Tursina insipirasi Anbia - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tursina insipirasi Anbia

WANITA Kelantan sememangnya terkenal dengan jiwa berniaga. Jatuh bangun dalam bisnes adalah asam garam mereka. Namun, rata-rata yang berjaya hari ini adalah mereka yang bangkit daripada kejatuhan, kesusahan, penderitaan dan kemelaratan.

Begitulah juga dengan figura bernama Siti Masitah Nasir, pengasas Calantana Global Ventures, yang baru beberapa bulan menubuhkan syarikat ini hasil tuaian daripada perniagaan multi level marketing (MLM) Cosway yang dia sertai sebelum ini.

Bergelar ibu tunggal ketika itu, memang memeritkan, namun wanita usia 31 tahun ini seorang yang berjiwa kental dan tidak mudah putus asa. Sesuai dengan prinsip hidupnya yang suka mencabar diri serta tidak takut pada kegagalan, dia yang mesra dipanggil Mas akhirnya berjaya meletakkan dirinya di puncak. Hanya empat tahun, Mas menduduki tangga tertinggi dalam bisnes tersebut dengan membuka fasmasi Cosway dan menjana pendapatan lumayan.

"Mas tak suka buat kerja separuh jalan, walaupun susah akan cuba sampai dapat. Dan Mas tidak suka bergantung pada sesiapa, Mas cari duit sendiri, tidak mengharapkan orang," katanya yang juga pernah menjadi pembantu peribadi kepada pelakon Serina Redzuawan sebelum menyertai Cosway.

Tursina

Tidak mahu mengenang sisi suram hidupnya, Mas yang sudahpun melepaskan pemilikan farmasi Cosway kerana ingin menumpukan perhatian kepada Calantana, mengharapkan perniagaan baharu ini bersinar.

Mengeluarkan produk minuman kesihatan dengan jenama Tursina, Mas mengajak suri rumah, ibu-ibu tunggal dan mereka yang berjiwa niaga untuk menyertai Calantana sebagai stokis mahupun ejen Tursina.

"Tursina adalah cita-cita Mas, sudah lama berhajat untuk ada bisnes dan produk sendiri. Dengan lahirnya Tursina ini, Mas juga ingin membantu mereka yang memerlukan, menjana pendapatan bersama mereka kerana Mas pernah melalui kesusahan itu," katanya.

Tursina adalah minuman daripada gabungan makanan sunnah dan ekstrak herba terpilih. Menurut Mas, ia lahir hasil 'ujian' pertama yang dibuat ke atas bapanya sendiri yang mengalami masalah saraf.

Melihat kesan pemulihan ke atas bapanya, Mas menyebarkan formulanya itu dengan melakukan ujian testimoni ke atas 100 orang awam pula yang mengalami pelbagai masalah dan penyakit kronik. Rata-rata menunjukkan kesan positif dalam tempoh dua hingga tiga minggu penggunaan.

"Dari situ Mas mula yakin untuk pasarkan Tursina. Kita namakan Tursina sempena nama Bukit Tursina, tempat Nabi Musa menerima wahyu. Sesuai dengan kandungan di dalamnya yang terdiri daripada makanan para nabi seperti kurma, za'faran dan habbatus sauda.

"Selain itu terdapat ekstrak herba terpilih seperti mahkota dewa, pasak bumi dan jamblang dengan khasiat tersendiri. Untuk penggunaan, dari umur tiga tahun dan ke atas, tetapi bagi pesakit buah pinggang, mereka yang darah rendah dan wanita hamil tidak boleh guna produk ini," katanya sambil memberitahu akan ada kesan sementara - dua ke tiga hari selepas ambil produk ini, namun ia adalah normal kesan tindak balas terhadap penyakit seseorang itu.

Pasaran

Mahu mencari seberapa banyak stokis dan ejen, Mas mengalu-alukan mereka yang minat berniaga untuk menjadi pengedar Tursina. Setakat ini, Calantana mempunyai wakil stokis di Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Selangor dan Kelantan.

Menurut Mas, Tursina yang didatangkan dalam botol 750ml dengan harga RM150 (Semenanjung) dan RM170 (Sabah/Sarawak) ini akan disusuli dengan produk kedua - Tursina Gold perisa durian belanda tidak lama lagi.

Selain menggunakan stokis sebagai penggerak pemasaran, Mas memberitahu, 'kuasa' mulut ke mulut daripada pelanggan ke pelanggan amat efektif dalam menyebarluaskan maklumat mengenai Tursina.

"Biarpun baru tiga bulan di pasaran, sambutan yang kami terima sangat memberangsangkan," katanya.

Bagi yang ingin sertai Calantana boleh layari www.tursina4u.com atau Instagram: tursina4u atau Facebook: Tursina Minuman Kesihatan. Boleh juga berhubung terus melalui talian 03 78873448 atau emel: calantanagv@gmail.com.

0 Komentar untuk " Tursina insipirasi Anbia "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ