TIDAK ada nikmat kurniaan ALLAH SWT kepada kita yang lebih utama selain nikmat Islam. Islam adalah agama agung dipilih ALLAH buat seluruh umat manusia di dunia ini. Ia juga merangkumi apa yang dibawa oleh semua nabi demi menyembah ALLAH Yang Maha Esa.
ALLAH berpesan kepada kita supaya berpegang dengan agama ini dan mengikuti Rasul-Nya. Sebagaimana firman-Nya: "Sesungguhnya inilah jalanku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan yang lain, kerana jalan itu akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan ALLAH; dengan demikian itulah ALLAH perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Surah Al-An’aam: 153)
Namun, dukacitanya apabila ramai dalam kalangan orang Islam yang tidak mensyukuri nikmat Islam itu.
Di hadapan kita jalan menuju kebahagiaan; mengapa kita tidak menempuhnya?
Di hadapan kita jalan menuju kejayaan dan kemenangan; ia terang lagi nyata; mengapa kita tinggalkan dan memilih yang lain?
Mengapa kita memilih jalan kemunduran, kesengsaraan dan kerugian?
Apakah kita telah mendapati agama Islam tidak sempurna dalam menunjukkan kepada kita jalan kejayaan sehingga membuatkan kita memilih selainnya?
Apakah kita mendapati kandungan ajarannya menghalang daripada amalan yang baik dan akhlak yang mulia sehingga membuatkan kita menolak ajaran Islam itu?
Tidak. Sekali-kali tidak. Sungguh ia adalah agama ALLAH, satu-satunya jalan untuk kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Serulah Islam
Tidak ada kebaikan dan kemuliaan melainkan menyeru agama Islam kepadanya. Sebagaimana tidak ada apa jua keburukan dan kehinaan melainkan agama Islam menegah kita daripadanya dan dijelaskan balasan buruk yang akan menimpa jika kita melakukannya.
Persoalan di sini, mengapa ramai yang meninggalkan petunjuk agama dan memilih untuk meniru orang kafir dalam apa yang ditegah oleh Islam dan diharamkan? Ramai meremehkan soal agama dan memandang mudah ajarannya. Mereka tidak ambil peduli akan suruhan dan kewajipannya membuatkan mereka berani melakukan apa yang dilarang. Akhirnya, mereka menggantikannya dengan akhlak orang kafir, amalan dan perilaku mereka. Firman ALLAH: "Amatlah buruk orang-orang zalim yang mereka pilih sebagai ganti." (Surah Al-Kahfi: 50)
Seorang Muslim yang benar tidak akan reda dengan selain Islam sebagai ganti. Sebanyak mana yang dibayar dan sebaik mana yang ditawarkan kepadanya oleh orang kafir dengan godaan mereka; atau ancaman dan gangguan mereka; dalam semua ujian itu dia akan tetap teguh dalam agamanya, berpegang dengan akidahnya.
Iman umat terdahulu
Lihat sahajalah tukang azan Nabi SAW, Bilal bin Rabah RA yang diseksa oleh orang kafir Quraisy sehingga mereka melempar Bilal atas tanah padang pasir yang panas membahan; kemudian diletakkan batu besar berat atas dadanya; semua itu supaya dia meninggalkan agama Islam yang telah dianutinya. Ternyata Bilal terus teguh atas agamanya dan berterusan mengucapkan kata: "Ahad, ahad."
Lihat pula Khabib bin Al-Rabi’ tatkala Musailamah Al-Kazzab (Si Pendusta) berkata kepadanya: "Katakan, la ilaha illah ALLAH". Maka Khabib berkata: "La ilaha illa ALLAH". Kata Musailamah lagi: "Katakan, Asyhadu anna musailamah Rasulullah" yang bermaksud aku bersaksi bahawa Musailamah Rasulullah). Jawab Khabib: "Aku tidak akan ucapkan". Ini membuatkan Musailamah memotong anggota Khabib bin Rabi’ satu demi satu sedang dia terus teguh dengan pendiriannya sehingga dia bertemu ALLAH dalam keadaan sabar dan berharap.
Adapun Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi RA tatkala Raja Nasrani mengambilnya sebagai tawanan dan ditawarkan kepadanya sebahagian daripada kekayaan dan kerajaannya, tetapi Abdullah enggan dan berkata: "Aku tidak akan memilih selain Islam sebagai agama". Akhirnya besi dipanaskan dengan api manakala periuk air dididihkan untuk menyeksanya. Melihat itu Abdullah bin Huzafah menangis membuatkan si Raja menyangka bahawa Abdullah akan berpaling tadah.
Ternyata Abdullah bin Huzafah berkata: "Aku tidak menangis kerana khuatir akan diriku. Aku cuma teringin alangkah baiknya jika nyawaku adalah sebanyak rambut kepalaku untuk aku diseksa pada jalan ALLAH sehingga melayakkan aku masuk syurga tanpa perlu dihisab.
Ammar, Yasir (ayah) dan ibunya (Sumayyah) serta seluruh keluarganya diseksa kerana mereka memeluk Islam. Ternyata mereka terus sabar menanggung seksaan itu. Dan Rasulullah SAW akan melewati mereka ketika mereka diseksa dan Baginda SAW berkata: "Bersabarlah wahai keluarga Yasir; sesungguhnya syurga menanti kamu semua."
Begitu juga kisahnya dengan Khabbab bin Arat RA. Sahabat Nabi SAW yang terdiri dalam kalangan orang yang miskin lemah tetapi ternyata iman dia kuat mengatasi segala-galanya apabila dia diseksa oleh orang musyrikin dengan dihidupkan api untuknya, lalu dia diheret ke api itu dan dibakar dengannya. Api itu hanya terpadam apabila kulit daging belakang Khabbab melecur dan mencair. Dan Khabbab terus teguh atas agamanya, tidak berganjak sedikit pun.
Demikianlah sebahagian contoh keteguhan orang Islam dahulu tatkala mereka diseksa dengan azab yang pedih. Tambah lagi apa yang mereka pertaruhkan demi untuk menjaga dan memelihara agama Islam ini dengan jihad menggadai harta dan nyawa. Ramai yang gugur syahid di medan pertempuran dalam keadaan diri mereka dicemburui dan dibanggakan. Mereka telah meninggalkan kampung halaman mereka dan harta benda untuk berhijrah menyelamatkan agama serta demi membantu Rasulullah SAW menegakkan agama dalam keadaan mengharapkan ganjaran pahala ALLAH.
Yakini Islam
Tidaklah ini semua mereka lakukan melainkan kerana mereka telah meyakini akan agama Islam ini; bahawasanya ia adalah agama kejayaan dan kebahagiaan. Kecintaan mereka kepada agama telah berakar di hati sehingga agama (lebih cintai) daripada diri, anak pinak, harta benda dan kampung halaman.
Mengapa ramai dalam kalangan mereka yang menisbahkan diri kepada Islam dengan mudah menggadai ajaran agama atas sekecil-kecil perkara; mereka menggadainya dengan apa yang datang daripada orang-orang kafir.
Mengapa mereka enggan berhukum dengan syariat ALLAH sebaliknya mahu berhukum dengan undang-undang dan sistem cara kufur?
Mengapa ramai dalam kalangan orang Islam terus-menerus meniru orang kafir Barat dalam gaya dan cara mereka; pakaian dan bahasa mereka; bahkan cara makan pun ditiru.
Agama Islam kita adalah agama agung yang diturunkan untuk kemaslahatan manusia itu sendiri. Jika kita memandangnya murah, sungguh ia tidak akan dipandang begitu oleh mereka yang dahagakan kebenaran dan tercari-cari jalan untuk menyelamatkan mereka.
Firman ALLAH: "Dan jika kamu berpaling daripada agama, ALLAH akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan bersikap seperti kamu." (Surah Muhammad: 38)
Agama menuntut kita supaya jujur dengan diri; bersabar; bersungguh-sungguh; bergadai untuk agama; menghalang serangan yang ditujukan kepadanya; di samping menegah tangan yang mahu merosakkan agama Islam ini.
Percayalah, jika kita tidak melakukan kewajipan ini, kewajipan ini akan beralih ke tangan orang lain dan kita akan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi di dunia dan akhirat.

0 Komentar untuk " Syukur dengan nikmat islam "