Tidak perlu risau makan kalori tinggi, berlemak - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Tidak perlu risau makan kalori tinggi, berlemak

IBADAH puasa boleh membantu menjaga kesihatan termasuk mengekalkan bentuk badan yang menarik atau dalam erti kata lain, puasa boleh membantu menguruskan badan.

Puasa dan kesannya terhadap berat badan memang ketara jika seseorang itu mengamalkan amalan puasa yang sebenar dan mengikut aturan makan terutama ketika berbuka dan bersahur.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui amalan berpuasa, seseorang itu perlu mengambil makanan mengikut keperluan tubuh badan sesuai seperti lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak dan berkarbohidrat hanya akan membuatkan impian anda untuk mengurangkan berat badan menjadi sia-sia.

Apatah lagi, budaya masyarakat hari ini sukar untuk melawan nafsu makan terutama ketika berdepan pelbagai juadah lazat semasa berbuka puasa atau bersahur sehingga merencatkan hasrat untuk mengurangkan berat badan.

Bagaimanapun masyarakat kini, tidak perlu bimbang apabila muncul satu produk di pasaran dinamakan Caboless keluaran Protech Nutrition Sdn Bhd yang mampu membantu menambah keberkesanan diet anda sepanjang Ramadan tanpa menyekat selera makan ketika berbuka puasa atau bersahur.

Caboless juga dikatakan mampu membantu mengekalkan bentuk badan yang ramping, meskipun menikmati pelbagai juadah ketika ketibaan Aidilfitri nanti.

Pengurus Pemasaran Protech Nutrition, Azurah Tongpang berkata, pengambilan makanan yang tinggi kabohidratnya seperti nasi, spageti, pasta, kentang atau berunsurkan gandum seperti roti dan mi adalah punca utama penyumbang masalah kegemukan.

Menurutnya, peranan produk Caboless yang diperbuat daripada ekstrak kacang ginjal putih atau ‘white kidney bean’ berfungi mengurangkan bekalan kabohidrat yang diambil oleh tubuh setiap hari.

Lantaran, ia akan memaksa badan menggunakan deposit lemak untuk pengekalan tenaga.

“Esktrak white kidney bean atau kacang ginjal putih ini akan berfungsi meneutralkan enzim pencernaan ‘alpha amylase’ sebelum ia menukar makanan mengandungi kanji kepada gula dan seterusnya lemak. Lemak di dalam tubuh badan anda akan kehilangan dengan mudah. Justeru, bolehlah anda menikmati apa sahaja juadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Dengan pengambilan setiap sachet Caboless ketika berbuka puasa dan bersahur, ia akan dapat membantu menyingkirkan kandungan kanji di dalam makanan sehingga 75 peratus sebelum bertukar menjadi lemak. Ini bermakna, jika sepinggan nasi atau mi yang anda makan, anda seolah-olah hanya makan suku pinggan sahaja.

“Biarpun anda berasa kencang selepas menikmati juadah berbuka puasa tetapi ia tidak akan bertukar menjadi lemak. Ini kerana secara tidak langsung pengambilan kalori anda telah berkurangan dan anda juga dapat mengurangkan berat badan tanpa perlu menyekat selera,” katanya.

Menurut Azurah lagi, sejak enam bulan pelancaran produk Caboless, ia telah mendapat maklum balas yang luar biasa daripada pengguna.

“Pada orang yang mahu kekal kurus pun boleh meneruskan pengambilan produk ini tanpa sebarang masalah. Kalau berhenti pun tidak akan gemuk semula kerana produk Caboless dihasilkan daripada bahan semulajadi.

Kebiasaannya, orang yang mengambil produk pelangsingan badan selalunya bila berhenti daripada pengambilan akan menjadi gemuk semula, sebab pengambilan produk membabitkan bahan kimia tetapi Caboless tidak.

"Produk caboless bukan sahaja mudah dibawa malah ia mudah dimakan.  Bila berat badan berkurangan ia boleh membantu meredakan banyak pennant, bagi ahli sukan, Caboless amat sesuai sekali kerana boleh menambah tenaga.

“Caboless adalah satu-satunya produk pelangsingan badan di negara ini yang berfungsi secara semulajadi tanpa menyekat selera makan.  Selari dengan moto kami ‘Pelangsingan Tanpa Derita,’ katanya.

Azurah berkata, produk Caboless disediakan dalam setiap kotak mengandungi 24 sachet dengan mensasarkan jumlah jualan sebanyak 5,000 kotak sebulan di samping melantik seramai 500 ejen jualan seluruh negara.

“Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk istimewa Caboless bolehlah melayari laman web www.protech-nutrition.comatau hubungi talian telefon 0196309949, 0196309969 atau 06-2825569.

“Orang ramai juga boleh datang terus ke pejabat jualan kami di: No 62, jalan BPM2, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka,” katanya.

Related Post

0 Komentar untuk " Tidak perlu risau makan kalori tinggi, berlemak "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ