PENURUNAN harga minyak harus menjadi rangsangan dan dorongan kepada bidang inovasi untuk terus berkembang kerana ia mempunyai peluang yang besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rintangan yang ada mampu menyediakan peluang dalam menangani penurunan harga minyak global yang dihadapi oleh semua kerajaan dan pemain industri seluruh dunia.
“Inilah masanya di mana teknologi penjimatan kos dan perkhidmatan akan memperoleh permintaan yang lebih besar berbanding sebelum ini.
“Misalnya, syarikat sumber tenaga boleh diperbaharui perlu melabur dalam meningkatkan kaedah pengeluaran mereka, menjadikannya lebih murah dan berdaya maju dari segi ekonomi untuk jangka masa panjang,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Minyak dan Gas Asia (AOGC) ke-18 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Najib turut menekankan promosi teknologi inovatif dan pintar antara negara Asean bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan tenaga tetapi meningkatkan daya saing dalam industri seperti pembinaan, pengangkutan dan pembuatan.
“Dengan kemunculan komuniti ekonomi kita menjangkakan untuk menjana 14 juta peluang pekerjaan menjelang 2025 melalui potensi kerjasama dalam Asean di mana kita menghapuskan tarif, membuka sempadan dan mengurangkan halangan perdagangan,” katanya.
Najib berkata, beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan berusaha dengan memperkukuhkan asas ekonomi dan kedudukan fiskal, meluaskan aliran pendapatan negara dan mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada minyak dan gas.
“Walaupun satu per tiga sumber pendapatan negara terjejas akibat situasi tersebut, persekitaran harga minyak yang rendah pada waktu sama membantu eksport Malaysia menjadi lebih berdaya saing.
“Malaysia juga melaksanakan program rasionalisasi subsidi pada Julai 2010 dan Disember lalu kami menarik kembali subsidi petrol dan diesel. Ini bukan sahaja membebaskan lebih RM20 bilion dalam perbelanjaan tahunan ke arah pembangunan Malaysia tetapi kami menganggap ini sebagai satu langkah mesra alam,” katanya.
Sementara itu, Najib berkata, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pula akan mempelbagaikan lagi pendapatan negara dan kedua-dua pelaksanaan tersebut akan memperkukuhkan ketahanan ekonomi negara.

0 Komentar untuk " Rangsang bidang inovasi negara "