KOTA Bharu City Point (KBCP) bakal menjadi pusat jualan produk IT dan barang kemas terbaharu terbesar di negeri ini dengan mengumpulkan perniaga-peniaga kecil di bawah satu bumbung.
Ketua Pegawai Eksekutif Sensa Timur Sdn Bhd, Nik Azman Nik Mustapa berkata, KBCP yang siap sepenuhnya Oktober tahun lalu adalah mercu tanda baharu Kota Bharu, malah kedudukannya yang strategik merupakan bonus kepada pemiliknya apabila mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Menurutnya, 148 premis disediakan untuk peniaga bagi memasarkan produk masing-masing di pusat jualan tersebut yang terletak di aras satu dan bawah bagi memudahkan pelanggan.
“Kita menyediakan 49 premis untuk peniaga emas sekaligus bakal menjadikan KBCP sebagai hab jualan barangan emas baharu di negeri ini selain sebagai tarikan peminat barangan kemas dari dalam dan luar negara.
“Bila peniaga-peniaga emas berada di bawah satu bumbung ini akan membuatkan mereka lebih selektif dari segi harga dan kepelbagaian produk. Malah, kita juga sedang berunding dengan pembekal barangan kemas berjenama dari luar negara untuk buka cawangan di pusat jualan ini dengan tawaran harga lebih murah,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada sesi pelancaran Pusat Jualan Pelbagai Produk IT dan Barang Kemas, di sini hari ini.
Nik Azman berkata, ekoran permintaan yang tinggi untuk pasaran alat telekomunikasi pihaknya turut menyediakan 99 lot jualan IT untuk kemudahan pelanggan di aras satu KBCP.
Tambahnya, pemasangan CCTV di pusat jualan tersebut memberi jaminan keselamtan kepada peniaga di sana dengan pemantauan sepanjang masa oleh pihak keselamtan yang bakal dilantik.
“Setiap premis di pusat jualan untuk premis peniaga emas ini akan disewakan pada kadar RM2,500 sebulan dan selepas dua tahun bergantung kepada prestasi keuntungan peniaga diberi pilihan untuk membeli sebagai aset jangka panjang atau sebaliknya.
“Kita yakin dengan pasaran di sini kerana kedainya berada di aras pejalan kaki, mudah diakses ekoran berdekatan dengan perhentian bas, teksi dan kemudahan-kemudahan lain,” katanya.

0 Komentar untuk " KBCP bakal jadi pusat produk IT, barang kemas "