"LARAT ke nak puasa dengan keadaan kamu macam ni, makan muntah, makan muntah, abang rasa baik kamu tak payah puasa.
Bukankah ada keringanan untuk wanita mengandung dan menyusukan yang tidak mampu meneruskan puasa?" tulusnya ucapan seorang suami kepada isterinya yang hamil dua bulan.
Berbicara perihal wanita yang menghadapi saat awal kehamilan dan perlu menyusukan anak kecil mampu meruntun jiwa, laratkah mereka berpuasa?
Pastinya ada wanita yang berkata: "Kami mampu." Benar!, setiap wanita hamil mempunyai cabaran yang tersendiri, ada yang sihat dan cergas sehingga mampu melakukan bermacam kerja, namun ada juga golongan wanita yang terbaring hinggakan bakul sampah dan singki tandas menjadi peneman setia. Apakah keringanan buat mereka?
Hampir seminggu lebih umat Islam seluruh dunia melakukan ibadah berpuasa. ALLAH berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah: 183)
Menurut ulama tafsir seperti Ibnu Abbas RH, perkataan La’alla menunjukkan kewajipan untuk berpuasa. Dengan berpuasa, ialah adalah jalan untuk mendapat sifat takwa. Dan, takwa adalah sifat yang diidam-idamkan oleh hamba ALLAH kerana sifat tersebut adalah tiket mendapat pengampunan-Nya, langkah menjadi pewaris syurga sekali gus menjauhi kemurkaan dan neraka-Nya.
Walaupun puasa adalah ibadah wajib khususnya kepada umat Islam yang mukalaf, namun ada rukhsah atau keringanan yang diberikan kepada umat Islam yang tidak mampu melaksanakannya.
Hadiah ALLAH
Pendakwah, Ustazah Shadiya Abbas berkata, rukhsah adalah keringanan atau hadiah daripada ALLAH untuk hamba-Nya. Antara rukhsah yang ALLAH berikan kepada kita ialah solat secara jamak dan qasar serta keharusan berbuka bagi orang yang bermusafir dan sakit.
"Perihal rukhsah bagi orang Islam yang bermusafir dan sakit disebutkan pada ayat seterusnya dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud: "…Maka barang siapa antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari yang lain. Dan wajib bagi orang yang tidak terdaya untuk berpuasa membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin..."
"Pada ayat yang seterusnya ALLAH menyebut lagi perihal rukhsah bagi mereka yang sakit iaitu pada ayat 185 maksud-Nya:
"…Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, ALLAH mengehendaki kemudahan bagimu dan tidak mengehendaki kesukaran bagimu…"
"Maha Suci ALLAH yang Maha Belas Kasihan dan mengetahui keadaan hamba-Nya, sama ada lelaki atau perempuan hak untuk mendapat keringanan dalam melaksanakan perintah ALLAH itu adalah sama.
Mari kita perhatikan hukum yang difatwakan oleh ulama melalui dalil naqli mengenai keharusan berbuka bagi kaum wanita yang tidak mampu untuk meneruskan puasa mereka," katanya kepada Rehal.
Menurut beliau lagi, antara sebab diharuskan berbuka ialah apabila sakit yang berlaku dalam tempoh singkat namun memudaratkan untuk berpuasa terutama selepas mendapat nasihat daripada pakar kesihatan atau doktor misalnya sakit perut.
Sakit yang tiada kesembuhan seperti sakit yang memerlukan rawatan berkala atau berpanjangan, misalnya pesakit darah tinggi, kencing manis dan asma.
Dalam hal keharusan berbuka puasa, ada juga sebab yang khusus untuk kaum wanita sahaja, berdasarkan tafsiran daripada Ibnu Abbas RH.
Daripada Anas Al-Ka’bi RH, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH memberikan keringanan dalam puasa dan solat kepada orang yang bermusafir, dan puasa bagi wanita hamil atau menyusui." (Riwayat Tirmidzi & Abu Daud)
Keringanan ALLAH bagi kemudaratan bayi
Syadia yang juga perunding Emkays Future Training & Consultancy menjelaskan, wanita yang mengalami alahan semasa hamil diharuskan berbuka puasa sekiranya alahan itu mengundang loya yang melampau. Jika sekadar loya yang mengeluarkan sendawa sahaja, maka dia boleh terus berpuasa.
"Sebaliknya, jika alahan hingga menyebabkan muntah atau pitam walaupun sebentar, maka puasanya terbatal. Hendaklah dia mengqada puasanya pada hari yang lain. Wanita yang hamil dan tidak berpuasa disebabkan rasa bimbang atau kasihan dengan janin dalam kandungannya diharuskan berbuka.
"Ganti sahaja puasanya yang telah ditinggalkan pada hari lain. Wanita yang hamil dan tidak berpuasa dengan sebab bimbang keadaan dirinya, maka hukumnya sama juga seperti bimbang ke atas janinnya. Maka dia hanya perlu qadak puasanya pada hari yang lain," katanya.
Menurutnya, wanita yang berbuka puasa kerana menyusukan anaknya dan bimbang jika terus berpuasa, anaknya tidak mendapat khasiat yang sempurna. Hendaklah dia ganti puasa dan suaminya yakni bapa kepada anak wanita tadi harus memberi makan kepada seorang orang miskin dengan nilai secupak bagi hari-hari puasa yang telah ditinggalkan.
Prihatin pada yang lain
Wanita yang berbuka kerana perlu menyusukan anaknya dan bimbang jika dia tidak makan maka mudarat kepada dirinya, hendaklah dia gantikan puasa sahaja.
Bagi wanita yang hamil kemudian keluar cecair dari kemaluannya, sama ada cecair seperti darah dan air ketuban, dia perlu bersihkan badan daripada darah dan apa-apa cairan seperti air ketuban itu. Cairan yang keluar semasa hamil seperti darah, disebut sebagai darah yang fasad atau rosak maka hendaklah dia terus berpuasa.
Wanita yang hamil dan tidak mampu berpuasa, hendaklah dia meneruskan amalan yang boleh mendatangkan pahala juga kepadanya seperti:
- Menjaga adab ketika makan. Hendaklah menghormati orang yang sedang berpuasa dengan tidak makan di hadapan mereka.
- Menghormati Ramadan juga termasuk dalam adab yang mesti dijaga oleh orang yang beriman walaupun dia tidak berpuasa. Ambillah pengajaran daripada kisah ini di mana seorang wanita Majusi (menyembah api) yang menegur anaknya kerana makan di hadapan orang ramai semasa bulan Ramadan. Disebabkan sikapnya yang menghormati Ramadan, maka ALLAH kurniakan kepadanya taufik dan hidayah sebelum dia meninggal dunia. (Diceritakan dalam Kitab Fawaid al-Mukhtor dan Durrat al-Nasihin)
- Banyakkan membaca al-Quran dan berzikir serta bertaubat kepada ALLAH.
- Menyediakan makanan untuk keluarga bersahur dan berbuka agar kita beroleh pahala meraikan hamba ALLAH yang berpuasa.
Puasa lebih utama
Jika puasa tidak digantikan sehingga masuk Ramadan akan datang, maka perlulah diganti puasa dan membayar fidyah sebanyak satu cupak bersamaan 675 gm bagi setiap jumlah hari puasa yang ditinggalkan.
ALLAH menjelaskan mengenai puasa itu lebih utama daripada berbuka pada ayat terakhir ayat 184 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: "…maka barang siapa yang mahu melakukan kebajikan maka itulah yang baik untuknya dan sebenarnya apabila mereka berpuasa itulah yang baik untuk mereka jika mereka mengetahuinya."
Ingatlah, banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa. menggantikan puasa tidak sama nilainya dengan berpuasa ketika Ramadan. Bahkan jalan untuk mendekatkan diri melalui berpuasa bulan Ramadan lebih besar peluangnya berbanding bulan yang lain.
Antara sifat takwa adalah meyakini keberkatan puasa dan keajaibannya. Inilah yang dilakukan oleh ibu Imam Syafie yang menyusukan anaknya, namun dia terus berpuasa di bulan Ramadan.
Beliau yakin kepada ALLAH sebagai Ar-Razzaq dan Al-Qawwiy bagi memastikan anaknya iaitu Muhammad bin Idris membesar dengan sihat. Bahkan si ibu itu akan mengambil wuduk sebelum menyusukan Imam Syafie sambil berzikir. Wahai ibu di luar sana, didiklah diri anda untuk meneladani indahnya akhlak si ibu Imam Syafie.

0 Komentar untuk " Rukhsah ibu hamil "