JUMAAT lalu buat pertama kali penulis diberikan penghormatan untuk menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Negara. Memanglah tidak terlintas di fikiran satu hari nanti berada di atas mimbar tersebut.
Peluang keemasan penulis menyampaikan khutbah mengenai peranan besar bapa sebagai ketua dan pemimpin yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memelihara institusi keluarga yang kini tampak rapuh.
Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang lelaki itu adalah pemimpin kepada ahli keluarganya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam Islam, peranan dan tanggungjawab bapa bermula sebelum dia berkahwin lagi dengan tanggungjawabnya untuk memilih bakal isterinya yang akan menjadi ibu, pengasuh, dan pendidik terbaik untuk anak-anaknya.
Sabda Rasulullah SAW: “Dinikahi seseorang perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, kamu akan beruntung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW bukan melarang seseorang itu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai harta, keturunan mahupun kecantikan, tetapi keutamaannya adalah memilih perempuan yang berakhlak dan mempunyai nilai agama dalam dirinya.
Seterusnya peranan lelaki sebagai suami adalah mendidik isterinya (sebelum atau selepas dia menjadi bapa), Rasulullah SAW bersabda: “Berbuatlah baik kepada isteri-isteri (yang kamu kahwini), sesungguhnya perempuan itu (asal-usulnya) dicipta daripada tulang rusuk (Nabi Adam AS), dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas, dan jika kamu ingin luruskannya (dengan kasar dan keras), kamu akan patahkannya, dan jika kamu biarkannya (dalam keadaan sedemikian), ia akan tetap bengkok. Berbuatlah baik kepada isteri-isteri (yang kamu kahwini)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maksud berbuat baik dalam hadis tersebut termasuk mendidik isteri menjadi solehah yang taat agama dan suami, pendukung dan pembantu kepada perjuangan suami serta menjadi ibu yang penuh kasih sayang dalam mendidik anak.
Perumpamaan yang diibaratkan Baginda SAW terhadap wanita adalah seperti tulang rusuk yang menjadi asal-usul penciptaan mereka. Jika suami keras dalam mendidik mereka, mereka akan patah dengan makna emosi dan perasaan mereka mudah terganggu. Sebaliknya jika suami terlalu berlembut dalam mendidik mereka, mereka akan terus bengkok dengan erti kata akan terus tidak terdidik dan hanyut dalam dunia mereka. Inilah peranan besar seorang suami.
Peranan ibu bapa terutamanya bapa adalah dalam mencorakkan didikan dan tarbiah anak mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada bayi yang dilahirkan kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih daripada dosa dan segala bentuk pemikiran), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia seorang Yahudi, Kristian atau majusi”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kanak-kanak mudah dibentuk seperti kata pepatah Melayu: “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh dan ikutan dalam kehidupan seharian. Justeru, ibu bapa perlulah menunjukkan akhlak, adab dan nilai murni yang akan menjadi ikutan kepada anak mereka, bahkan nilai tersebut akan kekal terpahat dalam ingatan. Pepatah Arab menyebut: “Didikan pada waktu kecil adalah seperti memahat pada batu (yang akan kekal lama)”.
Ibu bapa berilah didikan terbaik untuk anak kerana mereka akan menghadapi zaman berbeza dan lebih mencabar seperti kata Saidina Ali RA: "Ajarkanlah anak-anakmu sebaik-baik perkara yang diajarkan kepadamu, sesungguhnya mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu”.
Mungkin sesetengah masyarakat menganggap isu rumah tangga adalah remeh, tetapi hakikatnya, asas keharmonian masyarakat bermula daripada institusi keluarga. Bahkan dalam sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik daripada kalangan kamu terhadap ahli keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Justeru, peranan sebagai bapa amatlah dititikberatkan kerana nilai kebaikan seseorang itu dalam Islam dinilai bermula dengan keluarganya terlebih dahulu sebelum dia dinilai dalam masyarakat. Moga-moga ALLAH berikan kekuatan kepada kita untuk mengharungi kehidupan berumah tangga, lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan ujian dan cabaran ini.
* Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

0 Komentar untuk " Jangan abai tanggungjawab bapa "