PADA awal Jun lalu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bersama Bantah TPPA memulakan kempen 'Jangan Jual Negara' untuk memberi penerangan kepada golongan akar umbi mengenai perundingan perjanjian Trans-Pasifik (TPP) yang dijangka diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Namun ramai masih tidak sedar dan tidak tahu, perjanjian perdagangan yang diterajui Amerika Syarikat (AS) ini akan memberi impak amat besar terhadap negara dari pelbagai segi.
Walaupun sebilangan kecil rakyat Malaysia tahu negara kita bersama 11 negara lain termasuklah jiran terdekat Brunei dan Singapura giat berunding dengan kuasa besar itu, tetapi banyak perkara teknikal tidak dapat difahami menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengikuti perkembangan terkini.
Barack Obama pula dilihat semakin mendesak memandangkan kedudukan beliau sebagai Presiden AS akan tamat awal 2017 di mana beliau perlu menyelesaikan perundingan sebelum kempen pilihan raya negaranya bermula akhir tahun ini.
Tidakkah kita berasa hairan AS boleh menaikkan taraf Malaysia di dalam Laporan Anti-Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat (Trafficking In Persons Report (TIP)) yang dikeluarkan Jabatan Negara kuasa besar itu dari Tahap Ketiga (Tier 3) kepada Tahap Kedua Watchlist (Tier 2 Watchlist) baru-baru ini, walaupun beberapa bulan lepas kubur besar yang dipenuhi mayat reput dan kem pelarian Rohingya dijumpai di Perlis berdekatan sempadan Thailand?
Jika Malaysia kekal pada Tahap Ketiga, ia tidak layak menyertai TPP. Kenaikan taraf ini memberi laluan kepada Malaysia untuk terus kekal berunding. Dapat dilihat AS sanggup mengetepikan prinsip hak kemanusiaan yang sering diuar-uarkannya demi menyelesaikan perundingan TPP.
Malaysia dianggap rakan kongsi penting bagi menjayakan polisi Pivot to Asia (Condong ke Asia) yang diperkenalkan Obama di mana salah satu objektifnya ialah untuk mengimbangi kebangkitan kuasa negara China di rantau ini.
Apakah rakyat Malaysia akan tersepit di tengah-tengah permainan geopolitik ini? Sudah pasti jawapannya adalah 'ya'.
Walaupun perundingan TPP telah memasuki fasa akhir, kita sebagai rakyat Malaysia masih ada masa untuk menyedarkan pemimpin negara, perjanjian ini tidak boleh ditandatangani tanpa mengambil kira pandangan orang ramai yang akan menerima akibatnya dari kenaikan harga ubat-ubatan serta ancaman terhadap polisi pemberian subsidi bagi sektor-sektor seperti perikanan dan pertanian.
Penyokong-penyokong TPP menyatakan hasil produk tempatan akan memperolehi pasaran antarabangsa lebih besar memandangkan negara-negara perunding merangkumi 40 peratus dari keluaran dalam negara kasar dunia.
Namun, secara realistiknya, mampukah syarikat-syarikat kecil dan sederhana Malaysia bersaing dengan syarikat-syarikat dari negara maju seperti AS, Jepun dan Australia yang mempunyai lebih banyak dana untuk menjalankan penyelidikan dan mengeluarkan lebih banyak produk baru dalam setahun?
Walaupun AS merupakan pendokong utama TPP, sebahagian rakyatnya dan ahli-ahli politik parti Obama sendiri tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut kerana ia dipercayai akan mengurangkan peluang pekerjaan akibat kecenderungan syarikat-syarikat besar membuka kilang-kilang di negara membangun dan juga menggalakkan lambakan produk-produk dari negara asing yang boleh dijual dengan harga lebih murah dari produk buatan tempatan atau barangan Made in America.
Setelah TPP ditandatangani, syarikat tempatan tidak boleh diberikan keistimewaan dan perlu bersaing di atas platform yang sama dengan syarikat-syarikat asing bagi mendapatkan kontrak kerajaan.
MTEM berpendapat, banyak syarikat tempatan masih perlukan sokongan khusus dari kerajaan untuk memantapkan pengeluaran produk atau servis mereka. TPP juga mengharuskan pengurangan atau pelupusan subsidi bagi beberapa sektor seperti sektor pertanian dan perikanan.
Di Jepun, petani-petaninya menyatakan kerisauan dengan pengimportan berlebihan produk agro makanan dan bahan-bahan seperti beras, gandum dan daging lembu.
Pengusaha-pengusaha ladang penternakan lembu susu di Kanada pula bimbang sistem sedia ada serta tarif yang memastikan usahawan-usahawan kecil dan sederhana boleh bertahan akan terhapus akibat sistem perdagangan lebih terbuka di mana saingan hebat akan terpaksa dihadapi dari negara industri tenusu seperti New Zealand.
Mereka, seperti juga golongan nelayan dan petani Malaysia yang diwakili Bela Tani dan Jaringan Nelayan Pantai Semenanjung Malaysia (Jaring) amat risau dengan masa depan mereka.
Buat masa kini, Malaysia masih mengekalkan 40 peratus tarif bagi pengimportan beras. AS pula pernah menyatakan mahu kadar Zero Tariff ke atas produk pertanian.
Nasib SME tempatan tidak akan terbela jika kehendak AS diikuti. TPP bukan hanya merangkumi isu-isu perdagangan dan perniagaan, tetapi juga isu budaya dan hak milik kaum asal seperti hak pemilikan tanah warisan dan hak milik intelektual tradisi seperti ubat-ubatan yang diamalkan secara turun temurun.
Di New Zealand, TPP mendapat tentangan serius dari golongan Maori yang tidak mahu hak mereka dieksploitasi syarikat-syarikat multinasional yang boleh sahaja menggunakan mahkamah antarabangsa untuk merampas tanah warisan serta ilmu tradisi mereka atas dasar kesamarataan yang didukung perjanjian perdagangan tersebut.
Bagaimana pula dengan hak Orang Asal negara kita dan juga hak keistimewaan Bumiputera? Sudah tentu ia akan terjejas. Pelbagai lagi isu perlu dikupas satu per satu agar rakyat keseluruhannya faham TPP merupakan ancaman besar terhadap hak-hak setiap individu dan setiap sektor di negara ini.
MTEM sedang berusaha agar rakyat Malaysia dapat bersama untuk membela hak anak-anak dan cucu-cicit kita dari dirampas kuasa asing yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Jangan biarkan hak kita dan kedaulatan negara kita dikompromi.
Mohd Nizam Mahshar
Penulis adalah Ketua Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

0 Komentar untuk " Jangan jual negara "