TEMPOH 27 tahun dalam dunia perniagaan bukanlah satu masa yang harus dipandang enteng oleh semua pihak kerana pelbagai cabaran dan kejayaan perlu ditempuhi untuk berjaya.
Bergelar pemborong kain batik dan pelikat, Mahadi Mohd Yusoff Ali, tidak lokek berkongsi kejayaan syarikatnya Prisma Textiles Sdn Bhd (Prima Textiles), untuk terus berada dalam pasaran tempatan bagi tempoh yang lama.
Anak kelahiran Kelantan ini menceritakan penglibatannya dalam dunia perniagaan bermula selepas tiga tahun berhijrah ke kota metropolitan, Kuala Lumpur semasa mudanya.
“Saya pergi ke Kuala Lumpur bukan untuk berniaga tetapi untuk mencari pekerjaan dan berjaya mendapatkan kerja sebagai penjaga parkir sebuah syarikat di Petaling Jaya.
“Pada masa sama saya mempunyai ibu saudara yang memiliki kedai di ibu kota. Kerana dialah saya menjadi usahawan berjaya hari ini,” katanya ketika ditemui di kedainya, di Kota Bharu, Kelantan.
Mahadi berkata, ibu saudaranya yang kasihan melihat dia bekerja sebagai penjaga parkir memberinya wang RM500 untuk dibelanjakannya.
“Selepas ibu saudara saya bagi RM500, esoknya dia bagi lagi RM1,000. Kali ini untuk membeli pakaian untuk saya pakai dan perkara ini berlanjutan untuk dua ke tiga kali.
“Suatu hari dia panggil saya dan tanya seronok tak dapat makan sedap, beli baju mahal? Saya pun jawab seronok, lalu dia cakap kalau nak sedap dan mewah kena berniaga,” katanya.
Rentetan daripada itu, tanpa berfikir panjang, Mahadi mengambil keputusan untuk berhenti dan bekerja dengan ibu saudaranya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
“Selepas enam bulan, saya mengambil langkah berniaga sendiri dengan mengambil barang daripada ibu saudara saya dan berniaga di hadapan kompleks membeli-belah.
“Hampir dua tahun juga saya berniaga seperti itu, cuma hamparkan kain dan bila pihak berkuasa tempatan (PBT) datang, saya lari,” katanya.
Perkenal produk sendiri Ayam Serama
Selepas dua tahun berniaga di hadapan kompleks membeli-belah, Mahadi akhirnya mempunyai kedai sendiri menjual kain pelikat dan batik selepas ibu saudaranya mendahulukan wang membeli kedai tersebut.
“Kebetulan ada peniaga nak jual kedainya, ibu saudara beli dan serahkan kepada saya. Saya bayar kedai tersebut secara ansuran kepadanya.
“Dari situlah saya mula berniaga secara serius bermula dari kecil hingga menjadi pemborong dan juga mula berurusan dengan kilang di Indonesia,” katanya.
Menurut Mahadi, sebelum Prisma Textile ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2010, dia menggunakan nama Prisma Tex Trading dalam menjual kain keluarannya.
“Di awal perniagaan, saya menjual kain pelikat jenama Atlas, Gajah Duduk, Mangga dan lain-lain lagi yang saya dapatkan dari Indonesia.
“Tetapi terlintas di fikiran, sampai bila saya mahu jual produk orang lain sedangkan saya sudah ada kemahiran dalam perniagaan ini. Jadi saya ambil keputusan untuk mengeluarkan produk sendiri dikenali sebagai Ayam Serama,” katanya.
Katanya, jenama Ayam Serama sudah 12 tahun berada dalam pasaran tempatan yang mana sambutan daripada pembeli begiru menggalakkan.
Ayam serama gabung rekaan tiga negara
Ditanya dari segi rekaan kain batik dan pelikat yang dijual, Mahadi berkata kesemua produk jenama Ayam Serama dan Batik TRG adalah rekaan daripada ideanya sendiri.
“Saya memang mula berniaga sebagai usahawan kain batik dan pelikat. Daripada situ saya belajar gabungan warna serta rekaan. Kemudian saya lakukan kajian sendiri untuk menghasilkan rekaan unik bagi Ayam Serama.
“Apa yang istimewanya produk ini adalah lain daripada yang ada di pasaran terutamanya dari segi warna, kualiti dan rekaan. Kami menggabungkan konsep tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand,” katanya.
Dari segi permintaan pula, Mahadi berkata, kain pelikat ayam serama paling mendapat sambutan memandangkan rekaan eksklusif dengan harga berpatutan.
“Untuk kain pelikat Ayam Serama kami mempunyai 16 jenis rekaan berbeza yang semuanya dihasilkan di kilang di Indonesia memandangkan masih tiada kilang menghasilkannya di sini.
“Manakala bagi kain batik Ayam Serama, Prisma Textile menawarkan 15 jenis rekaan di mana 90 peratus daripadanya dihasilkan di Kota Bharu, Kelantan,” katanya.
Memandangkan Mahadi menjadi pemborong kain batik dan pelikat keluarannya sendiri, harga yang ditawarkan kepada pembeli cukup berpatutan serendah RM9 hingga RM16.
Untuk jualan pula, Prisma Textile mampu menjual 6,000 helai kain batik dan 10,000 helai kain pelikat Ayam Serama sebulan secara kasar.
Ditipu RM3 juta, rugi RM900,000 akibat banjir
Tidak lengkap jika usahawan berjaya tidak berkongsi kesusahan yang ditempuhi dalam menggapai kejayaan. Begitu juga Mahadi yang tidak lokek berkongsi apa yang dihadapinya.
Menurut Mahadi, kesusahan pertama yang dihadapinya adalah semasa peringkat awal memperkenalkan produk Ayam Serama apabila peniaga yang mengambil barang tidak membayar kepadanya.
“Masa mula-mula saya tidak ada pengalaman. Jadi bagi mempromosikan produk, saya memberi produk kepada peniaga dan mereka boleh bayar kemudian memandangkan mereka mempunyai kedai atau gerai.
“Malangnya apabila ada yang mengambil kesempatan selepas produk habis dijual dan tidak membayar duit kepada kami. Dari mula sampai sekarang hampir RM3 juta wang yang tidak dibayar peniaga-peniaga terlibat,” katanya.
Katanya, memang ada sedikit kekesalan di atas apa yang terjadi tetapi dia tidak berputus asa dan mengambil iktibar apa yang berlaku, pada masa sama, produknya juga berjaya di promosi dan dikenali ramai.
Mahadi diuji sekali lagi pada Disember tahun lalu apabila Kelantan dikejutkan dengan banjir besar.
“Saya kerugian hampir RM900,000 semasa banjir baru-baru ini. Rasa terpukul saat itu kerana tiada apa yang dapat saya selamatkan di kedai dan stor kami di Kota Bharu.
“Walaupun ia dugaan besar kepada Prisma Textile, saya tidak pernah berputus asa. Selepas banjir tersebut, kami mula semula untuk membangunkan perniagaan kami,” katanya.
Perlu ilmu, guru untuk maju berniaga
Mahadi turut berkongsi beberapa nasihat bagi usahawan sana untuk terus maju dalam perniagaan yang diceburi.
“Apabila berniaga kita perlu ilmu dan guru, kerana tanpa ia perniagaan kita tidak akan mampu untuk pergi jauh dan hanya akan berada di tahap sama untuk tempoh lama.
“Ibarat seperti kita bermain bola sepak tanpa jurulatih, kita pandai main tapi tidak mampu ke mana-mana kerana tiada orang yang membimbing dan memberi kita ilmu. Kerana itu saya mengikuti kelas pemasaran yang ada ditawarkan dalam negara,” katanya.
Selain itu, Mahadi juga meminta peniaga-peniaga lain supaya memberi tumpuan kepada bidang perniagaan yang mereka mahir dan bukan mengikut orang.
“Setiap orang ada kelebihan masing-masing dan boleh menceburi bidang perniagaan, cuma jika mahu berjaya, jangan berniaga benda sama juga.
“Kita perlu kenal diri sendiri dan melihat apa kelebihan yang kita ada. Gunakan kelebihan tersebut untuk berjaya. Selain itu, kita juga perlu memberi tumpuan dengan kelebihan kita dan Insya-ALLAH ia akan dipermudahkan,” katanya.

0 Komentar untuk " Dari peniaga kecil ke pemborong batik, pelikat "