamah. Penyitaan selalunya dihadiri dua saksi, satu dari polis dan satu lagi diwakili pihak  bank.

Bank guna taktik kotor kaut keuntungan berlebihan

Hasil kajian yang dilakukan, segelintir bank mengaut keuntungan dengan taktik kotor membiarkan peminjam-peminjam mereka yang lalai dengan pinjaman yang dari mulanya kecil dan tindakan terhadap mereka tidak diambil sehinggalah pinjaman itu menjadi besar jumlahnya disebabkan faedah tinggi.

Kebanyakan tempoh adalah antara enam hingga lapan tahun baru tindakan diambil setelah jumlah tuntutan itu tinggi. Dengan cara ini, bank dengan mudah membankrapkan peminjam apabila faedah pinjaman mencecah melebihi RM30,000.

Persoalannya mengapa bank-bank perlu menunggu begitu lama untuk mengambil  tindakan terhadap peminjam ini?

Adakah pihak bank tahu ada peruntukkan  undang-undang yang menetapkan mereka, tidak wajar melakukan sedemikian? Ini adalah Limitation Act 1953 yang digunapakai untuk Semenanjung Malaysia.

Tindakkan sedemikian tidak adil terhadap peminjam. Ia melibatkan keuntungan  dari  faedah melalui himpunan selepas beberapa tahun.

Pinjaman-pinjaman ini bukan terhad kepada kad-kad kredit sahaja tetapi keseluruhan spektrum pinjaman-pinjaman yang lain seperti pinjaman perniagaan, perumahan, peribadi dan lain-lain.

Berjumpa dengan pihak atasan bank

Pendekatan dan kaedah diamalkan adalah bertemu pihak atasan bank membuahkan manfaat yang tidak terhingga kepada peminjam.

Setakat ini, Persatuan 4M berjaya menunda dan menarik balik kes-kes lelongan awam. Sungguhpun prosesnya rumit, tetapi ia berjaya mengeluarkan peminjam daripada status kebankrapan.

Begitu juga dengan kes-kes ansuran kereta tidak berbayar dan kereta pula disorok, kembali di jalan raya dengan pembayaran minima atau penjadualan semula.

Rekod pencapaian terbaik kad-kredit tuntutan sebanyak RM140,000, kes ditutup dengan bayaran minima RM7,000 dengan enam kali bayaran semula.

Ahli-ahli perniagaan yang dituntut oleh  bank untuk membayar-balik berjuta-juta ringgit selalunya berasa lega kerana mereka mendapat pengurangan berbaloi.

Persatuan 4M menangani beberapa kes.

Rosland Mohd Arif,
Penulis Adalah Presiden Persatuan Penyelesaian Pengguna Dan Peminjam Malaysia (4M)

0 Komentar untuk " Masalah peminjam bank "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ