Rombakan kabinet hak mutlak PM, tidak perlu dipolitikkan - Penganalisis - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Rombakan kabinet hak mutlak PM, tidak perlu dipolitikkan - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet Adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri dan tidak perlu dipolitikkan, kata penganalisis. Syed Razak Alsagoff dari Gerakan Rakyat berkata, Najib tidak perlu memberi sebarang alasan untuk berbuat demikian kerana ia adalah prerogatifnya sebagai Perdana Menteri. "PM (Perdana Menteri) tak perlu beri apa-apa sebab, tetapi (beliau) tetap terangkan iaitu beliau terbuka kepada kritikan tetapi kena lakukan secara tertutup. "Kritikan dibuat di forum terbuka dan ini menimbulkan persepsi kurang baik pada kejituan Kabinet, jadi beliau rasa beliau patut bertindak untuk menyatukan semula kerajaan dan parti," katanya ketika ditemubual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV malam tadi. Dalam rombakan Kabinet yang diumumkannya semalam, Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin. Empat menteri yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia Prof Madya Mohamad Md Yussof pula berkata rombakan Kabinet itu dilakukan kerana sudah sampai pada masanya. "Dah sampai masanya, tiada kaitan dengan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad), tiada kaitan Najib nak 'cover up', memang dijangka satu rombakan akan berlaku sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14). "Ia juga tepat kerana dalam keadaan politik yang kucar-kacir .. kerajaan perlu satu pasukan yang kuat dan jitu, " katanya. Dua penganalisis itu juga berkongsi pendapat bahawa pelantikan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri adalah tepat memandangkan pengalaman beliau dalam kerajaan selama ini. "Zahid ada pengalaman, cergas, terima sokongan yang kuat, beliau boleh jadi orang yang mendukung PM, dinamik, tidak lesu, pertimbangan politik yang dibuat PM ini memang tepat pada tempatnya," kata Prof Mohamad. Syed Razak berkata pelantikan Ahmad Zahid akan memainkan peranan untuk menjitukan barisan kerajaan serta memperkuatkan UMNO. "PRU14 nanti ini adalah satu cabaran hebat, Zahid akan menjalankan tugas sebaik mungkin kerana beliau akan mengembalikan keyakinan bukan hanya anggota UMNO tetapi juga rakyat," katanya. Bagaimanapun, penganalisis itu menyarankan kerajaan supaya segera mengambil langkah proaktif dengan menyelesaikan seberapa banyak masalah dan isu rakyat akar umbi dengan tempoh berbaki kira-kira 30 bulan saja sebelum PRU14. Syed Razak berkata tempoh itu wajar digunakan sebaik mungkin bagi kerajaan mencari mekanisme meringankan beban rakyat terutama berkaitan pungutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Prof Mohamad pula menggesa supaya tempat beberapa individu dalam Jawatankuasa Kira-Kira Kewangan Negara (PAC) digantikan secepat mungkin SUPAYA siasatan kes 1MDB dapat diteruskan dengan lancar. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70824
0 Komentar untuk " Rombakan kabinet hak mutlak PM, tidak perlu dipolitikkan - Penganalisis "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ