Pelancong mesti hormati adat kita - Ahmad Pazil Md Isa

Ahmad Pazil Md Isa

Memberikan pelbagai maklumat dan informasi terbaru dalam pelbagai aktiviti perniagaan, rencana dan agama

I'M MUSLIM

Pelancong mesti hormati adat kita

PELANCONGAN penting. Adakah maruah dan keselamatan negara sanggup digadaikan kerana mengejar tukaran wang asing?

Tidak terlintaskah impak jangka panjang pada politik dalaman? Kita harus ada “red line” yang pantang dilepasi walaupun kita dikenali hospitable dan welcoming. Belajarlah dari Singapura.

Saya tidak kolot, tidak juga keterlaluan moden. Ada pantang-larangnya. Kita dan serumpun kita di Sabah dimalukan dan dihina oleh empat pelancong Eropah (seorang dari United Kingdom, dua adik-beradik dari Kanada dan seorang dari Belanda). Tidak malukah kita dihina, diejek dan make fun of di kampung sendiri?

Peri laku biadab pelancong Barat kulit putih lelaki dan perempuan yang berbogel dan kencing tanpa peduli 'ikut dan' saja di puncak Gunung Kinabalu adalah kelakuan buruk. Orang Barat yang bertamadun tidak berlaku demikian. Insiden jelik ini tidak harus berlaku andainya mereka lebih sensitif pada adat resam kita.

Pelancong asing seperti kita apabila di Eropah atau di mana pun adalah tetamu negara itu, justeru kita mesti tahu patang-larang bangsa dan negara itu.

Kata nista tatkala guides atau mutawif cuba melarang mereka berperangai dan berlagak demikian amat menghina dan melukakan hati suku Kadazan Dusun di kaki Gunung Kinabalu.

Apakah kerana sedikit wang touris ini kebal? Komuniti Kadazan Dusun telah diaibkan dengan makian: “you stupid” dan “go to hell”. Saya terkejut mutawif tidak berang.

Andainya saya ada bersama, saya tahu how to deal with their infantile behaviour. I would have said, in impeccable English, something that would make them lower their faces in shame or walk away with their tails between their legs.

Media tabloid di London melaporkan insiden ini seolah-olah prank- satu senda. The Sun, di muka depan telah melaporkan insiden ini sebagai “your boobs (British) have angered mountain gods”.

Apa pun empat muda-mudi itu telah memohon maaf dan mengaku tidak sensitif pada adat resam tempatan- mereka didenda RM5,000 seorang, dipenjara tiga hari dan diusir keluar Malaysia.

Apa pun pelancong Malaysia harus belajar adat budaya sebuah negara yang akan dilawati jika tidak kita akan jadi “duta hodoh Malaysia”. Kepada pelancong asing jangan sekali-kali pandang ringan pada kepercayaan orang tempatan, khususnya kepercayaan Kadazan Dusun di persekitaran Gunung Kinabalu.

Mereka amat serius mempercayai jika sesiapa tidak menghormati adat resam dan alam sekitar pergunungan itu sesuatu yang tidak diingini akan berlaku seperti insiden gempa bumi telah mengorbankan 18 nyawa.

Dalam kita mahu ramai pelancong, kita tidak perlu pelancong seperti yang diusir itu. Malaysia mengalu-alukan pelancong dari seluruh alam yang berkelakuan baik, sopan dan sensitif pada adat resam kita. Kepercayaan ada Datuk Penjaga Gunung bukan satu perkara kuno.

Persepakatan baru pasca muktamar Pas?

Pada majlis tahlil, resepsi diplomatik dan sebarang perjumpaan saya hadir minggu lepas ramai bertanya: “Will Najib survive?”  Bisakah Najib kekal sebagai Perdana Menteri dan kekalkah Pakatan Rakyat?

Jawapan stock saya: “Najib hanya boleh ditumbangkan by default” yakni jika dia lalai; segan serta takut bertindak membetulkan apa yang salah atau dilihat begitu. Jika Pakatan Rakyat serius ingin menawan Putrajaya - Pas, DAP dan PKR mesti teruskan, suka-duka, tahaluf siyasi dengan adjusment.

Realignment- penyekutuan semula- tidak mustahil berlaku. DAP nampaknya mahu jika terpaksa mewujudkan pakatan baru, dikepalai mereka dengan PKR atau vice versa dengan sokongan golongan dan penyokong Anwar dalam Pas yang tidak senang lagi dengan kepimpinan Tok Guru Hadi dan ulama.

Jika ini berlangsung tidak mustahil tahaluf siyasi antara what remains of Pas dengan Umno! Kononnya ini tidak akan berlaku sebab kata orang kehadiran Sarawak dan Sabah dalam BN. Hello! Pas juga sebuah parti pragmatik: jika situasi istimewa wujud reaksi istimewa akan muncul!

Lagipun Najib sekarang  sedang mengambil tindakan untuk memberi lebih autonomi kepada Sabah dan Sarawak, maka beberapa isu yang sensitif akan ditadbirkan oleh Petrajaya dan Kota Kinabalu dan bukan lagi Putrajaya.

Itu akan menyelesaikan kerunsingan Sabah dan Sarawak jika tahaluf siyasi  antara BN dan Pas berlaku. Ada orang membuat ramalan dalam PRU14 Pas akan kalah teruk kerana kepimpinan ulamanya.

Saya tidak bersetuju dengan andaian ini sebab ia berdasarkan sokongan pada DAP dan PKR terus kebal atau intact. Kerana pengundi Cina bijak  dan pandai bermain catur electoral politics sokongan mereka pada DAP mungkin berterusan tetapi tidak mesti pula pada PKR.

Maksimum antara 40-60 kerusi sahaja yang berpotensi dimenangi oleh DAP dengan sokongan 100 peratus pengundi Cina dan India. Baki kawasan Parlimen - 142 kerusi pengundinya majoriti Peribumi.

Jika pengundi Cina bermain politik rasis, tegas seorang profesor Cina kepada saya, apa jadi jika Peribumi juga mengundi mengikut bangsa. Huru-hara akan berlaku semasa kempen dan selepas keputusan diketahui. Mahu dan sanggupkah kita menghadapi situasi demikian?

Pengundi Cina tidak akan lari dari DAP. Jika undi Peribumi- apa sebab pun meninggalkan Barisan Nasional dan Pas, maka strategi DAP, tegas seorang profesor Melayu, pecah dan perintah berjaya. Malaysian Malaysia dan dasar 100% meritokrasi wujud. DAP tidak takut mengambil risiko kerana budaya mereka 'no risk no gain'.

Saya berdoa kerana saya kasihkan watan yang hanya satu ini sejarah dan peristiwa yang tidak diingini, kalaupun tidak malapetaka, berulang.

Mesti bercita-cita tinggi

Tidak salah kita bercita-cita tinggi asalkan ambisi itu ada peluang untuk dicapai. Di sekolah, saya bercita-cita mahu jadi wartawan dan pengarang. Pada umur 20 tahun, cita-cita itu dimakbulkan dan lewat 50-an, jadi ketua pengarang.

Semenjak itu, modal insan terbesar saya ialah penulisan. Dalam politik, saya bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat yang egalitarian, meritrokasi, bebas, aman dan makmur untuk semua lapisan rakyat tetapi tidak kesampaian.

Cita-cita kini, untuk meninggalkan legasi yang lebih besar, menyeluruh lagi bagi memanfaatkan masyarakat setempat.

Madah kolumnis Juhaidi Yean Abdullah, impian Mat Sabu sama saja impian Mat Jenin. Siapa sangka Mat Sabu dua penggal Timbalan Presiden Pas? Kalau kena strategi besar kemungkinan dia dapat mempertahankan jawatannya. Apa pun selagi bernafas ada harapan!

Lailatul Qadar Hijri 1436

Minggu depan kita menyambut puasa. Semoga dalam bulan Ramadan, penghulu segala bulan, kita dapat melakukan ibadat puasa dan tarawih dalam keadaan tenang dan harmoni. Adalah niat tiap Muslim dan Muslimah dalam bulan Ramadan akan mendapat keistimewaan malam Lailatul Qadar.

Saya akan berpuasa tiga malam di Kok Lanas, Tanah Merah dan Machang. Di Kuala Lumpur akan mengadakan tiga malam iftar dan Tarawih. Selamat berpuas dan beribadah.

Related Post

  • Sekolah Inggeris relevan TUNTUTAN supaya dihidupkan semula sekolah Inggeris makin kedengaran dan meningkat. Nasihat Sultan Johor, Tuanku Ibrah…
  • Impian, mitos dan realiti KALAUPUN Rancangan Malaysia ke-11 sukses adakah kita megah jika Pribumi terus terpinggir? Semua orang dan negara berm…
  • Pecah dan perintah MALAYAN Union dihancurkan dan kemerdekaan dicapai kerana Melayu Islam bersatu-padu. Baru 58 tahun saja bebas, agak se…
  • Transformasi minda, amalan serentak Transformasi politik dan sosioekonomi berterusan tetapi masih jauh dari destinasi KOK lanas, Sabtu - Perkataan trans…
  • Pelancong mesti hormati adat kita PELANCONGAN penting. Adakah maruah dan keselamatan negara sanggup digadaikan kerana mengejar tukaran wang asing? Tid…
0 Komentar untuk " Pelancong mesti hormati adat kita "

POPULAR POST

I'M MUSLIM

KEDAH BIZ