MASA sudah terlalu jauh beralih. Keadaan pun sudah terlalu banyak yang berubah. Keadaan diri sendiri, juga persekitaran. Apa yang kekal tidak berubah adalah kenangan.
Selagi masih bernafas, selagi sel-sel otak masih berhubung, kenangan akan terus diheret melampaui sempadan masa untuk kita mengingat segala peristiwa silam. Kenangan itu jugalah yang membuat kita masih mampu tersenyum kerana ianya adalah sangat indah. Yang tidak indah apabila mengingat mereka yang sudah tiada, yang dahulunya adalah sebahagian daripada diri kita. Ayah, ibu, anggota keluarga, juga rakan-rakan sepermainan yang mewarnai hari-hari terawal kita, tatkala kita baru mengenal dunia.
Ya, bulan puasa dan apabila Aidilfitri semakin hampir, inilah masanya meletakkan kita begitu dekat dengan kenangan silam. Tidak terungkap dek perkataan betapa hati terasa begitu sayu mengenang masa lalu, tatkala kita hanya tahu bergelak ketawa menikmati kehidupan dunia kanak-kanak yang penuh ceria.
Bulan puasa zaman kanak-kanak, apa yang akrab dengan kita waktu itu, yang terus menjadi nostalgia sampai hari ini?
Bagi diri saya, satu daripadanya ialah cerita bersiri kisah Nabi Musa di TV. Judulnya LAILAHAILALLAH. Saya masih ingat watak-wataknya, rupa Firaun, Haman (yang berkepala botak dan selalu dukung anjing bertompok hitam putih). Juga watak Yuyu, pelawak Firaun. Yuyu, sesuai dengan pekerjaannya sering sahaja buat lawak untuk menceriakan Firaun. Oleh kerana lawaknya tidak kena masa, Yuyu dihukum oleh Firaun. Lidahnya dipotong.
Dia bagaimanapun terselamat dalam peristiwa Firaun dan konco-konconya ditelan Laut Merah. Akhirnya, dia jadi pengikut Nabi Musa. Untuk mengimbau semula kenangan itu, carilah video tema drama LAILAHAILLAH di Youtube.
Pada zaman kita - generasi Kelab 40 - masih kanak-kanak, bukan semua rumah ada peti ais seperti sekarang. Yang tidak ada peti ais, akan beli air batu daripada penjaja yang masuk kampung dengan basikal atau motosikal. Penjaja bawa air batu dalam tong yang diisi dengan habuk kayu. Tujuannya adalah untuk melambatkan air batu itu cair.
Seketul air batu dijual dengan harga 20 sen, 30 sen atau 40 sen. Bantal atau ketulan ais yang besar, dipotong dengan gergaji mengikut saiz yang dipesan. Setelah itu, ketulan air batu dibungkus dengan kertas surat khabar untuk dibawa balik. Biasanya kanak-kanaklah yang ditugaskan membeli air batu kerana seperti anak-anak kita sekarang, merekalah yang banyak minum ais pada waktu berbuka.
Satu perkara yang membuat saya berasa paling sayu dan sedih membandingkan zaman itu dengan sekarang ialah dahulu, aktiviti bertukar-tukar juadah berbuka dalam kalangan jiran tetangga cukup aktif dan antara penyumbang terbesar kemeriahan suasana bulan puasa.
Zaman itu, orang tidak mengenal bazar Ramadan. Apa yang dimakan untuk berbuka adalah daripada air tangan sendiri atau juadah 'barter trade' dengan jiran-jiran.
Cukup untuk buat satu atau dua jenis kuih dan lauk. Kira-kira sejam menjelang waktu berbuka, kita disuruh oleh emak untuk menghantar juadah buatannya ke rumah jiran-jiran dan pulangnya kita kemudian adalah dengan membawa pemberian mereka pula. Maka walaupun satu dua jenis kuih yang dibuat, saiz hidangan keluarga setiap kali berbuka hampir serelong juga.
Tidak cukup syarat bercerita mengenai hidup alam kanak-kanak jika tidak disentuh mengenai akrabnya kita dengan surau atau masjid. Bulan puasa, juga pada bulan-bulan yang lain, ada kalanya saya dan rakan-rakan tidak pulang bermalam di rumah. Kami tidur beramai-ramai di surau dan hanya akan pulang menjelang waktu sahur.
Malamnya ketika orang dewasa terawih, kadang-kadang kami mengikut, tetapi ada ketikanya itulah waktu untuk bermain riuh rendah di halaman surau. Apa yang paling saya suka, selepas terawih, kami akan bermain beduk dengan rentak yang tertentu sampai tengah malam.
Itulah punca langsung tidak balik ke rumah!
Apa yang saya boleh kata, dekatnya kehidupan kita kanak-kanak zaman itu dengan surau atau masjid daripada aktiviti yang sedemikian, sememangnya meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa hingga ke hari ini.
Tambahan pula mengingat pesan ayah yang sudah tiada, yang daripada kata-kata peringatan dan tegurannya itulah yang membuat kita berasa selalu mahu 'dekat' dengan rumah ALLAH. Jika tidak buat seperti apa yang dipesannya, terasa seperti anak derhaka pula.
Indah sungguh kenangan zaman itu, yang abadi selama-lamanya.

0 Komentar untuk " Ramadan menggamit memori silam "