Fonebud Essential Pluss dilancar - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Fonebud Essential Pluss dilancar

SYARIKAT elektrik dan elektronik tempatan, Pensonic Holdings Berhad (Pensonic) menyasarkan 50 negara bagi jualan untuk produk baharu mereka, Fonebud Essential Pluss.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pensonic, Dixon Chew berkata, power bank pintar keluaran syarikatnya itu mempunyai pelbagai fungsi selain mengecas telefon atau lampu suluh.

“Melihat kepada fungsi power bank yang agak terhad, kami mencipta teknologi baharu lebih mesra pengguna.

“Bukan sahaja untuk mengecas, ia mampu berfungsi sebagai telefon mudah alih dengan menggunakan bluetooth sebagai penghubung,” katanya.

Dixon berkata, ia turut dilengkapi shutter selfie dan penggera dengan kuasa 5,000 mAh.

Katanya, harga seunit power bank ini adalah RM229.

“Pra tempahan dibuka menerusi media sosial, power bank ini terjual sebanyak 5,000 unit sejak April lalu.

“Syarikat juga akan melancar dua produk Fonebud baharu, mini dan guard pada penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran produk baharu jenama itu akan tampil dengan beberapa aksesori telefon pintar lain tahun hadapan bagi memperkenalkan Fonebud di mata dunia.

Related Post

  • OKU lancar minyak wangi USAHAWAN muda yang juga OKU, Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 26, melancarkan jenama wangian sendiri, Pink Floral By Dewa…
  • Inovasi terkini MGZ Suite STRATEGI pemasaran yang mantap mampu memberikan impak besar kepada sesebuah perniagaan. Mengambil peluang teknologi y…
  • Sentuhan kreatif tangan gergasi BERMULA minat sejak kecil yang gemar mereka cipta dengan memasang kadbod (kertas keras) untuk menghasilkan sesuatu re…
  • Peluang usahawan tembusi pasaran China PERSATUAN Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) membuka cawangan di Yiwu, China menerusi pusat pameran d…
  • Sedia bersaing dan inovatif INDUSTRI perabot antara sektor terpenting negara dalam membantu pertumbuhan ekonomi. Salah satu syarikat tempatan ya…
0 Komentar untuk " Fonebud Essential Pluss dilancar "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ