MUNGKIN tidak ramai rakyat Malaysia yang sanggup menempuhi cabaran hidup di atas kapal secara berterusan, apatah lagi jauh dari daratan serta terpisah pula daripada keluarga tersayang untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Ada kalanya tempoh waktu itu mencecah selama sebulan mahupun setahun berada di lautan.
Baru-baru ini penulis bersama pengamal media terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa seramai 35 orang berpeluang menyelami suka duka kehidupan anggota TLDM itu apabila berada di atas KD Kasturi selama sehari.
KD Kasturi yang berpangkalan di Markas Wilayah Laut Tiga, di Bukit Malut, di Langkawi ketika itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pelarian etnik Rohingya dari 27 Mei sehingga 29 Mei lepas.
Naik bot tempur CB90
Setibanya di markas TLDM pada pukul 8.30 pagi (28 Mei 2015), penulis diarahkan oleh pihak TLDM supaya terlebih dahulu mendaftar nama di pusat operasi mereka untuk mengikuti op SAR.
Selepas itu, kami diberi pas khas TLDM, jaket keselamatan setiap seorang yang tertera nama kami dan diberi taklimat penerangan mengenai Op SAR oleh Leftenan Komander Karimah Awi.
Tidak lama kemudian, penulis menaiki bot tempur TLDM iaitu CB90 yang mampu mencecah kelajuan 45 knot untuk ke KD Kasturi yang berada di tengah lautan mengambil masa perjalanan ke sana kira-kira setengah jam.
Penulis bersama rakan media lain terpaksa mengharungi alunan ombak separa ganas dengan keadaan cuaca yang ketika itu tidak menentu.
Ia agak sukar untuk membiasakan diri di atas laut yang berombak disertai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Ada dalam kalangan rakan media penulis yang menaiki bot tempur yang terumbang-ambing mengalami pening kepala dan muntah ekoran mabuk laut.
Keperkasaan KD Kasturi
Setibanya kami di KD Kasturi, penulis bersama rakan media lain berasa amat teruja apabila melihat kapal itu kerana reka bentuk luarannya yang besar dan luar biasa serta canggih.
Bila dilihat dari jauh KD Kasturi nampak begitu megah berada di lautan yang merupakan sebuah kapal Skuadron Korvet Ke-22.
Ia dibina oleh Blohm Voss (HWD) Shipyard di Kiel, Jerman yang kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 84 oleh Panglima Tentera Laut Ke-2 iaitu Laksamana Madya Datuk Mohd Zain Mohd Salleh.
Selama hampir 20 tahun, KD Kasturi merupakan kapal termoden dan paling berupaya dalam perkhidmatan TLDM. Ketika pertikaian Spratly, kapal ini terlibat secara aktif dalam rondaan dan pengawasan terutamanya pemantauan melibatkan aktiviti kapal selam.
Nama kapal ini diambil bersempena nama pahlawan ketiga daripada lima bersaudara yang merupakan lagenda ulung ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun Ke-15.
Kehadiran KD Kasturi di Armada TLDM telah melengkapkan kapal-kapal yang menggunakan nama sempena Pahlawan Melayu Melaka seperti KD Lekir, KD Hang Tuah dan KD Lekiu.
Kesan dua bot Pati
Ketika mengikuti misi SAR, radar jarak jauh KD Kasturi telah mengesan dua bot yang dipercayai membawa Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) masuk perairan negara di antara sempadan perairan Malaysia-Thailand.
Kedua-dua bot itu dikesan di sektor F utara Selat Langkawi di Selat ChinChin, bagaimanapun bot berkenaan menyedari kehadiran pihak TLDM yang ketika itu sedang membuat pemantauan dan pergerakan mereka, lalu berpatah balik ke perairan Thailand.
Kami para media, amat teruja apabila mendengar maklumat yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah Kapal Diraja (KD) Kasturi Kapt Shahrum Shaim.
Selain itu, kami juga dibenarkan memasuki bilik anjungan KD Kasturi yang mengawal selia kapal itu dan diberikan taklimat berkenaan radar jarak jauh TLDM.
Di dalam bilik anjungan, KD Kasturi menggunakan radar yang berteknologi canggih yang mampu mengesan objek menggunakan infra-merah pada waktu malam selain mempunyai grafik tiga dimensi.
Cabaran anggota TLDM dalam menjalankan misi ini tidak sama seperti di darat yang tidak terhad berbanding di lautan luas yang berisiko sehingga kadangkala masuk ke sempadan perairan jiran.
Aktiviti luar yang terhad
Apabila penulis berada di atas KD Kasturi, penulis dapat merasai berada di lautan untuk tempoh yang terlalu lama, ia amat membosankan kerana terpisah dengan dunia luar dan daratan.
Penggunaan segala peralatan gajet seperti telefon bimbit dan tab adalah terhad kerana 'line' telefon yang kejap ada dan kejap tidak ada, sukar untuk kami menghantar sebarang maklumat.
Di sekeliling penulis tiada daratan apabila berada di lautan luas, melainkan pulau-pulau kecil ditambah pula dengan cuaca panas terik.
Tidak ternilai pengorbanan anggota TLDM yang menjaga kedaulatan perairan negara daripada ancaman musuh luar.
Tanpa dedikasi dan komitmen tinggi terhadap keselamatan negara, kehidupan anak kapal KD Kasturi sememangnya boleh menjemukan kerana tidak banyak aktiviti luar yang boleh mereka lakukan di atas kapal tempur buatan Jerman sepanjang 97 meter itu, selain menonton VCD, berkaraoke atau sekadar berbual sesama sendiri bila kelapangan.
Jika dikerah melakukan rondaan atau menjalani latihan di tengah lautan, anak-anak kapal itu juga sering ketinggalan dalam mendapatkan maklumat perkembangan semasa dunia kerana kesukaran mendapat siaran berita TV dan akhbar.
KD Kasturi ketika ini menyertai Op Sekat yang bermula 25 Mei lepas dalam misi bantuan kemanusiaan dan sehingga hari ini membuat rondaan melibatkan 1,959.75 batu nautika persegi di kawasan perairan Langkawi dan utara selat Melaka.
Misi ini melibatkan 17 pegawai dan 107 anak kapal. Operasi itu juga melibatkan KD Ledang dan KD Lekir. - Bernama

0 Komentar untuk " Kisah berbulan hidup di lautan "