BEBERAPA minggu lalu akhbar Sinar Harian menyiarkan pandangan beberapa pakar berkaitan keberkesanan dan keselamatan makanan tambahan mengandungi kolagen. Penjelasan berjudul Kolagen Pembunuh Senyap hasil usaha wartawan akhbar tersebut amat dihargai kerana orang ramai memang dahagakan info sedemikian.
Penulis amat tertarik dengan pandangan pakar toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan dari Jabatan Sains Nutrisi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau berpendapat pengambilan makanan tambahan berkolagen dibimbangkan akan membebankan hati dan seterusnya akan merosakkan sel-sel hati.
Penulis bukanlah saintis penyelidik namun mempelajari ilmu nutrisi secara formal. Penulis juga mengamalkannya sebagai pilihan utama dalam membantu mencegah dan merawat penyakit serta sebagai sarana bagi membantu memulihara kesihatan.
Nutrisi merupakan amalan utama dalam perubatan alternatif dan kebanyakan perubatan herba. Penulis sentiasa mengikuti perkembangan ilmu nutrisi termasuk membaca pelbagai kajian saintifik yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal antarabangsa.
Penulis berpendapat kolagen yang terdapat suplemen makanan (supplementary diet) tidak boleh diserap masuk ke dalam aliran darah dari usus kerana kolagen adalah molekul bersaiz besar atau makro. Jadi, kolagen diproses dalam hati kepada asid amino seperti yang dipercayai oleh pakar toksikologi tersebut tidak timbul sama sekali.
Inflamasi usus
Molekul bersifat makro seperti peptida bersaiz lebih besar daripada empat asid amino dipercayai hanya boleh diserap oleh sel-sel epithelia usus dan liang/laluan sempit (tight junction) yang terletak antara sel epithelia apabila usus mengalami inflamasi misalnya akibat ketidakseimbangan koloni mikroflora, sindrom usus rengsa, penyakit Celiac penyakit Crohn atau kanser usus. Kematian sel epithelia juga memberi kesan serupa.
Kolagen ialah molekul kategori protein yang terdapat pada tubuh haiwan termasuk manusia terutama dalam bentuk tisu penyambung (connective tissues). Antara fungsi utamanya ialah menjadi pelekat atau gam kepada sel-sel.
Kolagen merupakan molekul protein bersaiz makro yang menjalani penguraian kepada molekul lebih kecil bermula di perut. Produk terhasil selepas menjalani penguraian di dalam perut ialah proteose, peptone dan polipeptida.
Molekul tersebut akan menjalani penguraian kepada molekul lebih kecil peptida bersaiz sederhana ketika melalui duodenum. Berikutnya dalam usus, molekul peptida bersaiz sederhana diurai pula kepada molekul-molekul peptida bersaiz kecil iaitu yang terdiri kurang daripada empat asid amino. Selain peptida dengan saiz tersebut, penguraian dalam usus kecil juga menghasilkan pelbagai asid amino tunggal.
Hanya molekul-molekul asid amino tunggal atau peptida terdiri tidak melebihi empat asid amino yang boleh diserap masuk ke dalam aliran darah melalui dinding usus kecil dengan dua kaedah utama. Dua kaedah tersebut ialah ‘sistem pengangkutan pembawa protein’ (carrier protein transport system) dan ‘sistem pengangkutan glutathione’ (glutathione transport system). Penyerapan juga berlaku melalui laluan/liang sempit yang terletak antara sel-sel epithelia.
Menurut pakar toksikologi tersebut, sukatan kolagen dalam makanan tambahan tidak diketahui kerana ia bukan produk yang dikawal. Jadi, terdapat seseorang akan terdedah kepada kolagen berlebihan pada jangka panjang.
Untuk pengetahuan pembaca budiman, produk makanan tambahan yang dikeluarkan perlu perlu didaftar terlebih dahulu dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dari segi jenis bahan dan berat setiap bahan yang digunakan. Antara syarat utama yang perlu dipatuhi oleh pengeluar ialah menyatakan kandungan bahan dari segi jenis dan berat pada setiap label atau bungkusan produk. Jika pengeluar didapati melanggar syarat-syarat ini, lesen pengeluaran yang laku selama lima tahun mungkin akan digantung.
Hanya kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP, Good Manufacturing Practice) dibenarkan memohon mendaftar produk yang dikeluarkan dengan BKKM bagi pihak pengusaha produk. Menurut seorang eksekutif kanan bahagian pengeluaran sebuah kilang berstatus GMP, jika sesebuah pengilang GMP didapati melanggar syarat yang ditetapkan misalnya didapati menambah bahan tertentu yang tidak didaftar dengan BKKM ke dalam produk atau menggunakan berat bahan yang berbeza secara ketara dari yang didaftarkan tindakan tegas akan diambil oleh BKKM.
Jadi, secara umumnya produk makanan tambahan yang berdaftar dengan BKKM dan dikeluarkan pengilang GMP adalah terjamin dari segi kualiti bahan yang meliputi kaedah pengeluaran yang serba bersih, jenis dan berat setiap bahan yang digunakan.
Sukatan kolagen untuk bungkusan 20 gram untuk pengambilan sehari hanya mengandungi beberapa gram kolagen. Selain kolagen ia mengandungi bahan pemanis, susu berasaskan minyak sawit di samping mengandungi berapa bahan bersifat antioksidan yang dipercayai bersifat sinergi dengan kolagen.
Status GRAS
Kolagen yang biasa digunakan dalam produk makanan tambahan yang diiktiraf status kehalalan pengeluarannya biasanya terdiri daripada kolagen terhidrolisis berasaskan ikan. Nama lain baginya ialah gelatin berasaskan ikan! Asid amino gelatin adalah serupa dari segi jenis dan kandungan dengan yang terdapat dalam kolagen. FDA mengklasifikasi gelatin sebagai bahan GRAS (generally recognized as safe).
Mengapa pengusaha dan pengeluar tidak menggunakan panggilan gelatin? Mungkin ia dibimbangkan akan menimbulkan masalah iaitu akan mengurangkan kepercayaan pengguna terutama yang beragama Islam kerana penggunaan istilah gelatin!
Jadi, kolagen ikan terhidrolisis atau gelatin ikan (dalam produk berstatus halal) yang terdapat dalam makanan tambahan yang berdaftar secara umum adalah selamat dimakan. Pengambilan gelatin dalam bentuk makanan dan ubatan (penulis: sukatan semula jadi atau berpada-pada) serta pengambilan sehingga 10 gram sehari selama 6 bulan dipercayai selamat. Lihat artikel berbentuk semakan berjudul Role of Collagen Hydrolysate in Bone and Joint Disease, di Seminar in Arthritis and Rheumatism (2000).
Dengan penerangan di atas, kolagen akan menyebabkan kerosakan hati dan dibimbangkan diambil secara berlebihan akibat mengambil makanan tambahan yang mengandunginya seperti kebimbangan pakar toksikologi tersebut agak sukar untuk diterima.

0 Komentar untuk " Makanan tambahan kolagen selamat? "