BARU-baru ini seorang kolumnis dalam sebuah akhbar, menulis sebuah artikel berkenaan perkahwinan dalam Islam yang sarat dengan inti pati memperlekeh, bahkan boleh dianggap menghina ajaran Islam.
Mungkin sebahagian kita boleh bersetuju dengan kritikan beliau terhadap kursus-kursus perkahwinan yang dianjurkan jabatan agama yang didakwa sarat dengan bahan-bahan lelucon, lawak lucah dan kenyataan berupa merendahkan martabat wanita.
Namun ini tidak bermakna kita wajar merelakan kenyataan-kenyataan penulis yang berbentuk penghinaan pada Islam.
Artikel tersebut dimulakan dengan perenggan-perenggan awal bagaikan menghina Nabi-Nabi tanpa memahami konteks ajaran Islam mahupun falsafah perkahwinan itu sendiri.
Penulis tersebut secara sinis mempertikaikan doa-doa yang sering dibacakan dalam majlis-majlis perkahwinan yang mengaitkan pasangan Nabi Adam AS dan Hawa, Nabi Ibrahim AS dan Hajar, Nabi Yusuf AS dan Zulaikha, dan Nabi Muhammad SAW dan Aishah sebagai contoh ikutan.
Tidak cukup dengan mendakwa perkahwinan para Nabi adalah tidak relevan untuk diikuti pada zaman moden kini, penulis secara tidak wajar memberikan gambaran salah mengenai mereka.
Nabi Adam digambarkan jatuh cinta kepada Hawa kerana pada masa itu tidak ada lagi wanita selain Hawa. Nabi Ibrahim pula digambarkan seolah-olah tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan isteri (Hajar) dan anaknya terlantar di tengah-tengah padang pasir, dan hanya datang beberapa tahun kemudiannya untuk mengorbankan pula anak lelakinya itu.
Manakala Nabi Yusuf digambarkan jatuh cinta kepada wanita yang sudah bersuami yang menggodanya.
Semua pandangan ini hanya mencerminkan kejahilan dan kedangkalan pemikiran beliau dalam memahami konteks setiap yang mendasari peristiwa yang terkait dengan para Nabi.
Umpamanya dalam konteks perkahwinan Adam dan Hawa, bukan soal pemilihan pasangan, sebaliknya tujuan utama ALLAH menciptakan Hawa adalah untuk menunjukkan bahawa manusia itu sifat dan fitrahnya adalah cenderung kepada hidup berpasangan, bukannya berseorangan. Inilah antara hikmah disyariatkan perkahwinan dalam Islam.
Dalam kisah Nabi Ibrahim pula, perlu difahami bahawa hikmah dan pengajaran terbesar ingin disampaikan adalah berkenaan pengorbanan dan pergantungan mutlak kepada ALLAH. Pengorbanan besar Hajar, hanya bergantung semata-mata kepada ALLAH setelah diuji dengan ditinggalkan berseorangan dengan anaknya di padang pasir.
Akhirnya, pengorbanan dan pergantungan Hajar kepada ALLAH tidak disia-siakan olehNya dengan mengurniakan mereka air zam-zam yang kekal sehingga hari ini untuk dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita.
Begitu juga dengan Nabi Ibrahim yang diperintahkan untuk meninggalkan isterinya Hajar di padang pasir. Namun, dari semasa ke semasa, Nabi Ibrahim tetap datang menziarahi isteri dan anaknya sehinggalah beliau diuji pula untuk mengorbankan satu-satunya putera kesayangan tatkala anaknya itu sudah dapat berjalan.
Pengajaran yang perlu difahami dari kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha; manusia fitrahnya dijadikan ALLAH mempunyai nafsu antara lelaki dan perempuan. Akan tetapi, kerana kuatnya iman Nabi Yusuf dan hidayah ALLAH, akhirnya ALLAH selamatkan Nabi Yusuf daripada terjerumus dalam lembah kehinaan yang berpunca daripada nafsu.
Penulis tersebut tidak pula mengulas panjang perihal perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Aishah, atas alasan mengambil jalan selamat daripada dikritik.
Namun dengan menulis nama Muhammad dan Aishah beriringan dengan kenyataan sinis terhadap Nabi-Nabi yang lain, seolah-olah ada maksud tersirat untuk turut mencorakkan imej negatif terhadap perkahwinan Baginda.
Penulis sepatutnya memahami bahawa Nabi-Nabi yang diutuskan ALLAH dan disebut di dalam al-Quran adalah mendapat petunjuk dan wahyu daripadaNya dalam kehidupan mereka setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.
Kesemua kisah Nabi-Nabi yang dinyatakan oleh al-Quran dan hadis membawa pelbagai hikmah dan pengajaran untuk direnungi.
Firman ALLAH:
“Mereka (Nabi-Nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya” (Al-An’am:90).
Akhirnya perkahwinan dalam Islam bukan sekadar simbol kepada hubungan seks sebagaimana dakwaan. Bahkan perkahwinan dalam Islam mempunyai falsafah dan maksud lebih kudus daripada itu.
Ini kerana maqasid atau matlamat perkahwinan merupakan manifestasi pengiktirafan kepada hakikat manusiawi yang secara fitrah ingin hidup secara berpasangan bagi membina keluarga sejati berteraskan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih-sayang) dan rahmah (kerahmatan) sebagaimana terungkap dalam Surah Ar-Rum:21.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Usah perlekeh perkahwinan anbiya "