PADA Subuh yang hening, tatkala badan menggigil kesejukan berpusu-pusu sosok manusia menuju ke masjid, kecil, besar, tua dan muda masing-masing melangkah cepat ke rumah ALLAH SWT dengan niat untuk berjemaah.
Ruangan solat dalam masjid berkenaan penuh.
Hanya ungkapan Allahuakbar mampu dituturkan. Jika di tempat kita, pastinya hanya saf ketiga ke hadapan penuh itu pun ramai orang tua berbanding muda.
Orang muda lebih enak diulit mimpi. Sedang di Gaza, walaupun bedilan dan dentuman bom kedengaran di sana-sini namun rakyatnya langsung tidak gentar. Pada mereka mati itu pasti dan syahid adalah impian di hati. Subhanallah.
Itulah sedikit gambaran diceritakan aktivis juga pengurus kanan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Muhammad Munawer Ismail semasa berkunjung ke Gaza, Palestin pada Ramadan lima tahun lepas. Situasi dilihatnya hingga kini jelas terbayang di ruang minda.
Ceritanya lagi, beliau sempat bertarawih secara berjemaah sambil diimamkan sendiri oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Rakyat Palestin pastinya bangga kerana berada di bawah tampuk pemerintahan pemimpin yang menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Hampir dua minggu lebih umat Islam berpuasa. Dua minggu jugalah bazar Ramadan menerima kunjungan tidak putus-putus daripada masyarakat setempat. Pelbagai juadah untuk berbuka dijual. Semuanya ada hanya perlu sebut dan bayar.
Lain pula keadaannya di bumi subur, Gaza. Sebelum puasa menjelang tiba, beberapa buah kediaman dan tempat awam musnah dek lemparan bom oleh tentera Israel yang zalim. Sungguh tragis!.
Minggu ini Rehal membawakan kisah mengenai Ramadan di Gaza, Ramadan tatkala kemusnahan harta benda, pada saat kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bermacam lagi.
Kunjungan tiga wakil dan aktivis dari MyCARE berkongsi seribu satu cerita.
Situasi genting
Pengurus MyCARE di Gaza, Ahmad Ibrahim Muhd Thabet Al-Hafiz, 25, menceritakan situasi Gaza kini semakin genting dan sangat teruk untuk digambarkan. Rakyat Gaza kini menjalani ibadah puasa ketika hampir 2,000 kediaman musnah menyebabkan mereka tiada tempat untuk berlindung.
Ramai antara mereka tinggal bersesak di dewan orang ramai.
"Ramadan kali ini berbeza berbanding sebelumnya, walaupun serangan tentera zionis tidak bertalu-talu seperti dulu tapi keadaan kami menderita. Umat Islam di Gaza menjalani ibadat puasa dalam cuaca yang panas terik waktu siangnya dan sejuk bersangatan pada alamnya.
"Populasi rakyat Gaza hari ini dianggarkan 1.8 juta termasuk 60 peratus wanita dan kanak-kanak. Tanah Gaza sekarang berukuran 365 persegi dan kawasan ini diduduki 1.8 juta orang.
Sangat padat!.
"Bekalan makanan juga semakin berkurangan dan ia tidak dapat menampung 22 peratus rakyat Gaza pun. Bekalan yang ada pun adalah hasil sumbangan sukarelawan dari pelbagai negara yang membantu.
Duit tidak menjadi masalah pada kami, kami memerlukan bekalan yang pelbagai seperti makanan, ubat-ubatan, bahan binaan untuk membina dan membaik pulih prasarana yang musnah," kongsinya.
Menurutnya, hanya 8,000 parcel bekalan makanan untuk rakyat Gaza dalam bulan Ramadan ini.
Bayangkan betapa mereka terpaksa mencatu makanan dan ada keluarga hanya memakan sesuap hidangan sahaja bagi memberi ahli keluarga yang lain makan.
Maklumat terbaru yang diterima, seramai 90 peratus rakyat Gaza berada di bawah paras garis kemiskinan.
Bidang pendidikan seakan lumpuh. Gaji tenaga pengajar yang seramai 12,000 tidak berbayar oleh kerajaan sejak dua tahun kebelakangan ini. Sungguh mendukacitakan.
BELIAU yang juga pensyarah ini pernah berkunjung ke Malaysia sebagai imam Ramadan pada 2013 lepas. Kedatangannya pada kali ini menempuhi detik sukar apabila bas dinaiki ditembak tiga kali oleh tentera Mesir semasa melalui sempadan Mesir Gaza.
Beliau berkata, walaupun sistem pendidikan di Gaza seakan lumpuh, namun semangat dalam diri anak-anak Gaza kuat. Sistem pendidikan di Gaza adalah yang terbaik di dunia.
Rata-rata anak kelahiran Gaza adalah pemegang ijazah sarjana muda dan penghafaz 30 juzuk al-Quran.
"Berikutan kerana tidak mampu membayar gaji kepada guru-guru, kerajaan Palestin menyediakan pengangkutan iaitu bas sekolah dan sebanyak 36 bas (40 tempat duduk) disediakan bagi dua shif iaitu pagi dan tengah hari.
Pembelian bas dan elaun kepada guru adalah hasil sumbangan daripada rakyat Malaysia dan ia dikelolakan oleh MyCARE.
"Sesi persekolahan di Gaza bermula September setiap tahun. Sempena Ramadan ini keluarga di Gaza memfokuskan kepada pembentukan kerohanian seperti bertadarus al-Quran secara beramai-ramai dan bersolat berjemaah setiap waktu," katanya.
Apabila menjadikan al-Quran sebagai petunjuk hidup kita menjadi kuat dan dilindungi. Al-Quranlah sumber kekuatan mereka.
Projek bantu hidup
Hari-hari di Gaza berlalu seperti biasa, walaupun zionis kuat mencengkam, walaupun seramai 11,000 pekerja di Gaza tidak dibayar gaji, namun mereka tetap bekerja.
Berikutan Lori kontena membawa bekalan keperluan melalui jalan yang kawasan sekitarnya musnah.
Itu banyak inisiatif dilakukan MyCARE bagi memulihkan kembali keadaan berkenaan.
"Rakyat Gaza mengucapkan terima kasih kepada badan-badan kemanusiaan lebih-lebih lagi kepada MyCARE yang tidak pernah putus mengaturkan pelbagai projek kepada kami. Antara projek yang giat dijalankan seperti kilang pembuatan roti (Malaysian Palestine Friendship
Bakery), ladang ternakan lembu bagi menghasilkan keju, ternakan ikan talapia dan ladang tanaman seperti cili dan sayuran lain.
"Kami turut mengharapkan bantuan dari segi projek bagi membolehkan kami untuk survive kehidupan di sini. Jika sebelum ini, kami menghabiskan kira-kira RM10,000 sebulan bagi mendapatkan bekalan air bersih, namun kini kami mampu menggril, menyuling air sendiri
dan ia tidak memerlukan kos yang besar," cerita Ahmad Thabet.
Menurutnya lagi, bagi penjimatan, mereka membina satu dewan memasak dan makanan itu disalurkan ke tempat awam seperti hospital dan rumah kebajikan. Peruntukan dana perubatan untuk golongan miskin tegar juga diwujudkan bagi menampung kos pembedahan jika perlu.
Pusat tahfiz Quran
Budaya menghafaz al-Quran sebati dalam masyarakat Gaza yang mana sebaik anak kecil berumur dua tahun boleh berkata-kata akan segera diajarnya membaca al-Quran dan tidak pelik jika anak perempuan berusia 4 tahun mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dengan
lancar.
Kerana itu, MyCARE (hasil sumbangan rakyat Malaysia) dengan kerjasama daripada kementerian di Palestin menubuhkan pusat tahfiz Darul Quran wal Sunnah (satu program hafazan) selama empat tahun dan tahun ini adalah tahun ketiga ia berjalan.
Sebanyak 90 kumpulan (setiap kumpulan 10 peserta) dilatih membaca, Ahmad Thabet membantu mengagihkan bekalan air kepada penduduk di sana.
Menghafal dan memahami al-Quran dengan pantauan setiap hari daripada tenaga pengajar berpengalaman. Insya- ALLAH, tahun 2016 nanti akan lahir 900 penghafaz al-Quran.
Sempena Ramadan ini juga, seramai 2,000 anak yatim diraikan dalam jamuan berbuka puasa. Iftar secara besarbesaran ini adalah acara wajib setiap kali Ramadan bertandang.
Mereka menghamparkan alas duduk secara beramai-ramai dan menikmati juadah berbuka puasa dengan gembira walaupun hidangan yang disajikan sekadar biasabiasa saja.

0 Komentar untuk " Ramadan di Gaza "