"HUTANG keliling pinggang nyawa jadi taruhan," perumpamaan yang sering kita dengar apabila melihat situasi rumah disimbah cat merah oleh orang-orang ah long. Langsung tidak menghairankan jika situasi ini berlaku.
Isu isi rumah yang sanggup meminjam daripada ah long untuk mendapatkan wang dengan pantas dan cepat tanpa memikirkan risiko berhutang dengan ah long semakin ketara. Ada juga yang meminjam dengan sindiket ah long bagi tujuan memulakan perniagaan atau perubatan.
Malah, ada juga yang berhutang dengan institusi perbankan Islam ataupun konvensional bagi tujuan tertentu seperti membeli kereta, membeli rumah, pendidikan, perubatan, pelaburan, kad kredit dan sebagainya.
Ada juga yang suka berhutang dengan institusi tertentu yang sememangnya menyediakan platform untuk bantuan perniagaan berskala kecil seperti Tekun dan AIM.
Namun menjadi persoalan adakah mereka yang membuat pinjaman ataupun hutang ini mengetahui kesannya jika gagal membayar balik pinjaman atau hutang ini.
Contohnya kegagalan membayar balik pinjaman dan hutang rumah atau kereta dalam tempoh tertentu menyebabkan mereka disenarai hitam oleh pihak bank melalui Credit Tip-Off (CTOS) atau Centre Credit Reference Information System (CCRIS). Selain itu kegagalan melangsaikan hutang kad kredit dalam tempoh tertentu menyebabkan mereka diistihar muflis.
Mata menyaksikan situasi kehidupan hari ini, amalan berhutang seakan menajdi satu lumrah dan 'wajib' dan dianggap sebagai sesuatu yang perlu dilakukan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Hutang untuk membeli kereta, rumah, pendidikan, perubatan dan sebagainya adalah sesuatu yang pasti dan amat sukar untuk dielakkan khususnya bagi mereka yang hidup di kota metropolitan ataupun bandaraya dan pinggir bandar.
Kekadang terfikir di benak ini, diri bekerja berhempas pulas siang dan malam hanya untuk melunaskan hutang.
Berhemah urus gaji
Menurut pendakwah, Dr Mohd Faisol Ibrahim, pendapatan hasil daripada titik peluh yang diperoleh perlu diuruskan dengan bijaksana dan berhemah. Pengurusan wang dengan cara tidak bijaksana dan berhemah mendedahkan seseorang kepada risiko berhutang.
"Secara peribadi saya berpandangan, gaji secara bulanan akan diterima oleh seseorang sama ada bekerja di sektor awam mahupun swasta. Gaji ini kebiasaannya kita akan belanja terlebih dahulu iaitu membeli makanan, membayar sewa rumah, membayar kereta, melangsaikan bil, makan di restoran, beli baju baharu, beli rokok dan bermacam-macam lagi.
Setelah semua pendapatan bersih tadi dibelanjakan, maka lebihan daripada perbelanjaan ini akan disimpan sebagai tabungan. Jika perbelanjaan kita besar maka tabungan akan menjadi kecil atau kosong, begitulah sebaliknya. Sebenarnya konsep yang kita amalkan ini merupakan konsep yang salah.
"Sebenarnya kaedah menguruskan gaji yang betul dapat dibahagikan kepada tiga langkah utama iaitu :
a. Langkah pertama; tentukan matlamat perbelanjaan kita seperti jika seseorang merancang ingin membeli motosikal baharu berharga RM6,000 dengan tidak berhutang, tentulah beliau perlu merancang untuk membelinya pada tahun hadapan setelah wang bersih gajinya disimpan sebanyak RM400 sebulan dalam tempoh 15 bulan.
b. Langkah kedua; tentukan jumlah pendapatan kita iaitu segala pendapatan isi rumah perlu dikira sama ada pendapatan yang diperoleh secara tetap ataupun tidak tetap seperti seseorang yang mendapat gaji bersih daripada majikan sebanyak RM4,500 sebulan, manakala pendapatan bersih daripada jualan kuih muih secara kecil-kecilan di pejabat RM1,500 sebulan. Maka kedua-dua sumber pendapatan ini wajib dikira bersama sebagai sumber pendapatan bulanan.
c. Langkah ketiga; menentukan agihan perbelanjaan iaitu seseorang perlu mengagihkan pendapatan bersih mereka kepada kelompok utama mengikut peratusan di mana kelompok pertama perlu diperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bersih untuk tujuan simpanan, kelompok kedua 75 peratus untuk tujuan perbelanjaan asas dan barang keperluan (barang dharuriyyat dan hajiyyat) dan kelompok ketiga ialah sebanyak 15 peratus untuk barang mewah dan tidak membazir (kamaliyah)," jelasnya kepada Rehal.
Ubahlah corak perbelanjaan yang mendedahkan kepada risiko berhutang. Bijaklah mengurus pendapatan kerana melalui kebijaksanaan mengurus wang mampu menambahkan lagi aset seperti menabung wang bagi tujuan pelaburan hartanah yang mempunyai nilai pasaran yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
CCRIS & CTOS
CCRIS adalah jabatan kredit yang menyimpan maklumat laporan yang dihantar oleh setiap bank berkaitan pembayaran oleh individu yang mempunyai hutang dengan institusi mereka.
"Sebagai contoh, Mofaisib membeli kereta baharu daripada sebuah syarikat jualan kereta dengan cara berhutang melalui pembiayaan kereta di Bank Islam Malaysia berhad.
"Namun setelah setahun menggunakan kenderaan tersebut, Mofaisib mula gagal membayar ansuran bulanan kepada pihak bank selama enam bulan berturut-turut. Maka pihak bank akan menghantar laporan kepada jabatan kredit yang menyatakan jadual pembayaran Mofaisib adalah tidak sihat kerana terdapat tunggakan selama enam bulan yang masih lagi belum dilunaskan.
Maka rekod bayaran tidak sihat ini akan menyebabkan Mofaisib sukar untuk mendapatkan kemudahan pinjaman atau pembiayaan daripada institusi perbankan yang lain," katanya yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim).
Menurutnya, pengguna juga perlu memahami apa itu CTOS dengan detil. CTOS berfungsi sebagai pengkalan data yang menyimpan rekod buruk berkaitan hutang yang kita lakukan. Ia menjadi sumber semakan terhadap sebarang tindakan mahkamah terhadap pemohon pinjaman dan hutang baharu di institusi perbankan.
Sekiranya nama seseorang wujud di CTOS maka permohonan pinjaman dan hutang seseorang dengan pihak bank akan ditolak serta merta. Bagi membersihkan nama daripada CTOS ia mengambil masa yang agak lama berbanding CCRIS.
Perlu berhutang?
Situasi kehidupan sekarang berbeza dengan kehidupan dahulu. Sebagai contoh jika tahun 1980an nilai RM50 cukup besar sehinggakan kita boleh membeli pelbagai barangan kerana harga barangan pada masa tersebut murah dan kos sara hidup juga rendah.
Harga rumah murah, harga kereta murah, harga tanah murah, harga barangan mentah murah, harga makanan barang siap juga murah sehinggakan caj masuk tandas juga murah.
Namun zaman sekarang nilai RM50 adalah kecil. Bayangkan jika kita membawa RM50 ke pasar malam, hanya beberapa barang sahaja yang boleh dibeli. Ini kerana kos untuk membeli rumah, kereta, barang mentah, barang siap dan sebagainya meningkat dari semasa ke semasa serta menjadi mahal. Peningkatan kos barangan tersebut menjadikan kos sara hidup menjadi tinggi dan mahal.
Pendapatan yang diperolehi perlu diurus dengan bijaksana agar kita tidak dibebani dengan hutang yang tidak sepatutnya. Sekiranya kita tidak menguruskan pendapatan dengan bijak maka risiko untuk terdedah dengan hutang atau pinjaman adalah tinggi.
Secara umumnya faktor seseorang berhutang dapat dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman ialah faktor yang berpunca daripada sikap diri kita sendiri seperti suka berbelanja, tidak tahu teknik menyimpan wang (tabungan), berbelanja tidak ikut keutamaan barangan,berbelanja tidak ikut kemampuan pendapatan, cetek ilmu pelaburan, suka menunjuk, mengamalkan konsep 'biar papa asal bergaya', tidak bersyukur, tidak suka kepada kesusahan, perkahwinan dan pelbagai lagi.
Faktor luaran yang menyebabkan seseorang itu berhutang pula ialah tertarik dengan tawaran istimewa institusi syarikat kewangan yang sah dan tidak sah, kos sara hidup yang meningkat, kos pendidikan dan perubatan, keperluan kediaman sendiri, keperluan perniagaan dan pelbagai lagi.
Perlu dilangsaikan
Mohd Faisol menjelaskan, pada asasnya hutang diharuskan dalam Islam. Hutang yang dilakukan perlu dilunaskan sebelum seseorang itu meninggal dunia hatta jika meninggal sekalipun maka harta peninggalan si mati tidak boleh difaraidkan selagi hutang simati belum dijelaskan sepenuhnya.
Keadaan ini jelas menunjukkan yang hutang adalah sesuatu yang sangat berat dan diberi perhatain dalam Islam.
"Walaupun begitu Islam sememangnya tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan khususnya bagi tujuan yang melebihi keperluan asas. Ini dikhuatiri boleh menyebabkan seseorang menjadi membazir. Renung firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Israa: 27)
"Dengan sebab itu kita perlu melaksanakan perbelanjaan secara betul dan bertanggungjawab agar tidak terjebak dengan hutang. Perbelanjaan pendapatan yang betul bermaksud membelanjakan mengikut arahan wajib daripada syariah seperti mengeluarkan perbelanjaan untuk diri dan keluarga sekadar yang termampu dan tidak boros serta membebankan," katanya lagi.
Menurutnya, melalui strategi perbelanjaan yang betul dan bertanggungjawab ini maka tugas dan peranan pendapatan akan dapat dilaksanakan dengan adil kerana hasil daripada itu ia telah menampung segala keperluan individu dan keluarga secara berhikmah.
Dalam erti kata lain, hutang adalah sesuatu yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup. Hutang untuk membeli kereta, rumah, pendidikan, takaful perubatan perlu dilakukan dan ternyata amat sukar dielakkan khususnya bagi mereka yang hidup di kota metropolitan yang serba mencabar ini.
Hutang boleh wujud dalam beberapa keadaan antaranya:
Pinjaman daripada institusi perbankan
konvensional
- Pinjaman daripada ah long
- Pinjaman daripada rakan dan saudara
- Pinjaman daripada koperasi tertentu
- Pinjaman daripada kedai pajak gadai bukan syariah
- Pembiayaan daripada institusi separa kerajaan seperti Tekun dan AIM
- Pembiayaan daripada institusi perbankan Islam
- Pinjaman daripada institusi gadaian Islam seperti ar-rahnu
- Pembiayaan daripada koperasi atau institusi tertentu berlandaskan syariah
- Pinjaman dan pembiayaan daripada sumber-sumber lain

0 Komentar untuk " Elak diri terus berhutang "