BAGI yang turun membantu di Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh pasti berasa perbezaan suhu kehangatan berkempen di kedua-dua tempat ini.
Berbanding Permatang Pauh yang menyaksikan kehangatan pertembungan antara calon BN dengan calon PKR, suasana di Rompin yang mempertemukan calon BN menentang calon Pas secara umumnya lebih tenang dan tidak berapa agresif dari segi kempennya.
Mungkin juga senario semasa yang memperlihatkan isu-isu kebersamaan seperti sokongan Umno terhadap Hukum Kanun Jenayah Syariah atau lebih dikenali sebagai hukum hudud Pas di Kelantan sedikit sebanyak menghilangkan modal Pas untuk terus menjaja kempen klisenya seperti “Umno tolak Islam”.
Pas di Rompin juga tidak begitu agresif dari segi kempennya lantaran kawasan Rompin yang sememangnya dikenali sebagai kubu kuat Umno Barisan Nasional.
Apatah lagi Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggalkan legasi perkhidmatan yang cukup cemerlang dan begitu membekas pada setiap pengundi di Rompin.
Sebaliknya suasana di Permatang Pauh amat ketara beza lantaran pemimpin dan penyokong PKR yang memang dikenali lebih agresif dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kerusi Parlimen warisan Ketua Umumnya Anwar Ibrahim.
Apatah lagi buat ke sekian kalinya isteri Anwar sendiri menjadi taruhan penting bagi diwariskan Permatang Pauh kepada anggota keluarganya.
Bukanlah menjadi hasrat penulis untuk menganalisis suasana kempen di kedua-dua tempat ini. Penulis sendiri pun banyak terlibat dalam pilihan raya kecil di Rompin berbanding dengan Permatang Pauh.
Cuma yang penulis agak terkilan apabila membaca laporan pelbagai media masa terutamanya media pembangkang yang melaporkan bagaimana masjid dijadikan pusat kempen penting bagi jentera PKR di Pulau Pinang.
Lebih mendukacitakan apabila mimbar hari Jumaat yang mulia dijadikan medan bukan sahaja berkempen tetapi menghamburkan kata nista dan fitnah termasuklah menjaja cereka fitnah berkenaan dengan pembelian cincin puluhan juta oleh isteri Perdana Menteri walaupun sudah terbukti palsu.
Beberapa pemimpin pembangkang juga dilaporkan menjadi khatib di beberapa buah masjid sekitar Parlimen Permatang Pauh dan tanpa rasa bersalah berkempen dan menaburkan tohmah sebagai usaha terakhir sebelum menjelang hari pembuangan undi.
PKR nampaknya benar-benar menggunakan kuasa yang ada sebagai pemerintah negeri menggunakan masjid bagi tujuan politik kepartian.
Lebih menyedihkan apabila khatib-khatib yang berkhutbah ini menjustifikasikan tindakan dengan mendakwa kononnya tindakan mereka itu bagi membuktikan bahawa Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.
Tampak kata-kata seperti itu hanya separuh benar. Sememangnya politik dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana politik itu sendiri adalah sebahagian daripada Islam yang merupakan satu sistem kehidupan yang komprehensif dan lengkap.
Walau bagaimanapun harus ada sempadan dalam berpolitik, terutama apabila melibatkan soal kepartian dan parti politik. Tentunya ada beza antara parti politik berkepentingan dengan politik Islam yang sifatnya lebih kudus dan berakhlak.
Politik Islam yang bersandarkan prinsip akhlak, adab dan syariat tentu sekali berbeza dengan parti yang merupakan instrumen demokrasi yang penuh dengan kekurangan.
Orientasi parti yang bermatlamat untuk menang pilihan raya sering kali membawa kepada perlakuan dan tindakan anggota parti untuk menghalalkan apa jua cara, bahkan sanggup membelakangi prinsip akhlak dan syariat.
Sebab itulah mereka yang berjubahkan parti politik sanggup berdiri di atas mimbar sambil melaungkan kata nista, tohmah dan fitnah tanpa rasa bersalah lantaran nafsu yang membuak untuk menang pilihan raya.
Sepatutnya masjid dijadikan zon bebas politik kepartian. Masjid seharusnya menjadi faktor penyatuan tanpa kira ideologi parti politik. Ini sejajar dengan firman ALLAH SWT yang menyebutkan dengan jelas:
“Sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik ALLAH, maka janganlah kamu menyembah sesuatu di dalamnya selain ALLAH” (Al-Jinn:18). Rasulullah SAW juga bersabda: “Telah dijadikan untukku (dan untuk umatku) bumi sebagai masjid dan sarana penyucian diri”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Ternyata banyak lagi dalil lain yang menunjukkan masjid adalah wahana penyatuan, pemberdayaan dan pemerkasaan umat dan bukannya pusat adu domba, pemecah belah atau melakukan penyimpangan atas nama agama.
Umat boleh bergasak dan berbeza pandangan politik kepartian masing-masing di luar sempadan masjid. Namun apabila mendengar laungan azan panggilan Ilahi, semua bersedia untuk melakukan gencatan senjata kepartian masing-masing lantas bergerak menuju ke masjid untuk bersama menghadap kiblat dan Tuhan yang satu.
* Penulis Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

0 Komentar untuk " Masjid pusat penyatu bukan pemecah "