Warga asing: Kita perlu tegas - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Warga asing: Kita perlu tegas

MENYAYAT sekali apabila melihat mayat ditimbunkan dalam sekian banyak kubur besar yang ditemui di kawasan sempadan Thailand. Itu telah dikenal pasti sebagai kubur pelarian yang dibunuh dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan penemuan berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian.

Khemah-khemah tersebut dipercayai telah beroperasi selama lebih lima tahun. Hebat sungguh sindiket berkenaan yang beroperasi sejak sekian lama tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Apa agaknya ilmu hitam yang mereka pakai?

Tidak dapat dipastikan berapa lagi kubur-kubur besar akan ditemui dalam waktu terdekat, semuanya gara-gara sindiket tidak berhati perut yang mengaut untung besar dengan menjual manusia. Bayangkan berapa banyak nyawa telah dikorbankan dengan kejam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memandang berat terhadap penemuan tersebut, sambil menegaskan: “Kami akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab.” Mudah-mudahan kecekapan dan kecanggihan kita betul-betul dapat mengesan penyangak berhati binatang itu!

Dalam waktu yang sama kisah dari laut juga tidak kurang menyayat. Ketika mayat-mayat ditemui dalam kubur-kubur besar di sempadan, kira-kira 7,000 pelarian lagi terdampar di lautan, memohon belas untuk menyambung hidup.

Pelarian dari Rohingya dan Bangladesh yang terkandas di perairan antarabangsa menyabung nyawa – ramai yang mati kelaparan, diseksa dengan kejam, dan berkubur di laut – untuk ditempatkan di negara kita.

Baik yang dikuburkan beramai-ramai di darat atau yang terdampar di laut, semua ini dengan jelas membuktikan betapa peritnya orang dari tempat lain untuk masuk dan mencari nafkah penyambung hidup di negara bertuah ini.

Tentu sekali kita amat simpati dan bersetuju untuk memberi penempatan sementara – selama setahun – kepada orang dari laut. 1,158 telah mendarat di Pulau Langkawi Kedah pada 11 Mei, dan telah ditempatkan di pusat tahanan imigresen di Sik, Kedah. Beberapa lokasi lagi telah dikenal pasti untuk menempatkan mereka yang masih terkandas.

Dalam pada kita bersimpati, banyak pendatang asing yang berjaya masuk ke negara kita tidak sedikit pun bersyukur, sebaliknya membuat tahi dan menyusahkan orang tempatan.

Sama ada yang masuk secara sah atau menyusup sebagai pendatang tanpa izin @ Pati, mereka melakukan seribu satu macam onar sehingga kehidupan kita berasa tidak selamat.
Ini hanya sedikit contoh dari sekian banyak musibat yang ditunjukkan oleh pendatang asing:

Contoh 1: Pendatang asing menduduki kawasan tertentu tanpa mendapat keizinan penduduk setempat. Mula-mula mereka dirikan sebuah rumah haram, lama-lama banyak lagi rumah didirikan dan akhirnya kawasan tersebut menjadi kampung mereka.

Aduan dibuat kepada PBT, pemeriksaan dan serbuan dilakukan, tetapi penempatan tidak dirobohkan. Kampung haram ini bertambah luas setiap hari. Penduduk tempatan tidak berani menegur, apa lagi masuk ke kawasan tersebut. Pihak berkuasa saling menuding jari, masing-masing agensi bagaikan hilang kuasa.

Contoh 2: Pendatang dari luar masuk menggunakan permit pelancong, tetapi mereka tidak melancung sebaliknya melacur. Setiap hari ada sahaja gadis dan wanita dari negara luar yang diserbu dan ditangkap di pusat-pusat hiburan seluruh negara.

Si putih gebu lagi seksi ini disoal siasat sebelum diangkut dalam truk polis atau imigresen. Tidak pasti ke mana mereka dihantar, dan apa tindakan selanjutnya.

Apa yang pasti setiap hari wanita dan gadis penghibur ini sentiasa mengisi pusat-pusat hiburan kita sebagai pelayan seks. Sepuluh orang kena tangkap, beratus lagi masuk dan melacur. Ini sudah berleluasa sejak bertahun-tahun, tiada penghujung.

Contoh 3: Pendatang kulit hitam @ gagak hitam @ mat gelap masuk ke negara kita dan berlagak samseng. Mereka menguasai banyak kawasan penempatan dan melakukan macam-macam jenayah – penipuan, peras ugut, rogol, bunuh, mengedar dadah dan sebagainya.

Paling menyakitkan hati kumpulan mereka masuk ke tempat hiburan, minum arak, mabuk dan mengganggu anak gadis kita. Di sesetengah tempat mereka berani membuka seluar dan menunjukkan kemaluan, kencing di hadapan kita.

Selalu rakyat bertanya, kenapa pihak berkuasa kita bagaikan tiada kuasa, tiada keberanian untuk bertindak? Masa sudah tiba untuk kita bertegas. Kita pun ada telur, tunjukkan telur kita!

0 Komentar untuk " Warga asing: Kita perlu tegas "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ