GEMERLAPAN Sydney atau Vivid Sydney 2015 bermula dari 22 Mei hingga 8 Jun adalah pesta 18 hari cahaya, ilham dan muzik yang terbesar seumpamanya di dunia.
Tahun lalu, ia menarik kehadiran lebih daripada 1.43 juta pengunjung. Sesuai untuk seisi keluarga, Vivid Sydney mengubah seluruh bandar ini seperti kanvas berwarna yang bergemerlapan dengan cahaya, kemeriahan alunan muzik dan idea sekali gus menjadi temasya besar-besaran industri kreatif. Pendek kata, ia medan mempertemukan seni, teknologi dan perdagangan.
Setiap hari, bermula 6 petang hingga tengah malam, pemasangan dan unjuran lampu menerangi bangunan masyhur dunia, Sydney Opera, Circular Quay, The Rocks dan Walsh Bay.
Masuk tahun ketujuh, temasya itu kekal di bawah kelolaan dan pengurusan Destination NSW iaitu agensi pelancongan New South Wales (NSW) yang turut terbabit dalam pengendalian acara penting. Vivid Sydney umpama festival yang meraikan Sydney selaku pusat kreativiti Asia Pasifik menerusi pemasangan lampu berskala besar, acara percuma untuk keluarga, gabungan persembahan muzik di samping mengalu-alukan idea kreatif, debat dan perbincangan.
Vivid Sydney memacu kedatangan pelancong pada bulan bukan musim pelancongan. Ia terbukti apabila 20,061 pakej pelancongan ke Sydney berjaya dijual dengan 9,700 daripadanya dari China. Temasya terbesar di hemisfera selatan ini tidak kurang meraih perhatian media gergasi. Pada 2014, laman facebook Vivid Sydney merekodkan kira-kira 870,000 pembaca menekan butang SUKA, tambahan penggemar sekurang-kurangnya 2.8 juta sehari manakala menjelang malam temasya, lebih daripada 3.4 juta menyukainya.
Fraser Suites Sydney.
Kemudahan penginapan Menggunakan perkhidmatan AirAsiaGo Pointers,
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54013

terdapat lebih 440 hotel di Sydney. Guna kod promo: AAGO8 untuk menikmati tambahan lapan peratus potongan bagi hotel. Tempahan tiket dan hotel bermula RM1,499 seorang.
Hotel disyorkan termasuk;
* Hotel Four Seasons Sydney (5 bintang) Mengadap Sydney Harbour yang menakjubkan, menyajikan keseronokan beli-belah, bersiar-siar menikmati pemandangan dramatik pelabuhan sebelum singgah menikmati hidangan di restoran terbaik dan meneroka kawasan Rocks yang terkenal itu.
* Fraser Suites Sydney
Perkhidmatan residen mewah diilhamkan oleh arkitek terkenal, Norman Foster, terletak di tengah-tengah pusat hiburan dan beli-belah. Kolam renang di Fraser Suites.
* Novotel Rockford Darling Harbour
Anda boleh menyusuri Darling Harbour mencari restoran lazat, selain daya tarikan Chinatown yang hanya 15 minit dari lapangan terbang.
* Holiday Inn Darling Harbour
Pada tahun 1890, hotel ini asalnya kedai kain bulu biri-biri, berhadapan Qantas Credit Union Arena, berhampiran kemeriahan Chinatown, Latin Quarter dan Cockle Bay Wharf.
* Rydges Sydney Central
Lokasinya hanya beberapa minit daripada Darling Harbour, Chinatown, Kasino Star City selain Stesen Keretapi Central juga rangkaian beli-belah dan restoran di Oxford dan Crown Street.
* The Kirketon Hotel
Hotel butik memiliki 40 bilik yang berada tidak jauh dari Oxford St, Kings Cross, Potts Point, Woolloomooloo dan Sydney CBD. The Kirketon Hotel.
Ikuti Vivid Sydney menerusi; facebook.com/vividsydney twitter.com/vividsydney youtube.com/vividsydney flickr.com/groups/vivid-sydney-2013 vividsydney.tumblr.com @vividsydney
INFO AirAsia X menawarkan penerbangan terus dari KLIA2 ke Sydney Keterangan lanjut boleh layari www.airasiago.com.my/sydney, muat turun aplikasi AirAsiaGo di http://www.airasiago.com.my/app Sydney Opera .
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54013
0 Komentar untuk " Gemerlap Sydney "