Kuasa media sosial dalam perniagaan - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Kuasa media sosial dalam perniagaan

MENJADI viral di media sosial bukanlah satu batu loncatan kepada beberapa perniagaan kerana ia memberikan impak besar kerana perlu lebih bersedia menghadapinya.

Ironinya, viral yang berlaku sama ada kekecohan atau pujian berkaitan beberapa isu sejak akhir-akhir ini membuka peluang kepada pelbagai perniagaan di negara ini berkembang pesat dengan 'percuma' serta pantas.

Antara viral yang diingati adalah isu berkaitan restoran, kedai telefon, produk kecantikan dan kesihatan serta restoran.

Bagaimanapun, bagi pemilik perniagaan dalam industri berkaitan, ia adalah rezeki ALLAH SWT kepada mereka.

Benarkah viral boleh menjadikan sesebuah perniagaan berkembang dan merudum?

Iklan percuma, tingkat jualan produk

PC Phone Gadjet juga antara yang terkena tempias viral. Pemiliknya, Mohd Zailani Abidin berkata, viral mengenai kedainya sebagai alternatif aksesori gajet meletup selepas insiden beberapa bulan lalu.

Kebanyakan ‘posting’ mengenai insiden itu mengaitkan perniagaannya yang dikenali sebagai Kedai Ustaz.

“Alhamdulillah, ini rezeki ALLAH SWT. Saya tidak perlu bayar untuk mengiklankan perniagaan. Ia sekaligus mendapat pasaran di internet kerana ramai yang viralkan.
“Viral itu menyebabkan jumlah jualan meningkat 40 peratus. Sebelum ini, orang tahu bisnes saya melalui promosi dari mulut ke mulut,” katanya.

Kebanyakan maklumat mengenai ‘trending kedainya’ hanya diketahui melalui rakan-rakan yang menghubunginya.

Sebelum ini, perniagaannya meningkat secara berperingkat dan pekerjanya hanya promosi perniagaan mereka melalui media sosial namun tidak memberikan impak besar.

“Saya bersyukur, selepas kejadian itu, kedai saya jadi pilihan pelanggan pelbagai bangsa. Saya jual dengan harga berpatutuan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Jika mereka tidak berpuas hati dengan barang yang dibeli, ia boleh ditukar semula. Ia dilakukan sejak saya berniaga di Uptown Damansara empat tahun lalu dan dua tahun,” katanya yang kini mempunyai tiga lot kedai di Kota Damansara.

Dipenuhi pelanggan

Pelanggan semakin bertambah setiap malam dan mereka terpaksa menunggu jika sukar untuk memilih barang yang ingin dibeli.

“Saya menjual gajet, setiap pembeli akan memilih, mencuba sebelum mengambil keputusan membelinya. Ia mengambil masa dan pelanggan akan bertambah ramai terutamanya pada hujung minggu,” katanya.

Sebagai penjual gajet, dia mementingkan ketulusan dalam perniagaannya dan bimbang jika menipu pelanggan ia akan memberi kesan.

“Ia tidak baik kepada perniagaan saya. Saya mahu orang sampaikan mesej baik mengenai kedai saya. Kami menjaga kualiti perkhidmatan dan ‘value for money’ tetap ada,” katanya.

Mengakui banyak berurusan dengan peniaga tempatan dan hanya mengimport 60 peratus dari China.

“Saya ambil stok pada bila-bila masa dan pembekal saya berbangsa Cina. Hubungan saya dengan bangsa lain juga baik kerana saling memerlukan. Kedai saya juga dikunjungi pelbagai bangsa,” katanya.

Katanya, selepas viral berlaku, ia bukan sahaja memberikan iklan percuma malah kedainya sentiasa dipenuhi orang ramai yang mula beroperasi jam 10 pagi hingga 4 pagi.

Perniagaan online meningkat

BERNIAGA secara atas talian (online) menjadi trend sejak kebelakangan ini sehingga ada yang menjadi usahawan berjaya.

Pemilik Butik Zunastailista, Mazlina Mahmud berkata, melihat ada peluang perniagaan pakaian Muslimah pada 2010 menjadi fenomena dan mempunyai permintaan tinggi, menyebabkan dia mencubanya.

Pada peringkat permulaan, dia mempromosikan pakaian Muslimah melalui media sosial.

“Alhamdulillah, setakat ini jualan memberangsangkan. Melihat trend jubah saya mendapat permintaan tinggi daripada perniagaan online, saya membuka butik di rumah.

“Butik dijadikan sebagai pusat sehenti kepada pelanggan dan pengedar untuk mendapatkan koleksi pakaian Muslimah yang mempunyai lapan rekaan direka sendiri Zunastailista,” katanya.

Selepas butik keduanya dibuka di Putrajaya, permintaan online meningkat berbanding sebelumnya, Zunastailista akan membuka cawangannya di Brunei Darulsalam.
“Apabila menggunakan instagram dan dipakai beberapa artis, peningkatan pengikut dan pembeli online turut  meningkat.

“Viral perniagaan boleh jadi baik dan buruk. Positifnya apabila jenama boleh berkembang dan dikenali dengan cepat tetapi perlu berhati-hati. Sebagai peniaga perlu memberikan perkhidmatan terbaik, jika pelanggan tidak berpuas hati dan diviralkan, perniagaan akan cepat jatuh,” katanya.

0 Komentar untuk " Kuasa media sosial dalam perniagaan "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ