PANTAS dan menjimatkan masa bagi sesiapa sahaja yang memilih untuk menempah makanan melalui perkhidmatan penghantaran makanan terus ke rumah atau pejabat.
Kini, penghantaran makanan terdiri daripada makanan sejuk beku, makanan tradisional untuk makanan tengah hari, minum petang dan makan malam menjadi popular di seluruh negara.
Bagi kakitangan awam, Siti Rashikin Mat Zuki, beliau memilih penghantaran makanan ke rumah kerana menjimatkan masa untuk menyediakannya.
“Jadual kerja saya tidak menentu, saya suka memesan penghantaran makanan daripada pelbagai peniaga yang mengenakan harga yang berpatutan.
"Selalunya makanan yang ditempah melalui konsep tersebut tidak menghampakan. Saya berpuas hati kerana makanannya sedap,” katanya.
Tambahnya, dia tidak perlu ke kedai makan berhampiran rumahnya untuk memesan makanan setiap kali pulang bekerja atau bercuti.
“Saya hanya menempah makanan melalui telefon dan laman sosial. Selalunya saya menempah dua hari awal.
“Saya masih belum lagi menerima masalah daripada pihak penghantaran makanan. Kebanyakannya akan menghantar tepat pada masanya,” katanya.
Sedia pelbagai menu
Bagi kakitangan swasta, Farah Nabilah Mohd Fazli berkata, dia selalu berdepan dengan masalah makanan kurang berkualiti yang dibeli dari gerai berhampiran rumah sekali gus menjadi faktor dia memilih perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah.
“Memilih penghantaran makanan ke rumah memberikan banyak pilihan menu. Malah, penyediaan makanan mudah, cepat, sedap dan praktikal.
“Saya mencuba pelbagai perkhidmatan penghantaran makanan tetapi makanan tradisional menjadi pilihan saya. Saya hanya perlu menempah makan awal sehari,” katanya.
Farah Nabilah berkata, selalunya beliau akan memesan makanan tiga kali seminggu.
Mudah dan cepat
Bagi pekerja swasta, Asmah Mohd Zain, penghantaran makanan ke rumah menjadi trend kepada isteri yang berkerjaya kerana ia mudah dan cepat untuk dihidangkan kepada keluarga.
"Saya menetap di Shah Alam dan bekerja di Cyberjaya. Perjalanan saya mengambil masa lama kerana kesesakan lalu lintas dan ada kalanya perlu berada di luar kawasan. Saya tidak ada pembantu rumah.
"Kebiasaannya, saya pulang ke rumah dan terus memasak. Jika membeli daripada perkhidmatan makanan ke rumah, saya dapat menjimatkan masa untuk menghidangkan makanan kepada keluarga," katanya.
Asmah berkata, dia mula mengenali perkhidmatan tersebut selepas diperkenalkan rakan sepejabat.
Foozyla Delivery alternatif wanita berkerjaya
Foodzyla Delivery adalah perkhidmatan makanan yang membantu wanita berkerjaya yang tidak sempat menyediakan makanan kepada keluarga mereka.
Pengasas Foozyla Delivery, Norshazilawati Mohd Rodzi berkata, perkhidmatan yang disediakan seperti lauk sejuk beku siap masak 5+1 memberikan pilihan kepada pelanggan memilih lima jenis lauk dan pelanggan hanya perlu memanaskannya sahaja.
Menurutnya, antara menu penambat selera yang disediakan ialah ayam masak merah, daging lada hitam, kurma ayam, asam pedas tetel daging, kari ayam, tongkol asam pedas, daging salai masak lemak dan creamy butter chicken.
“Konsep 5+1 disediakan untuk memudahkan pelanggan memilih makanan pada setiap hari sepanjang Isnin hingga Khamis.
“Alhamdulillah, setiap menu ini boleh di makan dua hingga tiga orang. Selain itu, kami juga menyediakan lauk premium berharga RM18 sahaja iaitu patin tempoyak Temerloh, talapia salai masak lemak cili api dan sepat lemak nenas. Kami menerima tempahan dari sekitar Lembah Klang,” katanya.
Norshazilawati berkata, makanan ala Barat juga menjadi pilihan pelanggan di Foodzyla Delivery seperti Swedish meetball, kambing bakar, spagetti bolognes dan spagetti carbonara merupakan makanan sejuk beku siap dimasak.
“Pelanggan hanya perlu panaskan sahaja dan rasanya tetap sama serta dijamin keselamatan dan kebersihannya. Ramai yang memilih makanan Barat kerana mementingkan aspek halal,” katanya.
Beliau berkata, Foodzyla menerima tempahan sehari sebelum penghantaran dilakukan. Penghantaran dilakukan di sekitar Serdang, Bangi, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
“Purata tempahan yang diterima adalah 200 pek pada setiap hari. Saya akan memasak bermula jam 7 pagi hingga 7 malam dan melakukan penghantaran bermula jam 9 hingga 6 petang,” katanya.

0 Komentar untuk " Foodzyla Delivery: Mudah, cepat dan enak "