Transformasi minda, amalan serentak - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Transformasi minda, amalan serentak

Transformasi politik dan sosioekonomi berterusan tetapi masih jauh dari destinasi

KOK lanas, Sabtu - Perkataan transformation aka transformasi selain daripada pemimpin, intelektual, datuk, ustaz, penganalisis dan korporat antaranya yang paling disalahgunakan (abused) dan dieksploitasi oleh mereka yang mengelar diri sendiri demikian.

Kasihan pada mereka yang memperoleh (acquired the title) dengan berusaha dan melalui bakat.

Transformasi politik di Eropah Timur dari komunisme dan Indonesia dari diktator ke demokrasi telah lama berlaku. Di banyak negara di mana transformasi politik sudah berlangsung, transformasi ekonomi belum ketara jika tidak wujud.

Di negara sendiri, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah membawa sedikit perubahan tetapi masih jauh dari matlamat asalnya: 30 peratus kekayaan khazanah negara dalam  segala bidang aktiviti.

Kini matlamat Tun Razak baru pada tahap 19  peratus. Sebenarnya hasrat tersirat adalah pembahagian rezeki dan pendapatan mencerminkan bilangan penduduk.

Tema atau moto perubahan yang diingini oleh Pergerakan Pemuda Umno di bawah kepimpinan Cik Gu Senu Abdul Rahman dalam tahun 1960-an adalah revolusi mental.

Sekarang apa pula matlamat sebenarnya di bawah Khairy Jamaluddin, pemuda sebenar dan graduan Universiti Oxford?

Syariah, modernisation atau westernisation ala Melayu Islam sebagai teras hidup? Apa pun perjuangan mestilah berlangsung bersungguh-sungguh dalam konteks era globalisasi dan perubahan  dalam geopolitik.

Dalam bulan Ramadan ini, masjid, surau dan madrasah; hotel, restoran hatta warung pun dilimpahi cahaya lampu, rezeki melimpah seperti saya lihat di pasar raya Ramadan; jumlah jemaah sembahyang tarawih berpuluh kali ganda kalau tidak beratus berbanding solat fardu setiap hari, hatta solat Jumaat pun.

Ini berlangsung di semua lokasi - syukur alhamdulillah. Tetapi malangnya ia berlaku mengikut musim; Melayu Islam memang bagus melaksana apa yang sunnah daripada yang wajib; isu ranting daripada isu pokok!  Tak apalah kerana ekonomi dan kestabilan politik dan pemerintahan masih lagi terurus!

Lima tahun lagi kita berharap negara tercinta ini menjelma sebagai negara dunia pertama kelas pertama. Pada teori, saya yakin matlamat ini tercapai: pendapatan per kapita, seperti dituntut, boleh tetapi itu hanya satu syarat saja antara banyak syarat lagi untuk kita dinobatkan sebuah negara dunia pertama kelas satu.

Bagaimana dengan kesedaran sivik kita? Kebersihan- malu dan jelik melihat keadaan tandas awam dan di majoriti kedai makan pun; pemeliharaan, kebersihan dan keindahan alam sekitar leaves much to be desired, lebih kurang maknanya keadaan masih teruk.

Bagaimana pula dengan orang di Malaysia memandu kereta, lori, teksi, bas dan motosikal? Pengangkutan awam terus buruk, kemudahan di tempat awam, stadium, taman masih rendah, meludah, membuang puntung rokok, plastik seolah-olah perangai dan tabii semula jadi! Negara dunia pertama kelas pertama terdekat ialah Singapura.

Atlet dan pegawai kita yang menghadiri Sukan Sea di Singapura kagum dengan kemudahan, kecanggihan, organisasi dan keselamatan atlet dan pegawai. Bisa kita jadi hos yang lebih sempurna dari Singapura dan mengadakan  kecanggihan dan kemudahan sukan serta leisure yang bertaraf lebih tinggi?

Bagaimana pula dengan kesihatan makanan dan minuman, komunikasi dalam berbagai bahasa, terutama bahasa lingua franca dunia iaitu bahasa Inggeris?

Benar, amat benar kita telah menjadi tuan rumah beberapa kali sebelum ini dengan mendapat kepujian- ada dua musim dianggap tuan rumah terbaik menguruskan Sukan Sea dan Sukan Komanwel. Persoalannya bolehkah kita atasi rekod cemerlang kita dulu dan rekod terbilang Singapura baru-baru ini?

Saya  percaya kita boleh jika serius mahu mencapai prestasi sebagai sebuah negara diambang menjelma dunia pertama kelas pertama- tiga tahun sebelum matlamat itu. Kita masih ada dua tahun untuk membuat persiapan ketibaan Sukan Sea pada tahun 2017.

Bermulalah dari sekarang dengan memperbaiki pengangkutan awam, lalu-lintas dan trafik jam dalam bandar raya dan ke destinasi sukan berlangsung. Pokoknya revolusi minda atau transformasi mental mesti berlaku serentak dengan amalan. Mulailah segera, sekarang juga!

Jadi menteri atau terbenam?

Sama ada ahli liberal atau supra liberal Pas iaitu Gang 18 dan pengikutnya, ahli Pasma serta NGO Melayu Islam yang berazam bersama dengan DAP- parti pembangkang terbesar dan terpengaruh di tanah air- menubuhkan Pakatan Pembangkang Baharu akan berjaya dan jadi menteri selepas PRU14 (tahun 2018) atau seperti ditegaskan oleh Tok Guru Haji Hadi Awang tenggelam akan kelihatan tidak lama lagi.

Saya suka mengulangi pendapat saya bahawa lebih efektif jika Gang 18 dan Pasma bergabung atau intergrate dalam DAP sebagai komponen Melayu Islamnya. Kedua pihak akan manfaat selain daripada litmus test- ujian besar - bagi Sino- Malay cooperation yang amat diperlukan sekarang.

DAP, seperti predecessornya PAP, dari asal mahu mengganti MCA dalam politik Malaysia. Cita-cita itu hampir tercapai dalam PRU 13 dan ramai orang mahu bertaruh cita-cita DAP itu akan berhasil dalam pilihan raya akan datang.

Tegas Speaking: “since Gang 18 and Pasma seem to have made their decision, there is no sense in persuading them. Hadi should wish them good bye: each to his own.” Maknanya sebab mereka- Gang 18 dan Pasma- telah membuat keputusan tiada faedah cuba memujuk.

Lebih baik Tok Guru Hadi restui perpisahan itu bak kata mat salih:   kemudilah perahu masing-masing ke arah destinasi yang diingini.

Jika saya ada kuasa dan pengaruh, saya akan “bring them to their senses, cure them of their folly and restore them to reality”. Atau baliklah ke pangkal jalan!

Akhir kalam, dalam impian menjelma sebagai negara dunia pertama kelas pertama, kita sebenarnya baru saja sampai ke tahap dunia kedua kelas pertama. Tetapi kelakuan, tabii dan etos kita masih lagi kelas dua kalaupun tidak kelas tiga! Kita hanya ada lima tahun lagi untuk merevolusikan minda serentak dengan perbuatan atau aksi.

Colek, colek, colek- chomp,   chomp, chomp!

Di Kuala Lumpur, berbuka  puasa dengan makanan antarabangsa -cuisine Jepun, Itali, Perancis, Korea dan TexMex (Texan/Mexican).  Di Kelantan, di banyak lokasi, terutama di Kota Bharu, orang Kelantan selepas moreh menyerbu ke gerai, kedai dan warung kampung menghidang colek.

Saya suka berbuka puasa dengan makanan tradisional- lebih enak dan berselera apa lagi jika ada masakan ikan sungai, ulam dan disudahi dengan desert kampung; minum air nira (di Kelantan air tuak) dan kopi O.

Selepas tarawih, saya dan kawan-kawan ke kedai colek tersedap, selalunya di sekitar Kota Bharu.

Lazimnya di Kelantan, saya berbuka puasa di masjid, surau dan balaisah atau di rumah waris. Iftar di desa membawa  kenangan manis masa saya budak-budak.

0 Komentar untuk " Transformasi minda, amalan serentak "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ