SYUKUR kepada ALLAH SWT yang meredai Islam sebagai agama untuk kita. Sebagai umat terbaik didatangkan kepada manusia, kita disuruh supaya berpegang teguh pada agama dengan iltizam ke akhirnya.
Dalam masa yang sama ALLAH memberi amaran dalam firman-Nya: "Sesiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka; mereka kekal dalamnya." (Surah Al-Baqarah: 217)
Sesungguhnya agama ALLAH hanya satu dan jalannya terang lagi lurus. Adapun kesesatan, jalannya banyak dan berliku-liku.
Firman ALLAH: "Sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan (selain Islam), kerana jalan itu akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan ALLAH; dengan yang demikian itulah ALLAH perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-An’aam: 153)
Nabi Muhammad SAW ada menjelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud atas setiap jalan kesesatan terdapat syaitan yang menyeru kepadanya. Hal ini memberi kepada kita kefahaman orang yang berjalan di atas jalan yang benar akan berdepan dengan pelbagai cabaran yang boleh mengalihkannya ke jalan kesesatan; sama ada dengan tarikan al-targhib mahupun ugutan al-tarhiib.
Bagi terus beristiqamah di atas jalan yang lurus, hal ini perlu kepada ilmu pengetahuan mengenai yang mana benar dan yang mana menyeleweng; di samping kesabaran dan keteguhan di atas al-haq.
Duri dalam daging
Seseorang itu dikira murtad terkeluar daripada Islam apabila dia meninggalkan Islam secara keseluruhan dan menganut mana-mana agama kufur. Dia juga boleh terkeluar daripada Islam dengan terjebak dalam mana-mana pembatal agama. Walaupun
dalam masa yang sama dia kekal mengatakan dia Muslim dan masih melaksanakan syariat gama. Tetapi hakikatnya di sisi hukum syarak dia bukan lagi Muslim.
Perkara ini sangat bahaya, perlu kepada ketelitian dan ilmu untuk membezakan antara yang hak dan batil; petunjuk dan kesesatan. Ramai yang keliru dalam hal ini akibat kejahilan mengenai pembatal agama ini serta sebab boleh jatuh murtad.
Mereka menyangka barang siapa melakukan mana-mana syariat agama seperti solat, menutup aurat, memakai pakaian orang Islam dan seumpamanya maka ia cukup untuk mereka jadi orang Islam. Walaupun dalam masa yang sama mereka melakukan hal kekufuran.
Sangkaan ini jelas salah. Ia lahir akibat kejahilan mengenai hakikat Islam itu sendiri serta perkara yang bercanggah dengan Islam.
Realiti yang mendukacitakan ini dihadapi ramai orang pada hari ini dalam kalangan mereka yang tidak membezakan antara hak dan batil serta petunjuk dan kesesatan. Akhirnya mereka menganggap seseorang itu Muslim hanya dengan melakukan syiar agama yang tertentu sedang dalam masa yang sama dia terpalit dengan pelbagai hal syirik dan kufur.
Mereka ini tidak sedar golongan yang mendakwa Islam dengan melakukan ibadah tertentu lalu melakukan mana-mana pembatal agama adalah umpama orang yang berwuduk lalu melakukan hadas. Adakah wuduknya masih sah dan boleh diguna pakai? Jawapannya tidak kerana wuduknya telah terbatal.
Agama kejujuran
Islam bukan sekadar dakwaan tanpa realiti dan pembuktian. Ia juga bukan agama yang menghimpunkan antara perkara yang bertentangan dan bercanggahan. Islam adalah agama kebenaran dan kejujuran. Islam bererti berserah diri kepada ALLAH dengan tauhid mengesakan ALLAH, tunduk kepada-Nya dengan ketaatan dan membebaskan diri daripada syirik menyekutukan-Nya. Islam adalah agama yang satu yang sempurna.
Ia tidak boleh dipisahkan. Hendaklah segala tuntutannya dilaksanakan di samping menjauhi segala pembatalnya. Islam adalah agama yang serba-serbi sempurna merangkumi aspek ibadah, hukum dan amal. Ia mengatur dan menetapkan segala tindak-tanduk dan amalan penganutnya.
Seseorang itu tidak akan dikira Muslim dengan hanya dia mendakwa begitu sedang dalam masa yang sama dia melakukan hal-hal syirik dan kufur yang boleh membatalkan keislamannya. Begitu juga tidak cukup untuk seseorang itu memuji Islam tetapi dalam masa yang sama dia tidak berpegang dengan ajaran agama dan beramal dengan hukum-hakamnya.
Kita dapati hari ini orang yang mendakwa Islam ramai tetapi orang Muslim dengan erti kata yang sebenar dalam kalangan mereka sedikit. Banyak kita dengar pujian terhadap Islam tetapi apabila kita lihat daripada sudut praktikal dan amali ternyata orang yang memuji Islam itu jauh daripada Islam. Amat tidak wajar dan termasuk dalam kezaliman untuk kita berikan nama Islam kepada mereka yang tidak layak semata-mata kerana dia mendakwa atau memuji Islam walhal dia terpalit dalam hal syirik dan kufur.
Di sini perlu kita ketahui bahawa pembatal agama adalah banyak dan sebab-sebabnya adalah pelbagai. Cukup di sini kita sebut perkara utama yang sering berlaku dalam masyarakat agar kita dapat berhati-hati dan menghindarkan diri daripadanya.
Banyak perkara syirik
Antara bentuk syirik yang jelas menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam adalah perbuatan mendatangi kubur dan meminta hajat daripada orang mati; atau meniatkan nazar untuk ahli kubur dan menyembelih haiwan korban di perkuburan. Hal ini banyak berlaku dalam kalangan mereka yang mendakwa Islam pada hari ini dan tersebar di sebahagian negara Islam.
Perbuatan mendatangi bomoh, tukang pawang dan dukun untuk rawatan melalui cara jampi serapah dan menyembelih haiwan korban untuk jin belaan si tukang bomoh jelas syirik terkeluar daripada Islam.
Termasuk dalam perbuatan murtad terkeluar daripada Islam adalah memperlekehkan dan mempermainkan apa yang terkandung dalam ajaran agama. Seperti orang yang memperlecehkan pakaian menutup aurat, suara azan, bacaan al-Quran, dakwah Islam, seruan amar makruf nahi mungkar dan selainnya.
Firman ALLAH: "Katakanlah: Patutkah nama ALLAH dan ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" "Janganlah kamu berdalih (dengan alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman." (Surah At-Taubah: 65-66)
Meninggalkan solat fardu juga termasuk dalam pembatal Islam. Jika orangnya menafikan kewajipan solat fardu itu maka dia jatuh kafir secara ijmak sepakat dalam kalangan ulama. Adapun jika dia mengakui kewajipannya tetapi dia meninggalkan solat fardu itu kerana malas dan lalai, maka orang yang seperti ini perlu diajak dan diperintahkan supaya solat. Jika dia terus berdegil dan tetap tidak mahu solat, pandangan yang kuat dalam kalangan ulama adalah dia telah jatuh kafir.
Firman ALLAH: "Jika mereka bertaubat (daripada kufur) dan mendirikan solat serta menunaikan zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah At-Taubah: 5)
Ayat di atas menunjukkan jika dia tidak mendirikan solat maka dia tidak boleh dibiarkan. Sebaliknya dia perlu dihukum kerana kekufurannya itu. Dalam ayat lain ALLAH berfirman:
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang yang mengerjakan solat." (Surah Al-Muddathir: 42-43)
Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda: "Antara seseorang hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat." (Muslim)
Pemahaman dan ideologi seperti komunisme, sosialisme, libealisme juga termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.
Oleh itu, sesiapa yang berpandangan bahawa ideologi seperti ini benar lalu mempertahankannya dan menyokong penganutnya untuk merosakkan Islam, dia dikira sudah murtad terkeluar daripada Islam dan tergolong kalangan orang kafir.
Semoga ALLAH memberikan kita petunjuk-Nya untuk kita memahami Islam dan istiqamah di atasnya agar kita dapat bertemu-Nya pada hari akhirat dalam keadaan Islam; bebas daripada syirik dan kufur.
USTAZ IDRIS SULAIMAN
(Ahli Majlis Syura Pertubuhan Ilmuan Malaysia)

0 Komentar untuk " Pembatal-pembatal agama "