THE Banjaran Hot Springs Retreat, Tambun, Ipoh - Jumaat 8. Mei - Kali akhir saya menyaksikan pertabalan seorang raja Melayu adalah pertabalan Sultan Sharafuddin Shah, Sultan Selangor, Yang di-Pertuan Agong, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Majlis Angkat Sumpah (inaugural) Presiden Amerika Syarikat iaitu Presiden John F Kennedy, 55 tahun dahulu!
Hari Rabu, 6 Mei, saya dan isteri mendapat penghormatan menghadiri istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35 dan the conferment of the title Raja Permaisuri Perak kepada Permaisuri baginda, Tuanku Zara Salim di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Satu kelainan kelihatan ramai antara tetamu yang hadir adalah scholars, para ilmuwan dan pemikir dari University Oxford dan Cambridge serta tempatan selain daripada kumpulan tradisi, wajib dan mereka yang tertentu dalam majlis gilang-gemilang, sarat dengan adat istiadat Kesultanan Perak- gandingan adat dan modenisme. Seperti kata Speaking “the guests had a glimpse ot the magical old traditional pomp and ceremony and a modernised constitutional monarchy.”
Selepas bersarapan, satu konvoi kereta mewah- kenderaan saya hanya Camry- dipenuhi tetamu berpakaian kebesaran Persekutuan, negeri masing-masing dan jubah Akademik- mereka dari institusi tinggi - berlepas ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
Kami sampai mengikut jadual dan susunan dalam program. Laju kenderaan, dengan bantuan polis trafik, seolah-olah Camry saya pun pada pagi hening itu ada sayap terbang!
Majlis bermula dengan bacaan al-Quran - satu pembaharuan dalam majlis pertabalan dalam ingatan saya- diikuti satu procession adat-istiadat Kesultanan Perak hingga tamat dengan bacaan doa. Tetamu dirai dengan santapan makan tengah hari diraja di Dewan Banquet Istana Iskandariah.
Tempoh panjang menjadi pendek kerana semuanya kelihatan lancar dan menarik. Sesungguhnya Perak bertuah dianugerahkan seorang Sultan yang terbaik mungkin- berilmu, kacak dan berhemah tinggi. Saya yakin baginda tidak akan memperdagangkan agama Islam, bahasa Melayu, adat resamnya dan institusi diraja, dan terpenting, maruah dan kedaulatannya.
Sebaliknya saya yakin Sultan Nazrin akan meningkatkan lagi peradaban ilmu, pemerintahan Raja Perlembagaan dan akan menaungi semua rakyat tanpa kira agama serta ideologi politik dengan adil dan saksama mengikut isi kandungan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.
Majlis pertabalan ini memperlihatkan keiltizaman memelihara adat istiadat dan meningkatkan syiar Islam serta life and time era baharu yang harus mendekati istana dan rakyat. Tidak kelihatan dari tempat duduk saya yang agak strategik juga- senang kelihatan masuk keluar tetamu- ahli pembangkang dalam Dun Perak.
Namun saya lihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali. Saya sempat bercakap dengan Azmin selepas majlis santapan diraja dan sebelum itu di Banjaran Hot Springs Retreat tempat kami menginap. Azmin terus dari Istana Iskandariah ke Permatang Pauh untuk membantu ketuanya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. What a dedicated and loyal number two!
Satu pandangan yang ikhlas: amat perlu hubungan politik wujud, harmoni amat mustahak antara raja yang non partisan dengan legislators atau Adun. Justeru, protes berkaitan dasar kerajaan dan pendekatannya tidak harus mencemari majlis pembukaan rasmi Dun yang dihadiri raja dan payung penyatuan kerajaan dan rakyat.
Politikus datang dan pergi, raja bertakhta hingga kembali ke rahmatullah. Apa pun bukan tidak boleh protes tetapi ia mesti berlaku kena dengan tempat dan masanya. Tindakan budak-budak atau infantile yang tidak manfaat tidak harus berlangsung.
Malam Rabu, satu makan malam tidak rasmi yang tidak dirancang berlaku - mempertemukan tetamu dari berbagai latar belakang, tempatan dan dagang, di sebuah restoran berbintang di Ipoh membincangkan politik lokal, diplomasi dan politik wilayah serta antarabangsa.
Dalam gelak ketawa tetapi serius itu menunjukkan mereka yang hadir rata-rata menghormati dan agak relaks antara satu sama lain walaupun pendapat mereka tidak seragam. Topik popular adalah keputusan PRP Rompin. Keputusan seperti diduga dan tidak memeranjatkan, walaupun majoriti BN turun. Selayang pandang, hatta penyokong tradisi Umno berbanding dalam PRU13, termasuk di sesetengah kawasan rancangan Felda dan kampung Orang Asli tidak menyokong calon BN.
Mengikut Pas, dulu mereka memenangi hanya satu peti undi tetapi dalam pilihan raya kecil meningkat kepada empat peti undi! BN tidak perlu mengadakan analisis kerana pucuk pimpinan memang sedia tahu dan maklum tentang kekecewaan rakyat dengan kerajaan kini. Mereka mahu tindakan dan penjelasan yang telus serta tulus tidak dalih.
Meskipun begitu calon parti kerajaan menang dengan majoriti yang selesa. Jika kerajaan dan Umno terus tidak mengambil berat terhadap kehampaan rakyat, parti pemerintah akan menerima padah dalam PRU14. Permatang Pauh kekal dengan PKR meskipun majoriti kemenangan calonnya, Dr Wan Azizah, menurun berbanding dalam PRU13. Apa pun Dr Wan Azizah dijangka dipilih ketua pembangkang mengganti suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini di dalam penjara di Sungai Buloh.
Keputusan PRU United Kingdom memperanjatkan kerana semua polls meramalkan hung Parliament tetapi Parti Konservatif telah menang sendirian, tidak payah berpakat dengan mana-mana parti pun untuk menubuhkan kerajaan baharu. Parti Buruh hancur di Scotland dan Parti Nasionalis Scotland seperti dijangka mendominasikan keputusan di wilayah itu-satu konsikuens yang memberi impak besar kepada Kesatuan United Kingdom.
Kami semalam menghadiri Istiadat Bersiram Tabal, penuh adat Kesultanan Perak, yang disempurnakan di Istana Iskandariah dan majlis ditutup selepas jamuan makan tengah malam diraja dengan doa pendek oleh Fellow Worcester College, Oxford University, juga seorang Datuk bergelar, iaitu Datuk Sheikh Dr Afifi al Kitri.
Majlis Tabal Pusaka satu kelainan, tidak ada dalam pengetahuan saya berlaku di negeri lain. Adat-istiadat tabal pusaka ini meninggalkan impak dan kenangan manis. Majlis berlangsung dalam keadaan gelap, hanya diterangi cahaya lilin yang diarak masuk oleh jejawat wanita menarik. Saya suka melihat adat ini bukan sahaja dikekalkan, bahkan diperluaskan lagi.
Grand finale pertabalan atau kemuncak penutup pertabalan berlangsung pada Sabtu malam, di mana majlis santapan diraja dihadiri raja-raja Melayu lain dan Sultan Brunei serta pembesar negara, negeri dan beberapa Ketua Perwakilan Diplomatik di Malaysia.
Pada saya dan isteri, satu minggu dan hujung minggu penuh adat-istiadat yang akan kekal dalam kenangan kami, juga perbincangan (di luar majlis) dengan beberapa politikus, ilmuwan dan pembesar yang amat merangsang dan memprovokasikan minda.

0 Komentar untuk " Magis pertabalan diraja "