*SEORANG pelanggan wanita menjadi viral gara-gara diminta memakai kain sarung sebelum dibenarkan berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Beliau memakai skirt yang singkat mengatasi paras lutut, dan itu dikatakan melanggar peraturan berpakaian yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan. Peraturan itu dipampangkan di pintu masuk.
Kalau ikut gambar dalam pampangan tersebut, memang wanita berkenaan tidak mematuhi syarat berpakaian yang disyorkan, sebab itu dia diminta memakai kain sarung yang disediakan.
Isu berkenaan menjadi kontroversi, dan akhirnya JPJ memohon maaf secara terbuka. Ada peraturan yang telah ditetapkan, dan orang melanggar peraturan tersebut. Mengapa JPJ perlu memohon maaf?
Maka daripada memohon maaf ada baiknya peraturan seperti yang digambarkan di pintu masuk itu dibuang terus dalam jamban!
*PERIHAL sesetengah wanita - dan gadis - berpakaian menjolok mata ketika berurusan di kaunter awam, bukan perkara baru, malah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Ada yang datang hanya memakai seluar katok sendat lagi singkat, boleh nampak seluar dalam! Pakai pula baju tanpa lengan yang menampakkan ketiak dan pusat. Tentu sekali ini boleh dianggap tidak sopan.
Tetapi sekiranya ditegah oleh jabatan atau agensi, ada pula suara-suara lantang daripada pihak yang mendakwa sebagai pejuang hak asasi. Mereka menegaskan seseorang berhak memakai apa sahaja pakaian yang sesuai dengan kehendak pemakai.
Mereka bercakap tentang hak. Tidakkah mereka sedar pakaian yang terlalu menjolok mata lagi tidak sopan itu boleh mengganggu minda orang lain? Apakah orang yang terganggu itu tidak mempunyai hak?
Jangan hanya fikir hak segelintir yang suka buka-buka dan dedah-dedah, fikirkan juga hak sebahagian besar yang tidak suka dengan pakaian tidak sopan itu. Hak siapa yang diutamakan oleh pejuang hak asasi?
*ADA wanita yang dibenarkan - dan diperjuangkan! - mendedahkan hampir keseluruhan tubuh di tempat awam. Tetapi ada gadis dan wanita Islam tidak diberikan hak untuk menutup aurat.
Bukan rahsia lagi ada sesetengah syarikat dan industri yang melarang kakitangan wanita menutup kepala. Itu dianggap sebagai melanggar etika berpakaian di tempat kerja. Pihak majikan memberi pilihan sama ada hendak memakai tudung, atau berhenti kerja?
Wanita dan gadis Islam yang bekerja di tempat-tempat seperti itu terpaksa berpakaian dalam dua keadaan - semasa di pejabat membuang tudung kepala, habis waktu kerja pakai semula tudung berkenaan.
Kepala @ rambut adalah sebahagian aurat bagi wanita Islam. Menutup aurat ada wajib. Kalau pun bukan sebab tuntutan agama, bertudung adalah hak berpakaian, sama juga seperti hak memakai skirt singkat.
Mengapa hak memakai skirt singkat sentiasa diperjuangkan, tetapi hak memakai tudung dan menutup aurat tidak diperjuangkan? Tidakkah menghairankan di sebuah negara Islam orang dilarang dan dinafikan hak menutup aurat?
*ATAS sebab-sebab mempertahankan hak kebebasan individu, 10 pelancong asing dengan berani dan megah berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
Tanpa sedikit pun rasa malu, pelancong tersebut - termasuk dua wanita - bergambar dengan gaya sakan menunjukkan kemaluan masing-masing. Gambar-gambar tersebut disebarkan di media sosial.
Walaupun mulanya ditegah oleh pemandu pelancong, pembogel-pembogel berkenaan telah mengherdik si pemandu dengan kata-kata kesat. Konon adalah hak mereka untuk berbogel.
Senang sahaja mereka bercakap mengenai hak! Tidakkah mereka sedar bahawa dengan berbogel dan menayangkan kemaluan mereka telah mencemar hak keharmonian dan kemurnian negara kita?
Kita ada undang-undang. Kalau mereka hendak telanjang bulat lakukanlah di negara mereka di mana bogel adalah perkara biasa.
Polis telah mereman empat warga asing, termasuk dua wanita, bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Lima lagi rakan bogel mereka sedang dijejaki polis.
Mereka perlu diajar mematuhi undang-undang negara ini. Tunjukkan kepada si kurang ajar itu bahawa mereka jangan asyik bercakap mengenai hak peribadi. Di tempat kita hak berbogel tidak dibenarkan.
*AKHIR kalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil lebih RM6 bilion melalui cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak sistem percukaian itu dilaksanakan pada 1 April lepas. Tetapi, orang masih marah-marah sebab sistem percukaian baru itu telah menyebabkan kos hidup meningkat...
TOK PERAK

0 Komentar untuk " Bogel OK, tutup aurat KO "