Colour Retail bakal keluar dua produk baharu - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Colour Retail bakal keluar dua produk baharu

PENGILANG dan pembekal kemeja T, Colour Retail Sdn Bhd (Colour Retail) akan mengeluarkan dua produk baharu iaitu baju T berpotongan lengan tiga suku (raglan tee) untuk kanak-kanak dan rompers bayi jenama Eight Square, selepas Aidilfitri.

Pengarah Urusannya, Zaini Zakaria berkata, produk baharu itu akan meluaskan segmen pelanggan kanak-kanaknya.

“Dengan pengeluaran produk baru itu, ia telah melengkapkan semua rangkaian produk kami iaitu daripada baju bayi hingga dewasa.

“Raglan tee dan rompers bayi nanti akan dikeluarkan pelbagai saiz bagi semua peringkat umur,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Zaini berkata, pada masa ini, Colour Retail mengeluarkan sembilan jenis kemeja T antaranya basic tee dan collar lacoste dengan pelbagai warna pilihan untuk kanak-kanak sehingga dewasa.

“Selepas ini, kami akan fokus kepada pakaian Muslimah seperti tudung ‘sport’ dan baju T lengan panjang. Ia dijangka berada di pasaran menjelang hujung tahun ini.

“Kami sentiasa memberi idea baru dengan menambah produk baru dalam pasaran supaya pelanggan tidak jemu,” katanya.

Pada masa depan, beliau berkata, Colour Retail berhasrat mencapai misi menjadi pengimport kemeja T terbesar dan berdaya saing di Malaysia.

Katanya, syarikat itu kini dalam proses untuk mengukuhkan jenamanya bagi meluaskan rangkaian perniagaan ke luar negara.

“Pada Ogos ini, kami merancang untuk mengeksport baju T jenama Eight Square ke negara seperti Indonesia, Timur Tengah dan Eropah kerana terdapat permintaan yang tinggi di sana, selain faktor kedudukan mata wang yang kukuh,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu juga berhasrat membesarkan kilang percetakan dan jahitannya di Bangladesh bagi menambah kapasiti pengeluaran.

0 Komentar untuk " Colour Retail bakal keluar dua produk baharu "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ