SELANG sebulan lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Ramadan, iaitu bulan yang dikaitkan dengan puasa dan kebesaran ganjaran pahala yang disediakan ketika beribadah dalamnya.
Terdahulu, dalam al-Quran ditemukan banyak penggunaan seruan Yaaayyuha, seperti pada kata Yaaayyuhalladzinaamanu (wahai orang-orang beriman), Yaaayyuhannaas (wahai sekalian manusia) Yaayyuhannabiy (wahai nabi), Yaayyuhalmuzzammil (wahai orang yang berselimut) dan lainnya.
Tujuannya sama, berupa panggilan khusus kepada pihak tertentu.
Biasanya, jika seseorang dipanggil, dia akan bersungguh-sungguh menyambut panggilan itu.
Bayangkan jika kita dipanggil: "Wahai sekalian rakyat Malaysia," selaku rakyat kita akan segera sedar dan segera menumpukan perhatian atas kepentingan berita yang ingin disampaikan.
Dalam al-Quran terdapat lebih daripada 80 ayat yang dimulai dengan seruan: "Wahai orang-orang yang beriman." Menurut Abdullah bin Mas’ud, setiap ayat yang mempunyai seruan tersebut, menunjukkan ayat itu mengandungi perihal atau perintah yang sangat penting atau suatu larangan yang cukup berat.
Buya Hamka menyatakan: "Orang-orang yang berasa dirinya ada iman bersedia menunggu, apa agaknya perintah yang akan dipikul itu."
Di sinilah, ALLAH memperhitungkan yang bersedia memikul perintah-Nya untuk menjalankan puasa Ramadan hanyalah orang yang beriman. Kerana ibadah puasa ini adalah suatu perintah yang cukup berat melawan tabiat hidup kebiasaan, menahan lapar dan dahaga serta mengendalikan nafsunya demi memenuhi panggilan Ilahi ini.
Mengapa berpuasa?
Puasa adalah kewajipan fardu ain bagi Muslim yang mampu mengerjakannya. Ramadan sekali gus menjadi rukun Islam, tiang bangunan Islam dalam diri kita, bersama tiang lain: Syahadah, solat, zakat dan haji. Shaum atau puasa dari segi bahasa bermaksud: Menahan diri dari sesuatu.
Maknanya secara istilah adalah menahan diri dari makan, minum, dan berhubungan suami isteri dari waktu fajar sampai waktu Maghrib dengan niat ikhlas kerana ALLAH.
Niat ikhlas kerana ALLAH dalam melaksanakan shaum penting sebagai landasan ibadah. Ibadah puasa pada permulaan zaman Nabi SAW dan sahabat dilakukan sebagaimana yang biasa dilakukan umat terdahulu. Dalam Surah Maryam disebutkan: "Nabi Zakaria AS dan Maryam ibu Nabi Isa AS pun berpuasa."
Orang yang beriman terdahulu berpuasa dan tradisi suci itu diteruskan kepada umat nabi akhir zaman. Perihal kewajiban puasa Ramadan tersebut, diriwayatkan Ibnu Jarir daripada Mu’adz bin Jabal RA, berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah (hijrah) Baginda SAW berpuasa di hari ashsyura dan berpuasa tiga hari setiap bulannya."
Waktu itu umat Islam melaksanakan puasa wajib tiga hari setiap bulannya. Di Madinah, Baginda SAW mendapati Yahudi di situ berpuasa pada 10 Muharam. Lalu Baginda SAW bertanya sebab mereka berpuasa pada hari tersebut.
Yahudi itu menyatakan pada hari tersebut ALLAH menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaum Yahudi daripada serangan Firaun. Oleh kerana itu Nabi Musa AS melaksanakan puasa pada 10 Muharam sebagai tanda syukur kepada ALLAH.
Rasulullah SAW mengulas keterangan mereka itu dengan menyatakan:
"Sesungguhnya kami (umat Islam) adalah lebih berhak atas Nabi Musa di banding kalian."
Lalu Baginda SAW melaksanakan puasa pada 10 Muharam dan memerintahkan seluruh umat Islam supaya berpuasa pada tanggal tersebut.
Beberapa waktu kemudian, pada Syaaban tahun kedua Hijrah, ALLAH mewajibkan puasa Ramadan dengan menurunkan ayat 183-184 daripada Surah Al-Baqarah.
Setelah itu, maka puasa pada 10 Muharam dan puasa tiga hari setiap bulannya berubah status menjadi puasa tambahan yang dianjurkan atau puasa sunat. Sedangkan puasa Ramadan sebulan penuh menjadi wajib. Tujuan disyariatkannya puasa adalah: "Agar kalian bertakwa."
Hujung ayat ini adalah tujuan puasa iaitu mempersiapkan diri untuk menjadi orang yang bertakwa kepada ALLAH. Caranya adalah dengan belajar menahan diri. Tidak sedikit manusia tergelincir ke jurang neraka akibat tidak dapat mengendalikan hawa nafsu dirinya, terutama yang dilakukan mulut dan kemaluannya.
Begitulah sebab berpuasa disimpulkan melalui ayat 183 Surah Al-Baqarah, iaitu meninggalkan keinginan yang mudah didapati dan halal, demi menjalankan perintah-Nya. Mental kita terlatih dalam menghadapi godaan nafsu yang diharamkan.

0 Komentar untuk " Inilah sebabnya berpuasa "