SEORANG aktivis alam semulajadi yang digelar 'Manusia Terhijau di Bumi’ telah menghasilkan sebuah buku yang mesra alam.
Menurut satu kenyataan media, aktivis, penceramah dan jurulatih profesional, Matthias Gelber memberitahu, buku ‘The Greenman’s Guide to Green Living & Working’ mengandungi nasihat-nasihat yang berharga dan tips-tips untuk menjaga alam sekitar.
“Misi Hijau yang saya lakukan ini adalah untuk memberi inspirasi kepada semua untuk mengambil tindakan dan langkah-langkah kecil yang bermakna dan dengan itu ia bakal menggerakkan orang ramai untuk memahami dan mempraktikkan langkah eko mereka dalam kumpulan mereka sendiri," kata Gelber dalam sidang media, Jumaat lalu.
“Saya ingin memberi motivasi kepada semua golongan peringkat umur di Malaysia, syarikat-syarikat, institusi-institusi pengajian dan juga kementerian-kementerian dan agensi-agensi awam untuk berfikiran hijau, bertindak dan hidup dalam kehidupan hijau, dalam rumah-rumah mereka, pejabat, kawasan-kawasan bekerja, melalui perniagaan dan juga ketika melakukan aktivti-ativiti pada masa lapang mereka," katanya lagi.
Menurut Gelber, buku ini berkait rapat dengan Revolusi Negawatt (http://negawattrevolution.org), di mana tujuan utamanya adalah untuk memastikan semua pengguna tenaga senantiasa dapat mengesan penggunaan tenaga mereka dan dengan itu juga dapat memberi kesedaran dalam mengurangkan penggunaan elektrik di rumah mereka kepada jumlah 10 peratus ataupun lebih.
Menurut beliau, “dianggarkan 10,000 buah buku bakal diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjanji akan menyertai perjanjian untuk menjimat sebanyak 10 peratus tenaga."
Gelber telah mendapat gelaran ‘The Greenest Person on the Planet’ atau ‘Manusia Terhijau di Bumi’ pada 2008 oleh 3rdWhale.com, sebuah forum media sosial dan sumber maklumat di Canada yang amat komited terhadap kehidupan hijau serta menjadikan kehidupan hijau sebagai salah satu gaya kehidupan mereka yang mampan.
Berbekalkan ijazah Sarjana dalam Sains dan Alam Sekitar dari Univerisiti Brunel, UK, Gelber telah berbakti selama 17 tahun, termasuk 10 tahun berada di Malaysia, dalam pengurusan alam sekitar dan tanggungjawab sosial korporat, mengetuai perbincangan bersama, bengkel-bengkel dan projek-projek hijau di 40 buah Negara.
Gelber juga menguruskan Maleki GmbH, iaitu sebuah syarikat di Jerman yang sangat mahir dan sering mengutamakan peninggalan jejak karbon yang rendah serta bahan binaan yang bertaraf tinggi.

0 Komentar untuk " Pesanan ‘Manusia Terhijau di Bumi’ "