*JABATAN Mufti Selangor telah mewartakan sebagai haram enam kumpulan tarekat yang disahkan menyimpang dari ajaran Islam.
Mufti Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid memberitahu yang telah disahkan haram itu ialah Tarekat Al-Hasaniah, Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol, Tarekat Islam Muhamad SAW Habibullah Al-Hashimi, Tarekat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Naqsyabandiah Kadirun Yahya serta
Tarekat Mufarridiah Ajaran Syeikh Makmun Yahya.
Pengikut amalan tarekat ini biasanya terlalu mengagungkan guru atau pemimpin mereka, seolah-olah sama taraf dengan tuhan. Sesetengah orang kita terlalu taksub sehingga percaya guru tarekat mereka boleh menjamin masuk syurga.
*AKHIR-AKHIR ini ada tuduhan bahawa sesetengah ulama dari Indonesia yang dipanggil Syeikh atau Habib terlibat dalam penyebaran tarekat yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Kumpulan Syeikh dan Habib kini dikatakan menyerapkan unsur-unsur sesat dalam siri-siri ceramah dan persembahan nasyid, marhaban, selawat dan lain-lain kegiatan umum.
Timbul pertanyaan: Apa perlunya kita memanggil ulama dari luar untuk acara-acara massa seperti itu? Apakah kita kekurangan para ulama untuk menyampaikan ceramah? Apakah orang kita tidak yakin lagi kepada sekian banyak ulama tempatan?
Atau, apakah orang kita sudah jemu dengan ceramah dan kuliah agama yang dipenuhi dengan nyanyian – termasuk lagu Hindustan! – yang kini menjadi satu trend dalam kalangan sesetengah ulama dan penceramah kita?
*JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyeru umat Islam agar memboikot rancangan hiburan realiti TV yang boleh melalaikan dan tidak mematuhi garis panduan syariat Islam.
Rancangan realiti TV yang saban hari disiarkan menerusi stesen-stesen TV kita adalah satu bentuk gejala hedonisme yang diwujudkan semata-mata untuk merosakkan pemikiran umat Islam terutama anak remaja.
Menurut Jawi rancangan-rancangan tersebut menonjolkan unsur negatif seperti membuat lawak lucah, pendedahan aurat, lelaki berpakaian wanita dan sebagainya. Ini bercanggah dengan garis panduan hiburan Islam yang dikeluarkan oleh Jakim.
Sebenarnya tidak cukup dengan hanya menyeru orang supaya jangan menonton rancangan TV. Apa yang patut dilakukan ialah sekiranya program hiburan bertentangan dengan garis panduan yang telah disediakan, haramkan sahaja program tersebut. Apa guna ada garis
panduan sekiranya tidak dipatuhi!
*KEMENTERIAN Kesihatan bercadang untuk mengharamkan rokok di taman-taman awam dan tempat makan di seluruh negara, termasuk premis-premis awam terbuka seperti medan selera.
Sebenarnya ini bukan benda baru. Larangan merokok telah dikuatkuasakan di tempat-tempat tertentu dengan tanda ‘Dilarang Merokok’, ‘Kawasan Larangan Merokok’, ‘Terima Kasih Kerana Tidak Merokok’ dan lain-lain.
Sudah ada undang-undang dan peraturan PBT untuk melarang orang merokok di tempat-tempat tertentu, termasuk di sesetengah restoran dan tempat makan, dalam tandas awam dan lain-lain.
Masalahnya ialah orang tidak mematuhi – malah memperlekeh – larangan tersebut. Walaupun ada tanda dilarang merokok, mereka tidak mengendahkan malah berasa bangga kerana melanggar peraturan.
Lebih malang lagi kerana tidak ada sebarang tindakan ke atas perokok yang melanggar undang-undang itu. Cadangan Kementerian Kesihatan itu baik, tetapi sekiranya ia tidak patuhi, dan tanpa tindakan, yang baik boleh menjadi tidak baik. Ia hanya akan menjadi bahan lawak.
*SIMPATI saya kepada beribu-ribu kakitangan MAS yang akan ditamatkan perkhidmatan sebagai langkah penyusunan semula syarikat penerbangan negara yang tidak pernah untung itu.
Seperti yang diberitahu oleh CEO baru, Christoph Mueller kepada media gaji kakitangan syarikat tersebut pada akhir 2013 berjumlah RM2.3 bilion, iaitu kos kedua terbesar selepas bahan api.
Ada 180 jenis elaun yang dibayar kepada kakitangan yang menyumbang kepada kekeringan kewangan MAS. Menarik sekali – dan menimbulkan tanda tanya – ada elaun basikal diberi kepada seorang pekerja.
Lain-lain yang menyumbang kepada kerugian besar ialah tuntutan kerja lebih masa yang terlalu besar, dan harga kontrak terlalu tinggi. Mudah-mudahan orang Jerman yang menerajui MAS dapat mengubah keadaan.
*AKHIR kalam, sehari dua ini kita mula mendengar suara yang sama, dan melihat wanita yang sama dengan wajah ditutup hanya menampakkan mata dan jelingan menggoda, sambil mengucapkan kata-kata yang sama, “Yusuf Taiyob...” Itu tandanya Ramadan semakin hampir!
Sudahkah anda membayar puasa yang ditinggalkan setahun lalu?. Masih ada lagi masa untuk melunaskan hutang puasa.
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Apa lebihnya ulama Indonesia? "