ARTIKEL ini adalah kajian wacana-wacana di media. Sebagai pendakwah, saya melihat pilihan raya Pas sebagai indikator atau penunjuk tentang sejauh mana umat Muslim di Malaysia mampu melawan wacana konformis yang di‘Islamikkan’ dengan istilah wala’. Mat Sabu membawa wacana yang mengkritik Presiden Parti Pas. Saya tertarik dengan wacana negatif terhadap kritikannya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob menganggap kritikan Mat Sabu terhadap Presiden, seperti yang dilaporkan di media: “memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan untuk melemahkan parti”.
Hakikatnya, Mat Sabu mengkritik Presiden, bukan parti. Tetapi adakah ulama menganggap parti itu Presiden dan Presiden itu parti, maka sebarang kritikan kepada Presiden adalah kritikan kepada parti? Kalau Presiden kritik Mat Sabu, ini tidak pula dikira mengkritik parti.
Cara berfikir ini memainkan nada yang sama dalam politik klasik BN di mana kritikan kepada PM adalah kritikan kepada negara. Tidak hairan kalau sekiranya Pas memerintah Malaysia, nada yang sama juga akan dimainkan bahawa kritikan kepada Presidennya adalah kritikan kepada negara dan kritikan kepada ulama adalah kritikan kepada agama.
Presiden adalah parti, PM adalah negara dan ulama adalah agama. Saya tertarik dengan bagaimana seorang ulama seperti Datuk Ahmad rasa sangat relevan membangkitkan perkataan ‘parti’ untuk menjustifikasikan hujahnya. Beliau risau bahawa kritikan akan melemahkan parti.
Beliau tidak berkata melemahkan Islam. Perjuangan adalah perjuangan untuk memperkasakan parti seolah-olah ia adalah berhala yang baru. Adakah tidak terlintas bahawa kritikan boleh memperkasakan Islam walaupun melemahkan parti?
Konsep kepartian bukan berasal dari ijtihad ulama-ulama klasik. Ia adalah berasal dari inteligensia Barat yang berfahaman liberal yang menitik beratkan suara rakyat, suara majoriti. Parti-parti politik dibentuk untuk mewakili suara rakyat.
Maka, sebarang perjuangan politik adalah perjuangan untuk memenuhi kehendak berhala yang bernama parti yang mewakili suara atau ‘wahyu’ rakyat. Apabila seorang ulama menepis kritikan atas nama parti, dia sebenarnya sudah memeluk fahaman liberal.
Seorang lagi ulama Pas iaitu Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga pada masa yang sama mengeluh kerana ada yang terlalu terpengaruh dengan pemikiran liberal demokrasi di mana kejayaan seorang pemimpin adalah di ukur berdasarkan kemenangan dalam pilihan raya.
Premis ini digunakan untuk menepis usaha menggugat kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden seolah-olah pilihan raya tak relevan untuk presiden.
Di sini kita lihat bila fahaman liberal mengekalkan status quo ulama, maka ia adalah ‘islamik’ seperti wacana Datuk Ahmad yang memberhalakan parti. Tetapi bila fahaman liberal menggugat status quo ulama, maka ia adalah fahaman asing seperti wacana Dr Khairuddin yang mengkritik pilihan raya sebagai kayu ukur kepimpinan.
Datuk Ahmad begitu fobia pada sebarang kritikan terhadap Presiden. Katanya, “Orang membaca, orang membuat satu persepsi yang tidak betul terhadap kita dan ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kita.”
Siapakah ‘kita’? Kumpulan elit yang mewakili parti? Pengkritik-pengkritik adalah bukan di antara ‘kita’? Wacana Datuk Ahmad kelihatan lebih mengutamakan maruah ‘kita’, kekuatan ‘parti’, kedudukan Presiden daripada maruah, kekuatan dan kedudukan ‘agama’.
Beliau lebih risau persepsi negatif terhadap ‘kita’, dari persepsi negatif terhadap ‘agama’. Bagaimana kalau kritikan kepada ‘kita’ itu perlu untuk memperbetulkan persepsi terhadap agama?
Haji Hadi diam pada kenyataan Datuk Asri, Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat bahawa “Dari sudut amalan dan rohani pula, dia (Haji Hadi) telah mencapai tahap tidak melakukan dosa dengan sengaja.”
Bagaimana kita boleh menilai rohani seperti keikhlasan seseorang? Bukankah ini akan membuat orang mempunyai satu persepsi yang tidak betul terhadap Islam walaupun akan menyemarakkan lagi wala’ kepada presiden, parti dan kita? Mengapa diam?
*Abdul Naser Tun Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

0 Komentar untuk " Pilihan raya Pas, mindset dakwah "