PERPADUAN rakyat adalah tonggak utama dalam memacu kepesatan pembangunan dan membina tamadun yang gemilang. Malaysia negara berbilang budaya, agama dan bangsa, kepelbagaian perlu dijadikan aset berharga untuk menampilkan kelainan daripada negara lain dengan rakyat saling hormat-menghormati. Ambillah sejarah silam yang jelas menonjolkan elemen kesatuan ummah dan gaya hidup bersama yang berjaya mengangkat darjat kemuliaan sebagai perintis dalam pelbagai kemajuan sama ada bidang ilmu pengetahuan atau sistem nilai sosial berpadu.
Kehebatan kerajaan Islam Andalusia
Kehebatan kerajaan Islam di Andalusia, Sepanyol, dahulu tidak mungkin sama sekali mampu menterjemahkan kegemilangannya jika tidak disokong oleh elemen kesatuan ummah yang utuh dalam kalangan rakyat jelata. Apabila kita meneliti sejarah tamadun Andalusia mahupun keagungan dan kecemerlangan tamadun Islam lain, elemen perpaduan rakyat amat sukar ditemui. Kebanyakan penulis buku sejarah kejayaan Islam terdahulu lebih terarah memaparkan kejayaan tokoh ilmuwan sahaja. Sedangkan, banyak isu dan aspek lain boleh dijadikan isi kandungan buku sejarah itu untuk dikupas. Antaranya perpaduan rakyat dan kesepaduan dengan pihak pemerintah. Hubungan dua hala antara pemerintah yang akrab dengan rakyat menjadi penggerak kepada terbina situasi aman, damai dan harmoni. Mustahil kejayaan penuh gemilang yang pernah dikecapi rakyat dan negara Islam silam hanya bersandarkan kepada keutuhan ilmuwan semata-mata. Ilmuwan dan cendekiawan lahir dengan penghasilan karya prolifik merangkumi pelbagai cabang ilmu disebabkan negara berada dalam keadaan aman damai. Kelahiran ilmuwan agung seperti Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi yang diangkat sebagai tokoh perubatan Islam tersohor meninggalkan banyak sumbangan kepada manusia sejagat di mana karya serta penemuannya masih diguna pakai hingga hari ini. Begitu juga ketokohan Abu al-Walid Mohammad Ibni Rushd atau masyarakat Barat memanggilnya dengan nama 'Averroes' turut dijulang sebagai tokoh ulung dalam ilmu perubatan. Umat Islam pada waktu itu menjadi umat yang mendahului dan setiap karya serta idea inovasi. Hakikatnya, semua itu tidak lahir begitu sahaja. Perkembangan ilmu pengetahuan serta bidang berkaitan kehidupan masyarakat sesebuah negara turut dipengaruhi situasi ketika itu. Negara yang aman dan rakyatnya bersatu padu membolehkan rakyat berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
Kaji kecemerlangan
Justeru, penulis buku sejarah yang mengkaji kecemerlangan kerajaan Islam perlu menampilkan faktor sampingan yang juga mungkin menjadi faktor utama membolehkan ilmuwan serta rakyat mencapai kejayaan dalam bidang diceburi mereka. Tidak dinafikan kesungguhan ilmuwan membuat kajian berjaya membantu mereka menghasilkan karya yang memberi manfaat kepada pembangunan tamadun serta kejayaan umat Islam khususnya karya mereka yang masih relevan hingga hari ini. Cuma, dalam kita mengangkat ketokohan ilmuwan, aspek penyumbang lain perlu diangkat sekali supaya kejayaan itu dapat dihayati secara menyeluruh. Faktor lain yang menyumbang boleh dijadikan pengajaran buat masyarakat hari ini. Kajian mengenai kehidupan rakyat atau masyarakat sesebuah kerajaan Islam silam boleh membuat kita terpegun dengan sinergi tinggi dalam kalangan rakyatnya. Pemerintah juga bersama dalam tindakan untuk membangunkan negara ke puncak jaya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/71254

0 Komentar untuk " Ketamadunan bangsa gemilang boleh dicapai jika negara aman "